PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Blog akademik mata pelajaran sejarah untuk membantu para pelajar tingkatan 6 terutamanya pelajar SMK KUBONG LIMBANG, di samping dapat memberi maklumat-maklumat yang berkaitan mata pelajaran sejarah yang terkini berdasarkan sukatan pelajaran yang baharu iaitu SISTEM MODULAR yang mula dilaksanakan pada tahun 2012.Bahan dan nota yang ada adalah dalam bentuk yang ringkas dan mudah.Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru sejarah yang sedia berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan.















Wednesday, September 1, 2010

TEMA 3 Tamadun Islam

KETAHANAN DAN PERTAHANAN ISLAM

Ketahanan Islam:
-ketabahan,kecekalan dan kesabaran.
-melibatkan dua aspek iaitu ketahanan fizikal dan ketahann rohaniah.
-Keseimbangan kedua2 aspek ini akan menghadapi segala rintangan dan tentangan dgn tabah dan cekal.
-tiga asas ketahanan dalam Islam:
1.kekuatan dan ketahanan Islam terletak pada aqidah dan kepercayaan kpd Allah SWT
2.faktor lahiriah yg berbentuk fizikal,termasuklah persiapan alat senjata dan kelengkapan
3.bidang intelektual dan ilmu pengetahuan sbg pengukuh kpd ketahanan akhlak dan kekuatan tentera.

 Pertahanan Islam
-mempertahankan diri,masy,. agama dan negara drpd serangan musuh dan membela gol yang lemah atau teraniaya dan dizalimi.
-pertahanan Islam ialah membela dan mempertahankan semua org tanpa mengira bangsa dan agama.
-objektif utama peperangan dlm Islam adalah untuk menegakkan ajaran Allah SWT.
-boleh berperang setelah org Islam diancam dalam negeri sendiri.

Ketenteraan dan Peperangan Zaman Jahiliah.
-Dianggap profesion yang mulia
-Melibatkan semua anggota kabilah
-Harta rampasan perang akan diagihkan
-Perang berlaku disebabkan sikap taksub dan semangat assabiah

Peperangan dalam Islam
Matlamat dan tujuan:
-Memelihara kehormatan agama, bangsa, dan masyarakat
-Menegakkan ajaran Allah SWT
-Peperangan dalam Islam telah ditetapkan beberapa peraturan yang wajib dituruti

Peperangan dalam Zaman Nabi

1.Perang Badar (17 Ramadan 2H/624M)
- Perang pertama disertai nabi Muhammad SAW
- Punca – orang Musyrikin Makkah menghalau orang Islam dari Makkah
- Sebab peperangan:
1.dendam terhadap Nabi Muhammad SAW
2.kepentingan ekonomi  perdagangan.
-324 tentera Islam vs 1000 tentera bukan Islam
-tentera Islam telah menang. Kemenangan tentera Islam memberi makna yang besar kepada umat Islam dan sejarah Islam.
Kesan Perang Badar:
1.Pengiktirafan kepada kekuatan umat Islam di Madinah
2.Pengiktifaran kepada kepimpinan Nabi SAW sebagai pemerintah Madinah dan juga sebagai ketua tentera Islam Madinah
3.Islam semakin perkembang di Madinah dan di Makkah
4.menunjukkan umat Islam sudah boleh berperang bertindak balas apabila dianiaya.(konsep Ofensif) dengan izin Allah SWT

2.Perang Uhud(tahun ke 3 Hijrah/625M)
-Punca  peperangan adalah disebabkan perasaan marah orang Musyrikin yang mahu membalas dendam atas kekalahan mereka dalam Perang Badar
-tentera Islam 1000 vs tentera Musyrikin 3000 org
- Angkatan Islam berjumlah 1000 orang dan dibahagikan kepada tiga batalion
-pada mulanya tentera Islam hampir menang tetapi akhirnya tentera Islam telah kalah
-Tentera Islam tewas kerana sikap tentera Islam mengingkari arahan Nabi untuk tidak meninggalkan tempat masing-masing terutama barisan pemanah tentera Islam.
-Perang ini telah membawa kemegahan dan keangkuhan Musyrikin Makkah. begitu jua dgn puak Yahudi,musyrikin dan munafik Madinah ygb turut gembira atas kekalahan tentera Islam.
-Perang ini telah memberi pengajaran yang besar kpd umat Islam.

3.Perang Khandak (al-Ahzab) -
-Bermaksud “parit” atau kubu kerana nabi Muhammad SAW menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit
-tentera Yahudi dan Musyrikin berjumlah 10 000 org vs Islam 3000 org
-tentera musikin dan Yahudi berpecah atas sebab musyrikin beranggapan org Yahudi telah membuat pakatan sulit dgn org Is;lam-peranan yg dimainkan oleh Naim bin Masud.
-

4.Pembukaan kota Makkah
-Nabi Muhammad ke Makkah untuk membalas perbuatan orang Quraisy yang melanggar Perjanjian Hudaibiyah
-Pengislaman Abu Sufian menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam
-Tentera Islam tidak menerima sebarang tentangan
-Selepas kota Makkah ditawan semua berhala dimusnahkan

4.Perang Hunain dan Perang Taif
-Kaum musyrikin dari suku Hawazin dan kaum Thaqih serta beberapa kabilah bersepakat menyerang Rasulullah
-Perang Taif merupakan lanjutan daripada peperangan Hunain

5.Perang Tabuk
-Perang ini merupakan sambungan Perang Mu’tah
-Merupakan peperangan terakhir yang disertai oleh nabi Muhammad SAW sebelum baginda wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah

Contoh-contoh soalan:

1.Jelaskan pengajaran yang dapat umat Islam ambil daripad kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud pada zaman Nabi Muhammad SAW.
2. Mengapakah Perang Badar penting kepada Islam dalam aspek penyebaran Islam.
3.Bincangkan tiga peperangan yang penting yang telah disertai oleh Nabi Muhammad SAW.

No comments:

Post a Comment