PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Blog akademik mata pelajaran sejarah untuk membantu para pelajar tingkatan 6 terutamanya pelajar SMK KUBONG LIMBANG, di samping dapat memberi maklumat-maklumat yang berkaitan mata pelajaran sejarah yang terkini berdasarkan sukatan pelajaran yang baharu iaitu SISTEM MODULAR yang mula dilaksanakan pada tahun 2012.Bahan dan nota yang ada adalah dalam bentuk yang ringkas dan mudah.Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru sejarah yang sedia berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan.















Saturday, August 21, 2010

TEMA 1 Tamadun Dunia

Konsep Kejadian Manusia:
-Lamarck (1749-1829) dan Charles Darwin(1802-1889) mengemukakan Teori Evolusi yang menyatakan manusia berasal daripada beruk.
-Teori ini sangat berpengaruh di Eropah dan negara-negara Islam sekitar abad ke-19 dan abad ke-20.
-sarjana Islam mempertingkaikan teori ini yang dikatakan bertentangan dng ajaran agama.
-Penjelasan teori ini bertentangan dgn apa yang terkandung di dalam Al-Quran.

Masyarakat  Zaman Prasejarah
-. Zaman prasejarah ialah zaman sebelum wujudnya rekod bertulis tentang kehidupan manusia.Terbahagi dua iaitu zaman prasejarah akhir yang terdiri daripada Zaman Paleolitik (kira-kira500,000 SM – 10,000 SM) dan Zaman Mesolitik (kira-kira 10,000 SM – 7000 SM).Zaman prasejarah akhir dikenali sabgai Zaman Neolitik (kira-kira 7000 SM hingga 3500SM).Zaman Paleolitik dikenali sebagai Zaman Batu Lama, Zaman Mesolitik disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan, dan Zaman Neolitik dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Perkembangan tamadun masyarakat prasejarah berkembang di seluruh dunia walau bagaimanapun tahap perkembangan tamadun ini adalah berbeza-beza.

Pengaruh Alam Sekitar
Masyarakat zaman prasejarah banyak diperngaruhi oleh faktor alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka. Hubungan manusia dengan alam sekitar dan cara manusia mentafsir hubungan tersebut dan membuat beberapa pengubahsuaian dalam hubungan tersebut, merupakan langkah awal pembentukan tamadun manusia.

1. Pemilihan Tempat Tinggal/Petempatan
Paleolitik – pilih gua, lubang bawah tanah, ranting yang ditutup dengan rumput / daun,
supaya dapat berlindung daripada binatang buas, musuh, dan kesejukan.
Neolitik - pilih lembah sungai, dataran tanah pamah dan persisiran pantai untuk dapat
bekalan air, kesuburan tanaman, tangkap ikan, kemudahan perhubungan & pengangkutan.

2. Agama & kepercayaan
Alam dipercayai ada kuasa luar biasa – mengancam keselesaan dan kehidupan.
Neolitik – mengharapkan hasil pertanian - upacara pemujaan dan korban membuktikan
mereka percaya kepada kuasa ghaib dan alam sekitar (cara mereka berdamai dengan
alam sekitar).

3. Peralatan Prasejarah
Paleolitik – mengunakan peralatan yang mudah dan ringkas.
Neolitik – menggunakan peralatan lebih kurang sama tapi halus dan kemas kerana
dibuat daripada batu gua dan batu kapur.
Peralatan mudah diperolehi kerana mereka tinggal di tepi sungai.
Paleolitik – membuat baju (suhu yang sejuk)
Neolitik – mencipta roda dan kapal layar, cipta cangkul, tajak dan kapak (pertanian)
Persekitaran mencabar manusia mencipta peralatan tersebut.

4. Kegiatan Ekonomi
Paleolitik – bergantung kepada alam sekitar untuk mendapat makanan (berburu dan
memungut hasil hutan)
Neolitik – perdangangan giat dijalankan – sungai membolehkan perdagangan secara tukar barang.
Pertanian giat dijalankan kerana kawasan delta yang subur.
Jelaslah alam sekitar mempengaruhi kegiatan ekonomi prasejarah.

5. Gaya Hidup
Paleolitik – berpindah randah (nomad) untuk mencari makanan dan kawasan selamat.
Tidak memiliki harta.
Neolitik - melakukan aktiviti yang sesuai di tempat tinggal mereka (di lembah sungai,
tasik dll)


Tamadun Awal Manusia

MAKSUD TAMADUN
Prof. M.A.J Beg:
Tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, undang2 dan politik. Tamadun yg tertua di dunia ; Tamadun Mesopotamia (lahir 5000 tahun yang lampau)
Antara ciri utama tamadun Mesopotamia;
kewujudan negara kota
Tugu-tugu peringatan
agama
sistem agama

Ciri-ciri tamadun :
1.Petempatan kekal
2.Pembandaran
3.Organisasi sosial
4.Kepercayaan dan agama
5.Sains dan teknologi
6.Bahasa dan sistem tulisan

Tamadun-tamadun awal
1.Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates
2.Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil.
3.Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus.
4.Tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai


Tamadun awal manusia bermula di Lembah Sungai
- Tamadun-tamadun awal yang muncul di dunia adalah terletak di lembah-lembah sungai seperti Tamadun Semeria, T.Mesir, T. Hwang Ho, T.Indus. Latar belakang tamadun awal seperti T.Sumeria wujud di lembah Sg.tigris dan Euprites, T.mesir di lembah Sg.Nil. Sungai merupakan persekitaran asas dalam perubahan kehidupan manusia yang menjadi faktor penting dalam pembentukan tamadun.

1. Sungai sebagai sumber bekalan air.
- Manusia membina petempatan di Lembah sungai kerana mereka memerlukan bekalan air untuk kegunaan sendiri, binatang ternakan dan tanaman. Contoh Sg.Tigris, Sg.Nil, Sg.Hwang Ho. Sungai juga membekalkan sumber protein kepada mereka.

2. Kawasan Yang Subur
- Sungai mewujudkan kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian dan penternakan seperti Lembah Sungai Hwang-Ho membekalkan tanah loes yang subur. Hasil pertanian merupakan sumber makanan yang utama justeru kawasan-kawasan lembah sungai menjadi tumpuan manusia.

3. Petempatan
- Lembah sungai merupakan lokasi yang paling sesuai untuk untuk dibina petempatan. Ini disebabkan bentuk mula bumi dasar lembah sungai tanahnya rendah, luas, rata dan beralun.

4. Sumber Alam
- Kawasan lembah sungai sebagai sumber alam semula jadi yang membekalkan tanah lanar yang subur untuk tanaman. Tanah liat berpasir untuk pembinaan rumah seperti masyarakat Indus yang membina rumah di Bandar Mohenjo-daro dan Harappa dan untuk membina tembok di Jericho dan Catal Huyuk. Lembah sungai juga membekalkan sumber kayu untuk binaan rumah di alam Melayu.

5. Iklim
- Iklim Lembah sungai disederhanakan oleh faktor penyejukan suhu permukaan air . Biasanya di kawasan sungai, iklimnya lebih stabil dengan kelembapan yang tinggi sesuai dengan aktiviti manusia. Kelembapan suhu 24 C-28 C.

6. Agama
- Agama masyarakat Mesir percaya sungai sebagai tempat tinggal tuhan mereka.(Sg.Nil) sehingga Mesir mendapat jolokan Hadiah Sg.Nil. Masyarakat Indus menjadikan Sg. Indus dan Sg.Ganges sebagai tempat suci agama Hindu.

7. Perhubungan
- Sungai sebagai alat perhubungan dan pengangkutan. Contoh sg. Hwang Ho dan Sg.Nil alat perhubungan ke kawasan pedalaman cina dan Mesir. Sg. Tigris/Euprhates alat perhubungan dan perkembangan Bandar pelabuhan seperti Bandar Urech, Ur di Babylon. -perkembangan Bandar dan taman seperti pelabuhan di sungai Indus. Selain daripada itu taman tergantung di Babylon mula dibina di kawasan sungai. Di Asia Tenggara sungai sebagai sumber pengangkutan hasil hutan seperti kayu balak, rotan, damar dari pedalaman ke pelabuhan utama seperti Srivijaya dan Majapahit.

8. Sempadan
- Sungai sebagai sempadan,pertahanan daerah dan negeri.
-Mudah menentukan tanda sempadan sesebuah tamadun


PERBANDARAN TAMADUN AWAL
Kewujudan bandar adalah penting kerana di bandarlah cirri-ciri sesebuah tamadun awal dapat dilihat. Antara cirri-ciri yang jelas terdapat dalam bandr purba ialah:
- Pertumbuhan pendudukan yang lebih ramai
- Terdapat masy majmuk
- Kepelbagaian budaya
- System politik tersendiri
- Teknologi yang agak maju
- Organisasi social yang agak kompleks
- Memiliki system dan benteng pertahan yang kuat
- Mampu menghasilkan keperluan makanan yang banyak dan berlebihan

Bandar-bandar yang terkenal:
Tamadun Mesir
Tamadun India


Tamadun Mesopotamia
-terdapat sebanyak 13 buah bandar pada zaman dinasti awal.
-bandar yang utama ialah Babylon, Uruk dan Lagash.
-ciri-ciri Bandar terkenal:
-setiap Bandar ada pintu gerbang yg merupakan symbol kekayaan dan kemegahan sesebuah Negara kota.pintu gerbang dihiasi dgn monument-monumen dan ukiran untuk menjadi daya tarikan pengunjung luar.Perhimpunan awam juga diadakan berhampiran dgn pintu gerbang.Cth: kota Babylon ada lapan pintu gerbang.
-setiap Bandar mempunyai undang-undang sendiri spt undang2 perairan dan undang2 awam. Cth dlm tamdun Mesopotamia undang-undang peraiaran utk prtanian adalah rumit dan sensetif.
-Setiap bandar di atas ada memiliki institusi agama atau rumah ibadat yang dibina daripada bahan binaan yang kukuh. Contohnya Dalam tamadun Mesopotamia dikenali sbg ziggurat dibina di puncak bukit. Bahan binaan adalah daripada batu yang dibakar.
-setiap Bandar ada sistem pertahanan sendiri. Kubu-kubu dibina disekeliling bandar utk tujuan pertahanan.Peperangan sering berlaku memerlukan mereka membina benteng pertahanan yang kukuh.
-Kedudukan Bandar-bandar utama ini kebanyakkannya berada berdekatan dgn lembah sungai.kawasan lembah dipilih memandangkan kaw ini adalah kaw yg subur. Cth bandar Babylon dalam Tamadun Mesopotamia, Mohenjo-Daro dan Harappa di Lembah Sg Indus.

Perbandaran China:
-Bandar Anyang yang dibina di tebing Sungai Hwang Ho muncul pada 1800S.M.
-daripada sebuah kampong menjadi sebuah Bandar metropolis. Pertumbuhan Bandar ini disebabkan oleh pertambahan penduduknya.
Aspek Bandar China:
-Bandar yang terancang
-Teknik perancangan khas diguna yang dikenali teknik grid bertujuan utk mudah menyusun bandar
-Terdapat pintu2 di kaw tembok utk pengawal keluar masuk tembok
-Terdpt tembok pertahanan yang sgt penting bertujuan menggelakkan serangan musuh dan kejadian banjir
-Terdapat pengasingan antara kaw penting dengan tembok pertahanan
-Tembok pertahanan diasingkan dengan rumah-rumah utk mudah dikawal
-Jalan-jalan digunakan utk menghubungkan selatan dgn utara dan jalan utama dinamakan Jalan Sutera yg berperanan menghubungkan China dgn dunia luar

PERBANDARAN MELAYU
-Langkasuka, Kedah Tua dan Melaka
-Langkasuka diasas pada abad ke-2 M terletak di Semenanjung Tanah Melayu
-Langkasuka menjadi sebuah negara kota pada abad ke-7 M.Mula menjalankan hubungan dengan China pada abad ke-6 M
-Pd abad ke 13 M Langkasuka menjadi sbhgian daripad Srivijaya, dan pada abad ke 14 M menjadi tanah jajahan Majapahit.
-Kedah Tua didirikan pada abad ke-5 atau ke-6 M.
-bermula sbg sebuah pelabuhan transit penting utk pedagang India, China dan Nusantara.
-muncul sbg sebuah pelabuhan entrepot pada abad ke-7 hingga ke-11 M.
-bandar ini merosot pada tahun 1025 M akibat serangan tentera Chola.
-Melaka diasakan pada abad ke-14 M dan terkenal sbg sebuah pelabuhan entrepot.
-bandar Melaka mempunyai lebih kurang 40 000 org termasuk pendatang asing.
-dalam bandar ada istana diraja manakala istana desa terletak di kaw luar bandar
-terdpt kemudahan yang baik di bandar yg ada pelabuhan-rumah kediaman ,kedai, gudang dll.


Contoh-contoh soalan:
1.Jelaskan konsep dan tujuan kejadian manusia menurut perspektif Islam dan Barat.
2.Tamadun manusia kebanyaakannya bermula di lembah-lembah sungai atas sebab-sebab tertentu.Bincangkan.
3.Bandingkan kehidupan masyarakat prasejarah awal dengan prasejarah akhir.
4.Kewujudan dan kemajuan sesebuah bandar melambangkan kemegahan sesbuah tamadun.Bincangkan ciri-ciri perbandaran Tamadun Mesopotamia dan Tamadun China.
5.Bincangkan agama dan kepercayaan tamadun awal manusia dengan merujuk kepada Tamadun India dan China.

1 comment:

  1. Casino - Harrah's Cherokee Valley River Hotels - KT Hub
    The property offers comfortable accommodation onsite and 속초 출장마사지 is located on the Qualla Boundary between 안산 출장안마 the city of Cherokee and the Qualla 상주 출장안마 Boundary. The property has 성남 출장마사지 five guest  Rating: 3.8 · 경상북도 출장샵 ‎3,940 votes

    ReplyDelete