PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Blog akademik mata pelajaran sejarah untuk membantu para pelajar tingkatan 6 terutamanya pelajar SMK KUBONG LIMBANG, di samping dapat memberi maklumat-maklumat yang berkaitan mata pelajaran sejarah yang terkini berdasarkan sukatan pelajaran yang baharu iaitu SISTEM MODULAR yang mula dilaksanakan pada tahun 2012.Bahan dan nota yang ada adalah dalam bentuk yang ringkas dan mudah.Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru sejarah yang sedia berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan.















Wednesday, September 1, 2010

TEMA 4 Tamadun Islam

EKONOMI ISLAM

Pandangan Islam terhadap Ekonomi:
-ekonomi ialah suatu ilmu yg mengkaji kegiatan manusia yang selaras dgn tuntutan syariah Islam, sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber utk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapat keredaan Allah SWT.
-asas ekonomi ini bertaut kpd segi tiga:
1.Allah sbg Pencipta dan Penguasa ke atas semua makhluk termasuk sumber2 ekonomi
2.manusia sbg hamba orh yg menerima, menikmati dam mematuhi perintah
3.sumber alam dimanfaatkan sebaiknya mengikut hukum agama
-Menurut Surtahman Kastin Hassan ekonomi Islam ialah pengkajian kegiatan manusia yang selaras dgn kehendak syariat dlm memproleh, mengguna dan atau mengurus sumber2 alam utk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian utk keredaan Allah.
-Menurut Muhammad 'Abd al-Mannan - ekonomi Islam ialah sains sosial yg mengkaji masalah-masalah ekonomi satu gol masy yg berpegang kpd ajaran Islam.

Asas-asa Ekonomi Islam
- berasaskan kpd konsep:
1.konsep tauhid.(rububiyyah)-hubungan manusia dgn tuhan,manusia dgn manusia dan manusia dgn alam.
2.konsep ketuhanan (uluhiyyah)-berkait rapat dgn sifat Allah SWT sbg pencipta dan pembuat undang-undang atau peraturan utk memelihara manusia dan sumber
3.konsep kesucian jiwa (tazkiyah)-proses pembentukan sahsiah akahlak murni sbg hamba dan pensucian jiwa melalui byk cara cthnya zakat dan sedekah.

-secara ringkasnya ada enam perkara dalam sistem ekonomi Islam:
1.rububiyyah
2.uluhiyah
3.tazkiah
4.manusia sebagai khalifah di bumi Allah SWT.
5konsep persaudaraan dan pengorbanan(kerjasama)
6.konsep al-Falah(kejayaan dunia dan akhirat) sbg matlamat kegiatan ekonomi.

Prinsip Asas:
-terbahagi kpd tiga:
1.hak milik- hak milik khusus(individu) dan hak milik umum(ramai).
2.kebebasan terpimpin-ekonomi adalah bebas sungguh[pun begitu mestilah mengikut peraturan dan undang-undang Islam.Ada aktiviti ekonomi yg jelas dilarang oleh Islam.
3.kawalan daripada Pihak Berkuasa-utk keadilan bersama dlam ekonomi perlu ada kawalan daripada pihak berkuasa (harus pihak kerajaan campur tangan.Kawalan dari segi agihan pendapatan, mengawal pasaran dan sebagainya

 Zakat =zaka,=penambahan atau pensucian,

Sejarah- 3 peringkat-sblm islam,sblm hijrah dan selepas hijrah

Jenis2 zakat
1.Zakat Fitrah dan harta
2.Zakat ternakan dan pertanian
3.Zakat emas dan perak
4.Zakat wang simpanan
5.Zakat saham dan zakat pendapatan
6.Zakat perniagaan



Org yg berhak terima zakat:
 ;fakir,miskin,amil,mualaf,hamba yg ingin merdekakan diri,orang yng berhutang,org yg berjihad dan merantau.


Zakat pada zaman Bani Umaiyah- dibahagi kpd 5 iaitu:

1.zakat emas dan perak-2.5%
2..zakat binatang ternakan spt kambing,unta dan lembu. 40 kambing=1 kambing.5 unta=1 kambing/ 25 unta=1 anak unta betina umur setahun.
3.zakat barangan dagangan. 2.5 % menurut syarat yang dikenakan atas emas dan perak.
4.zakat galian dan harta tertanam. Jika dibumi perang zakatnya 1-5,tetapi di bumi aman 2.5%
5.zakat tanaman dan buah-buahan hujan-1/10 dan jika usaha sendiri 1/20.
Kerajaan menubuhkan Diwan al-Kharaj utk cukai dan perbelanjaan negara.



Zakat pada zaman Bani Abbasiyah-diberi tafsiran berbeza mengikut mazhab2 yg ada.

Cth mazhab-mazhab Shafie,Hanafi, hanbali dan Maliki.
Terbahagi kpd 2:
1.zakat fitrah
2.zakat harta benda.

-Zakat fitrah wajib untuk setiap individu islam-dibayar selepas bulan ramadan dan orang yang berhak menerima zakat fitrah ialah hamba dan org merdeka tidak kira jantina.
-zakat harta ialah zakat harta benda termasuk binatang ternakan,emas dan perak,pertanian dan perdagangan.

Syarat wajib zakat ialah beragama Islam,mengetahui hukum wajib zakat, dan tanah milik sendiri.

No comments:

Post a Comment