PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Blog akademik mata pelajaran sejarah untuk membantu para pelajar tingkatan 6 terutamanya pelajar SMK KUBONG LIMBANG, di samping dapat memberi maklumat-maklumat yang berkaitan mata pelajaran sejarah yang terkini berdasarkan sukatan pelajaran yang baharu iaitu SISTEM MODULAR yang mula dilaksanakan pada tahun 2012.Bahan dan nota yang ada adalah dalam bentuk yang ringkas dan mudah.Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru sejarah yang sedia berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan.















Monday, August 30, 2010

TEMA 1 Tamadun Islam

TEMA 1: BAB 1

KONSEP KEJADIAN MANUSIA
- Manusia berasal daripada monyet-teori yang diberi oleh Lamarck (1749-1829) dan Charles Darwin (1802-1889).teori evolusi kejadian manusia. Teori ini sabgat berpengaruh pada abad ke 19 dan 20 di Eropah dan sesetengah negara Islam.
-Menurut pandangan ini juga kewujudan manusia dalah secara evolusi. bermula daripada sebagai binatang yang tidak boleh berfikir akhirnya menjadi makhlik yang boleh berfikir.
-Tujuan manusia dicipta juga agak tidak jelas daripada perspektif Barat. Kejadian secara semulajadi. untuk memnjaani hidup di dunia terutamanya dari segi keduniaan tanpa ada matlamat akhirat.
-Menurut al-Quran asal kejadian manusia adalah daripada keturunan Nabi Adam a.s. yg dicipta darpd tanah.Semua manusia lain dicipta daripada air mani ibu bapanya (kecuali Hawa dan Nabi Isa a.s.
-Alam dijadikan oleh Allah untuk menyempurnakan keperluan manusia.
-Allah menjadikan manusia sebagai hamba yg beribadat kepadaNya. Tujuan dijadikan manusia adalah sebagai hamba yang akan memainkan peranan yang penting di dunia sbg khalifah Allah yang mentadbir dunia.
-Asal kejadian manusia menurut Barat dan Islam adalah berbeza.

Pandangan tentang kejadian manusia:
Islam:
-Istilah manusia dari sudut Islam atau bahasa bermakna al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar yg menyatakan bahawa manusia itu diamanahkan Allah sbg khalifah di muka bumi ini.
-Terdpt lima elemen kejadian manusia untuk menggerakkan tubuh iaitu jasad,roh,akal,nafsu dan hati.
-Asal ususl kejadian manusia berasal daripada keturunan Nabi Adam yang dijadikan daripada tanah.
-Manusia biasa selain daripada Hawa dan Nabi Isa, dijadikan daripada tujuh peringkat iaitu air mani,segumpal darah, seketul daging, pembentukan tulang,tulang dibalut daging,lembaga yang lengkap dan ditiup roh.

Barat:
-Barat menyebut manusia sebagai specis homosapiens (bahasa Latin) bermaksud mamalia peringkat tertinggi yang terpercayai wujud 500 000 tahun dahulu berdasarkan penemuan manusia awal yang dijumpai di Neanderthal, Jerman.
-Asal kejadian manusia menurut teori yang di bawa oleh Charles Darwin (1802-1889b seorg antituhan menjelaskan asal kejadian manusia daripada monyet. Pada mulanya tinggal di atas pokok,turun ke tanah berjalan dgn kaki dan tangan,kemudian menerusi evolusi berubah cara berjalan dgn dua kaki dan akhirnya menjadi manusia.

Peranan manusia
Islam:
-Matlamat kejadian manusia ialah untuk beriman kepada Alllah.
-Menjadi khalifah (wakil/pemimpin) mengurus tadbir dunia dgn ibadah
-sebagai hamba Allah di dunia dan akhirat
-wujud perpaduan antara satu sama lain.

Barat:
-Tiada penjelasan,undang-undang dan peraturan yang jelas.
-Berlandaskan akal manusia semata-mata tanpa merujuk kepada hukum matlamat kejadian manusia yang jelas.
-Boleh dipertingkaikan khasnya dari sudut unsur roh yang tiodak dapat dijawab oleh masy barat.



Fungsi/tujuan manusia menurut Islam:
-Beriman dan patuh kpd suruhan Tuhan dan meninggalkan segala larangan-Nya./amal makruf dan nahi mungkar.Menggunakan akal berlandaskan al-Quran dan mengekang nafsu daripada kesesatan.
-memakmurkan muka bumi-menjalinkan persaudaraan sejagat
-mengagihkan kekayaan sama rata dgn konsep keadilan
-memelihara bumi daripada kerosakan akibat rakus dan tamak.

Fungsi/tujuan kelahiran  manusia menurut Barat:
-Mengutamakan unsur materialistik iaitu keuntungan kebendaan semata-mata
-mengutamakan survival sendiri yang mengenepikan aspek moral untuk mencapai kekayaan/kepuasan duniawi.
-persaingan berlandaskan kekuasaan dan penindasan golongan lemah dan bawahan. Undang2 berlandaskan akal semata-mata.
-wujud konsep ras,perbezaan warna kulit, dan status quo menyebabkan pertelingkahan dan peperangan.
-mencipta konsep kapitalisme dan sosialisme untuk mencapai kepuasan Barat


MANUSIA ZAMAN JAHILIAH.
Jahiliyah berasal daripada perkataan Jahila yang bererti bodoh.
Zaman ini berlangsung sebelum kedatangan Islam sekitar tahun 300M hingga turun al Quran dan kerasulan
Nabi Muhammad s.a.w pada 610M.
Kitab suci Al Quran mengariskan ciri-ciri jahiliyah seperti berikut:
1.    Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk
2.    Zaman yang tidak mempunyai peradaban atau tamadun.
3.    Zaman masyarakatnya yang tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
4.    Zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca

Perbezaan manusia Zaman Jahiliah dan Zaman Islam

1. Perbezaan konsep ketuhanan
 - Masyarakat Jahiliyah mengamalkan kepercayaan polythisme. Terdapat lima agama
yang berkembang di Tanah Arab pada ketika itu Wathani, Yahudi, Kristian, Hanif dan Animisme.
- Islam menolak konsep kepercayaan polythisme. Nabi Muhammad s.a.w membawa ajaran agama mengesakan Allah S.W.T. Konsep Tauhid iaitu tuhan yang satu.

2. Perbezaan aspek politik
- Berasaskan kabilah. Syeikh kabilah menjadi ketua kabilah.
- Sistem politik Islam berasaskan khalifah Allah di muka bumi.
- Diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Madinah dan dilanjutkan oleh Khulafa al-Rasyidin. Berasaskan al-Quran dan Sunnah.

3. Perbezaan aspek ekonomi
- Mengikut kategori penduduk. Arab Badwi tinggal di kawasan luar bandar mengusahakan
kegiatan ekonomi seperti menternak unta, lembu, kambing. Di kawasan subur seperti
Yaman dan Madinah mereka menanam kurma dan anggur.
- Arab Hadari pula tinggal di kawasan bandar. Terlibat dalam kegiatan pertukangan,
membuat patung dan membuat senjata. Terlibat dalam kegiatan perdagangan.
 Walau bagaimanapun ekonomi Jahiliyah tidak menekankan aspek moral. Pedagang menindas pembeli, mengamalkan riba, paksaan dan monopoli.
- Ekonomi yang dibawa oleh Islam menjurus kepada keadilan sosial. Islam melarang jual beli dalam bentuk riba dan paksaan

4. Perbezaan aspek ilmu pengetahuan
- Masyarakat Jahilyah tidak memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Kebanyakan mereka
merupakan masyarakat buta huruf. Oleh itu setiap tindakan mereka lebih berdasarkan
naluri dan emosi. Menurut al-Baladhuri, bilangan mereka yang boleh membaca dan menulis hanya kira-kira
17 orang sahaja. Ilmu pengetahuan hanya untuk untuk golongan tertentu sahaja seperti golongan bangsawan dan perkembangan ilmu pengethuan berlaku dalam bentuk lisan
- Apabila al-Quran diturunkan berlaku perkembangan ilmu pengetahuan. Umat Islam wajib mem mempelajari al-Quran. Al Quran mencakupi ilmu politik, ekonomi, sosial dan budaya.

5. Perbezaan aspek sosial
-Manusia jahiliyah mengamalkan amalan buruk seperti minum minuman keras, berzina
dan membunuh anak perempuan. Susun lapis masyarakat kelas dan keturunan seperti
atas, menengah, biasa dan abdi. Kedudukan kaum wanita begitu rendah dan dijadikan
barangan nafsu lelaki. Namun begitu mereka terkenal dengan adat menghormati tetamu,
tepati janji dan berani.
- Kedatangan Islam menekankan pemberian hak seperti hidup bebas, berfikir dan
menghapuskan perhambaan dan semangat assabiyah dan diganti dengan sistem
ukhwah Islamiah. Kedudukan wanita ditingkatkan dan pembunuhan bayi perempuan
diharamkan. Nabi pernah bersabda bahawa orang yang paling mulia ialah mereka yang
paling beriman di sisi Allah S.W.T.

MASYARAKAT MAKKAH SEBELUM ISLAM
-Kota makkah diduduki sejak 2400 tahun dahulu.Penduduk teawal dikenali sbg puak Amaliqah dan diiukuti oleh puak Jurhum. Setelah itu muncul Bani Khuzaah yg memerintah Makkah selama 3 abad sebelum ketibaan kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab.
-Kaum Quraisy merupakan suatu kelompok keturunan Arab Adnaniyah.Kaum Quraisy yg mula-mula tiba di Makkah dikenali sbg Bani Nadr.
-Kaum Quraisy terbahagi kpd 2- Quraisy al-Bitah dan Quraisy al-Zawahir. Perpecahan kaum Quraisy berlaku di Makkah. Perpecahan antara Abd al-Dar dan Abd Manaf.
-Sebelum Islam puak Quraisy adalah puak yang berpengaruh. Masy Makkah merupakan masy yang pertama menerima kedatangan Islam
MASYARAKAT MADINAH SEBELUM ISLAM.
-Penduduk asal Madinah berketurunan Arab daripada nasab keturunan Yathrib bin Qaniah. Beliau datang dari utara Semenanjung Tanah Arab datang ke Madinah pada 1600 S.M.
-Setelah itu tiba kaum-kaum yg lain termasuk Yahudi dari Palestin dan Kaum Aus dan Khazraj dari Yaman.
-Sebelum Islam penduduk Madinah terbahagi kepada tiga kaum tersebut yang merupakan penduduk di Madinah.

HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW
-Berlaku perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah. Hijrah bermaksud pindah.
-Hijrah Nabi berlaku setelah dakwah Nabi diterima dengan layanan buruk oleh Quraisy Makkah dan setelah Nabi menerima ancaman bunuh.
-Hijrah berlaku atas wahyu Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Golongan yang ikut serta berhijrah bersama Nabi ialah gol pengikut Islam yang pertama. (masy Islam Makkah).
-Hijrah membawa banyak kepentingan kpd perkembangan sejarah Islam.

Hikmah atau kepentingan Hijrah.
1.Tahun Hijrah- melahirkan sistem kalendar Islam iaitu tahun Hijrah.-Takwim hijrah mengikut perkiraan bulan (lunar-qamariah) 12 bulan atau 354 hari dlm setaun.
2.Agama-agama Islam berkembang dan kuat
3.politik-Terbentuknya politik Islam di Madinah.Nabi telah menggubal Piagam Madinah.
4.Ekonomi-Kegiatan ekonomi berteraskan Islam
5.Sosial-mengamalkan cara hidup Islam.sistem sosial Islam- Hidup berkalbilah diganti dgn konsep satu Ummah.


MASYARAKAT ISLAM DI MAKKAH DAN MADINAH.
-Masy Islam di Makkah dibentuk menerusi aktiviti dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Pengikut awal Nabi Muhammad adalah kelompok awal masy Islam di Makkah. Masy Islam yg awal adalah sejumlah 12 org lelaki dan empat wanita bertambah kpd 82 org yang telah berpindah ke Habsyah.
-Di Madinah masy Islam dibentuk oleh pendakwah gol Muhajirin dari Makkah setelah peristiwa Hijrah Nabi.
Masy Islam terdiri dari[pada kaum Muhajirin dan Kaum Aus dan Khazraj yang telah memeluk agama Islam .Dari semasa ke semasa pengikut Nabi telah bertambah. Ramai masy Madinah telah memeluk Islam dan dengan itu terbentuklah masy Islam (Ummah ) yang kuat dan bersatu padu di Madinah.


Contoh-contoh soalan:
1. Bincangkan kehidupan masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah dari segi kehidupan politik,ekonomi dan sosial.
2. Huraikan aspek keagamaan masyarakat arab pada Zaman Jahiliah.
3.Jelaskan konsep kejadian manusia menurut perspektif Islam.
4. Bincangkan masyarakat di Makkah dan Madinah sebelum kelahiran Islam pada Zaman Nabi Muhammad SAW.

No comments:

Post a Comment