PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Blog akademik mata pelajaran sejarah untuk membantu para pelajar tingkatan 6 terutamanya pelajar SMK KUBONG LIMBANG, di samping dapat memberi maklumat-maklumat yang berkaitan mata pelajaran sejarah yang terkini berdasarkan sukatan pelajaran yang baharu iaitu SISTEM MODULAR yang mula dilaksanakan pada tahun 2012.Bahan dan nota yang ada adalah dalam bentuk yang ringkas dan mudah.Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru sejarah yang sedia berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan.















Monday, August 30, 2010

TEMA 2 Tamadun Islam

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN ISLAM

Zaman Nabi Muhammad SAW.
-Nabi Muhammad SAW adalah pengasas negara dan pentadbiran Islam di kota Madinah.
-Negara Madinah dianggap sbg city State yg berperanan sbg penggerak kpd perubahan dalam pentadbiran negara Islam yg berkonsepkan akidah,syariah dan akhlak.
-Nabi Muhammad SAW memerintah berasaskan 4 dasar:
1.menghapuskan semangat asabiyyah ganti dgn semangat aqidah
2.Islam sbg landasan peraturan masyarakat
3.menjadikan kaedah bermesyuarah sbg kaedah yg paling berkesan dalam pentadbiran
4.memperkenalkan peraturan bertulis iaitu Piagam Madinah.

Piagam Madinah:
-terdiri drpd 47 fasal.
-secara umum terbahagi kpd 5 bahagian umum:
1.Fasal 1 merupakan pengenalan kpd piagam dan mengakui tentang keesaan Allah SWT dan kerasulan NabiSAW.
2.Fasal 2 hingga 11 menerangkan kedudukan kaum-kaum dlm negara Islam Madinah
3.Fasal 12 hingga 23 menerangkan kewajipan umat Islam dari segi tanggungjawab bersama dan perkara yang patut dilakukan dan dilarang.
4.Fasal 24 hingga 38 menyebut kedudukan kaum Yahudi di Madinah
5.Fasal 39 hingga 47 menerangkan kedudukan Yathrib sbg kota suci dan harus dipertahankan oleh penduduknya dlm peperangan.

-Perlembagaan ini juga memberi garis panduan ttg prinsip umum tentang dasar pentadbiran masyarakat dan negara Islam yg penduduknya terdiri drpd berbilang kaum.Antara garis panduannya ialah:
1.Wahyu Allah adalah sumber utama
2.masya Madinah adalah satu ummah
3.Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin masyarakat
4.Semua anggota masyarakat bebas menganut agama masing2
5.setiap anggota masy Madinah mesti menjalinkan hubungan yg erat
6.Fungsi perlembagaan adalah utk menegakkan keadilan
7.Perlembagaan juga memberi jaminan keselamatn kpd org bukan Islam

Kepimpinan Nabi Muhammad SAW
1.Sbg Nabi dan Rasul
2.Sbg pemimpin masyarakat
3.Sbg pemimpin politik.
4.Perancang ekonomi
5.Pemimpin tentera
6.Ketua Hakim

Pemerintahan Zaman Khulafa Al-Rasyidin
-Sistem khalifah

Maksud perkataan
-Khalifah bermaksud ‘penganti’-penganti Nabi Muhammad SAW
Khulafa bermaksud penganti-penganti Nabi
Khilafah ialah institusi khalifah.

Syarat-syarat menjadi khalifah:
• Lelaki merdeka
• Ilmu agama Islam yang lengkap
• Istiqamah (tetap pendirian)
• Kifayah (berkemampuan)
• Anggota badan tidak cacat

Tanggungjawab khalifah:
• Uruskan pentadbiran negara atau dunia-menurut al-Mawardi
• Mengawasi pelaksanaan agama Islam-Ibnu Khaldun
• Berkuasa dalam soal agama dan perundangan Islam
• Menguruskan hal ehwal kewangan negara
• Memungut cukai dan zakat
• Menyerahkan tugas-tugas kepada orang yang beramanah
• Berpegang teguh kepada syariat

Cara lantikan Khalifah:
1. Perundingan atau persetujuan tanpa calon spt perlantikan Abu Bakar al-Siddiq
2. Menunjuk kpd seorg calon spt pemilihan Khalifah Umar.
3. Cara menunjuk kpd beberapa orang calon.Spt perlantikan Khalifah Uthman dan Khalifah Ali.

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. (11-13H/632 - 634M)
-Khalifah yg pertama dalam institusi khilafat.
-Peranan utama Abu bakar:
1.Memerangi golongan al-Riddah- gol nabi palsu
2.Memerangi golongan yang enggan membayar zakat
3.Memerangi golongan murtad- keluar drpd agama Islam kembali kpd agama asal.
4.Mengumpulkan ayat-ayat al-Quran


Khalifah Umar al-Khattab (13 - 23H/634 - 644M)
-Khalifah yg kedua dan memerintah lebih kurang 10 tahun
-Pembaharuan dalam Pentadbiran:
1.Meluaskan wilayah pentadbiran
2.Pembentukan Majlis Syura
3.Pembahagian pentadbiran wilayah
4.Pembaharuan dalam undang-undang pentadbiran tanah
-Tanah Dhimmah
-Tanah Sawafi

Pentadbiran dalam pentadbiran ketenteraan
-Penubuhan Diwan al-Jund
-Pembaharuan bidang kehakiman
Pembaharuan dalam Bidang Sosial
1.Memperbaharui taraf golongan hamba
2.Menggalakkan kegiatan keilmuan
3.Memulakan kalendar Islam
4.Menubuhkan penjara
5.Memperkenalkan hukum buang daerah
6.Membangunkan kota-kota baru
7.Membina banyak masjid
8.Memperkenalkan pasukan polis
9.Membina jalan raya dan jambatan

Pembaharuan dalam Bidang Ekonomi
1.Penubuhan Baitulmal
2.Memajukan sektor ekonomi pertanian


Khalifah Uthman bin Affan (23 - 35H/ 644-656M)
-Khalifah yg ke tiga memerintah selama 12 tahun
-6 tahun pertama keadaan politik stabil dan 6 tahu kedua perubahan politik yang tidak stabil.

-Khalifah Uthman Menghadapi Tentangan
1.Dituduh memihak kepada kaum keluarga (nepotisme)
-gabenor yang dipilih sebenarnya adalah org yg berkebolehan dan berkelayakkan cuma secara kebetulan terdiri drpd kaum keluarga.
2.Dituduh boros dan mengambil wang baitulmal
-sebelum menjadi khalifah beliau seorg yg dermawan dan kaya, apabila dilantik menjadi khalifah beliau dilarang untuk drpd menjalankan  urusan perdagangannya.
3.Membenarkan sahabat memiliki tanah di Iraq
-tindakan ini benar dan adil  kerana mrk bukan diberi secara percuma tetapi dgn skim pertukaran tanah dgn tanah2 di  Hijaz dan Yaman. Mereka juga terlibat dgn peperangan menawan semula Iraq oleh itu mrk juga berhak terhadap tanah tersebut
4.Dituduh memihak kaum Quraisy dan bekas-bekas murtad
- kaum Quraisy dianggap lebih mulia dan banyak berjasa kpd Islam. Mrk juga  turut serta dlm peperangan menawan semula Iraq. Bekas2 murtad dihadapi oleh Khalifah dgn cara yg lembut dan toleransi dgn tujuan supaya mrk kembali semula kpd Islam
5.Dituduh membakar dan mencemarkan al-Quran
-tindakan ini adalah wajar untuk menjaga ketulinan al-Quran serta menggelakkan kekeliruan masy terhadap terhadap kitab yang berlainan bentuk dan loghat

Natijahnya walaupun Khalifah mempunyai alasan yang tertentu namun penentangan tidak dapat dielakkan drpd masy pada masa itu yang mana telah membawa kpd pemberontakkan dan pembunuhan beliau.

Pemberontakan dan Pembunuhan khalifah Uthman
1.Disebabkan ketidakpuasan hati dalam skim pertukaran tanah di Iraq
2.Dibunuh oleh pemberontak di bawah pimpinan al-Asytar
-Khalifah Uthman telah dibunuh di rumah beliau pada 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah.

Khalifah Ali bin Abi Talib (35-40H/656-661M)
-Khalifah yg keempat dalam sejarah Islam.
-Latar belakang Khalifah Ali-sepupu dan menantu kpd Nabi Muhammad SAW
-Kanak-kanak yg pertama memeluk Islam
-Siasah Khalifah Ali- dipengaruhi oleh suasana dan kehendak semasa kerana selepas era penaklukan dan perkembangan masy Islam, byk masalah baru yg timbul.
-antara perubahan yg dibuat oleh Ali ialah memecat gabenor-gabenor yg dilantik oleh Uthman yg terdiri drpd kaum keluarganya sendiri termasuklah Muawiyyah bin Abi Sufyan.
-Khalifah Ali juga telah mengemablikan tanah sawafi di Iraq kpd Baitulmal sbg hak dikongsi bersama oleh umat Islam.
 Peristiwa Perang saudara
1.Perang Jamal- antara khalifah Ali dan Aisyah menentang Talhah dan al-Zuybir dgn sokongan kaum bani Umayyah.-dlm peperangan ini Khalifah Ali telah menag.
2.Perang Siffin-Antara khalifah Ali dgn tentera Muawiyyah.-tentera Ali berjumlah 150 000 org menentang tentera Muawiyyah seramai 70 000.-tentera khalifah Ali telah berpecah.
-berlaku pada bulan Zulhijah,Muharam dan Safar 36-37H (Jun/Julai 657M)
-dalam Peperangan tentera Ali telah hampir memenangi peperangan.-rundingan diadakan antara Ali dan Muawiyyah.
-Majlis Tahkim telah diadakan-perundingan yg berat sebelah kpd Muawiyyah telah menyebabkan gol Khawarij membantah. Golongan Khawarij telah keluar daripada barisan tentera khalifah Ali.
-rundingan Majlis Tahkim telah gagal.

3.Perang Nahrawan
-berlaku pd bulan Safar tahun 38H.-tentera khalifah Ali menang dgn sokongan gol Khawarij seramai 1800 orng -dalam perang ini ramai kaum Khawarij yg terkorban-kaum Khawarij telah memberontak menentang Ali.
-Muawiyyah mengambil kesempatan.-memerangi beberapa kaw utama  spt Hijaz,Yaman dan Mesir utk mengukuhkan kedudukan beliau.
-Kaum Khawarij membuat pemberontakan merancang membunuh tiga orang Ali, Muawiyyah dan Amru.
-Muawiyyah dan Amru gagal dibunuh manakala Khalifah Ali telah berjaya dibunuh oleh Ibn Muljam setelah memerintah selama hampir 5 tahun.
-Akibatnya umat Islam berpecah kpd golongan Syiah,Khawarij dan Ahl Sunnah wal Jamaah.
-Kematian Khalifah Ali menandakan berakhirnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin dan membawa kemunculan pelbagai mazhab.


Contoh-contoh soalan:
1.Jelaskan implikasi Sahifah Madinah kepada perkembangan agama Islam di Tanah Arab.
2.Bincangkan sejarah dan tarikh pembentukan Perlembagaan Madinah dan cara-cara pelaksaannya di Madinah.

3 comments:

  1. Peristiwa yang menimpa khalifah Uthman boleh diambil sebagai ikhtibar dalam perkembangan politik semasa memandangkan sejarah mengakui kepimpinan beliau sebagai salah seorang khalifah dikalangan Khulafa al-Rasidin.

    ReplyDelete
  2. song sian nim..kami suka blog cikgu??
    tambah lagi! tambah lagi!

    ReplyDelete
  3. song sian nim..kalau saya copy ni jadi nota boleh kah???

    ReplyDelete