PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Blog akademik mata pelajaran sejarah untuk membantu para pelajar tingkatan 6 terutamanya pelajar SMK KUBONG LIMBANG, di samping dapat memberi maklumat-maklumat yang berkaitan mata pelajaran sejarah yang terkini berdasarkan sukatan pelajaran yang baharu iaitu SISTEM MODULAR yang mula dilaksanakan pada tahun 2012.Bahan dan nota yang ada adalah dalam bentuk yang ringkas dan mudah.Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru sejarah yang sedia berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan.















Wednesday, August 25, 2010

TEMA 2 Tamadun Dunia

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Maksud negara kota:
Maksud Negara Kota ialah bandar yang juga merupakan negeri yang berdaulat dan merdeka.Pada zaman purba , kewujudan Negara kota adalah biasa. Setiap Negara kota mempunyai pemerintah yang sendiri,ada sempadan wilayah dan masyarakat sendiri. Selain daripada Yunani, Rom, Arab dan Kepulauan Melayu ( kawasan kajian kita), Negara Kota juga terdapat di negara-negara lain seperti di Memphis (Mesir), Ur, Urech, Kish, Babyon (Mesopotamia), Mohenjo Daro dan Harappa (India) dan Anyang ( China).

Ciri-ciri negara kota:
1. Mempunyai seorang ketua- Cthnya negara kota Mesopotamia diketuai oleh seorg Penaung Kota (City of God). Mereka dipercayai ghaib.Di bawah Penaung kota adalah ketua pendeta. Ketua negara kota Meso adalah pendeta yg sangat berpengaruh dalam Tamadun Mesopotamia.

2. Mempunyai sistem pentadbiran/ pemerintahan- sisitem yang diguna berbentuk teokrasi di mana kuasa agama bertimbal balik dengan kuasa politik. Cth Tamadun India.

3. Wilayah / sempadan- mempunyai persempadan dan wilayah yang ditentukan oleh pemerintah dan di terima oleh negara kota yang lain. Biasanya sempadan ini ditentukan oleh tembok tertentu yang dibina oleh pemerintah dan rakyat.

4. Penduduk- mesti ada penduduk yang tetap mendiami kawasan kota

5. Kerajaan – Negara kota merupakan sebuah kerajaan yg ada struktur politik yang ringkas.

6. Berdaulat- Negara kota juga adalah berdaulat yang mempunyai pemerintah sendiri tanpa dijajah oleh mana-mana kuasa lain. Bebas daripada jajahan kuasa luar yang lain

Pembentukan Negara kota
Pembentukan Negara Kota Yunani

-Dalam tamadun Yunani, Negara Kotanya dikenali sebagai Polis (dari bahasa Greek) yang merupakan sebuah pusat berkubu dan menjadi ibu kota bagi Yunani. Ia merupakan sebuah pusat yang sangat dihormati.
menjadi pusat komuniti Acropolis pula merupakan kota berkubu di bahagian tengah. Sebelum menjadi sebuah Negara kota kaw tersebut asalnya adalah kampun-kampung yang kecil
Daripada kampung berkembang menjadi satu komuniti politik dan bersam-sama menyembah dewa-dewa, berjual beli, menjaga pertahanan dan menjalankan pemerintahan.
Pusat komuniti itu biasanya terletak di satu kawasan berbatu yang tinggi di tengah-tengah dataran dan dari situ dapat dilihat seluruh kawasan sekitar.
-Kebanyakan lembah-lembah Greek berbentuk piring terbalik.
-Pusat komuniti inilah kota berkubu dan ibu kota (polis).
-Luas tiap-tiap kota ialah antara 80 hingga 800 km persegi dengan purata penduduk seramai 5000 orang.
-Negara-negara kota di Yunani ini kecil-kecil dan berbeza dari jirannya yang terdapat di sebalik banjaran gunung.
-Warganegara sesebuah negara kota tinggal begitu dekat dengan pusat pemerintahan dan sebab itulah mereka terlibat dalam pemerintahan.
-Dalam usaha/percubaan memerintah sendiri, mereka telah memecat raja-raja dan pembesar-pembesarnya satu demi satu.
-Orang Greek amat menyayangi negara kota mereka. Dalam peperangan yang sering berlaku antara negara-negara kota, warganegaranya rela mati berjuang bagi mempertahankan kota mereka itu.
-Malah sepanjang hidup mereka dari mula lahir hingga ke akhir hayat, jiwa raga mereka tercurah kepada negara kota mereka. Antara negara kota yang terdapat dalam tamadun Yunani ini ialah Athens, Sparta,Thebes, Corinth, Olympia dan Argos.
-Athens merupakan salah sebuah negara kota dalam tamadun Yunani yang paling terkenal. Sehingga pertengahan abad ke-8 SM, Athens seperti negara kota lain di Yunani menjalankan pemerintahan secara monarki (beraja).
-Kira-kira pada tahun 750SM raja Athens telah digulingkan kerana rakyat inginkan suara yang lebih dalam pentadbiran dan juga kerana penindasan yang telah dilakukan oleh raja. Pemerintahan telah diambilalih oleh sekumpulan bangsawan yang digelar eupatrid.
-Mereka telah melakukan aktiviti perlanunan dan merampas tanah untuk menambahkan kekayaan mereka.
-Golongan ini telah mengambilalih kuasa politik dengan menguasai Majlis dan tentera. Mereka memerintah Athens menerusi Majlis Bangsawan (Council of Nobles). Zaman ini dikenali sebagai Zaman Kebangsawanan/Aristokrasi.
-Pegawai awam utama ialah Ketua Majistret yang dipilih setiap tahun dari golongan bangsawan. Petani tertindas dalam pemerintahan ini dan menjadi hamba abdi bila hutang tidak terbayar.
-Pada tahun 594SM golongan bangsawan telah memilih Solon sebagai ketua majistret dan memberikannya kuasa mutlak untuk membuat perubahan. Perlantikan itu dibuat kerana rasa bimbang jika seseorang ketua yang berkebolehan tidak dilantik, mereka mungkin akan digulingkan oleh seseorang yang zalim.
-Solon telah menubuhkan Majlis Empat Ratus (Council of Four Hundred) yang terdiri daripada golongan bangsawan dan pemilik harta yang kaya.Majlis ini kemudian bertukar menjadi Majlis Lima Ratus. Beliau telah menubuhkan semula Perhimpunan Agung ( berfungsi sebagai badan perundangan).
-Solon juga menubuhkan sebuah Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa untuk menimbangkan rayuan terhadap keputusan majistret. Tahap kegemilangan sistem demokrasi di Athens dicapai di bawah pimpinan Pericles (495-429SM).
-Pericles telah menubuhkan sebuah Lembaga yang bertindak sebagai badan eksekutif tertinggi. Ahlinya terdiri daripada 10 orang jeneral yang dilantik oleh Perhimpunan Agung untuk satu tahun.
-Pericles juga membuat perubahan terhadap kuasa membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman iaitu tidak lagi oleh majistret tetapi oleh sekumpulan juri. Sparta adalah negara kota yang terkuat di Yunani. Kerajaan ini berbentuk militeri.
-Rakyatnya terdiri daripada kaum Dorian yang berhijrah dari utara. Tenteranya terdiri daripada tentera darat dan laut. Kanak-kanak Sparta akan menjalani latihan ketenteraan bila berusia 7 tahun dan memasuki tentera bila berumur 20 tahun dan terpaksa tinggal di berek tentera sehingga berumur 30 tahun. Melalui sistem ini,
-Kanak-kanak yang lemah dibunuh sebaik sahaja dilahirkan. Kerajaan Sparta diketuai oleh 2 raja iaitu dari keluarga Agiadac dan Eurypontidac, dan 5 orang Ephor. Ephor dilantik oleh Majlis Perhimpunan. Rakyat dari kelas homoioi yang berketurunan Dorian merupakan golongan pemimpin di Sparta

Pembentukan Negara Kota Rom
- Rom adalah gabungan kapung-kampung yg terletak di atas bukit-bukit kecil. Dari atas bukit pertahanan mereka agak kuat dapat melihat musuh dgn mudah. Penduduk Rom bersifat ketenteraan. Semasa diperintah oleh bangsa Etruscan, raja yang memerintah adalah juga seorg paderi besar,jeneral dan pengubal undang2.
- Masyarakat gol penduduk dikenali sbg gol Patrician iaitu gol bangsawan dan gol lain dikenali sbg Plebeian. Gol Patrician ini adalah gol yang terlibat secara langsung dalam politik negara kota Rom.
Pembentukan Negara Kota Arab

1.Kerajaan Saba’:
-kerajaan yang terbaik dalam Tamadun Arab.
-mengamalkan corak pemerintahan demokrasi. Terbukti kerana terdapat beberapa majlis persidangan yg diadakan sebanyak dua kali setahun di kota Maarib yg menjadi pusat kerajaan Saba’.
-dasar pemerintahan kerajaan Saba’ juga bertukar daripada kerajaan teokrasi kepada sekular.Perubahan dasar berlaku apabila raja Saba’ yg pertama memakai gelaran ‘Malek’ iaitu Karb Ily Watar telah mengubah dasar pemerintahan Saba’ kpd dasar kebagsaan yg tidak mahu dikongkong oleh semangat kabilah.

2.Makkah:

-Negara kota Makkah dikelilingi oleh tiga kuasa besar iaitu Byzantine, Parsi dan Habsyah.
-Sejarah awal kota Makkah bermula dgn peristiwa Nabi Ibrahim.
-Puak pertama yang mengukuhkan kuasa politik Makkah ialah suku kaum Jurhum.
Suku Khuzaah yg datang dari daerah Yaman pernah menguasai Makkah selama 500 tahun.
-Setelah itu negara kota Makkah di kuasai oleh kaum Quraisy yg diketuai oleh Qusai bin Kilab. Pemerintahan adalah berdasarkan Majlis Perhimpunan yang mana pelbagai majlis telah ditubuhkan dlm pemerintahan negara kota ini.

Pembentukan Negara Kota Alam Melayu

1.Langkasuka
-diasakan pada awal kurun ke-2 masihi di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu
iaitu disebuah kaw berhampiran dgn Pattani sekarang.
-Antara pemerintah yg terkenak ialah Bhagadatta (kurun ke-6 Masihi).
-Wilayah taklukannya meliputi Songkla, Kelantan dan Terengganu

Kedah Tua


1. PENGERTIAN NEGARA BANGSA
- Sebuah institusi pentadbiran yang wujud di Eropah pada abad ke-16.
- Merupakan negara kebangsaan yang sederhana besar dan mempunyai kesatuan politik dan akhirnya berkembang menjadi sebuah negara di Eropah.
- Contoh negara bangsa ialah England, Perancis, Portugal dan Sepanyol.

2. Ciri-ciri Negara Bangsa Eropah
i. Setiap negara bangsa mempunyai kerajaan pusat yang kuat dan teratur serta mempunyai sempadan2 tertentu.
ii. Penduduk yang terikat bersama oleh satu keturunan, satu bahasa, sejarah dan kebudayaan yang tersendiri.
iii. Penduduk menunjukkan taat setia kepada pemerintah mereka (raja), bukannya gereja Kristian yang bersifat universal.
iv. Para pemerintah negara bangsa juga ingin mengambil alih kuasa dan kekayaan pihak gereja. Mereka juga ingin mengurangkan kuasa gereja dan juga campur tangan pope dalam politik tempatan.
v. Raja2 kebangsaan inginkan gereja yang tidak mempunyai hubungan dengan pope dari negara asing.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DI EROPAH PADA ABAD KE-16M:
1. Kebangkitan Keluarga Diraja
• Kebangkitan keluarga diraja disokong oleh kumpulan pertengahan.
• Mereka berjaya menyatukan daerah feudal, menyusun semula cukai, membentuk pasukan tentera dan mengisytiharkan perang.
• Penduduk dari satu bangsa menunjukkan taat setia kepada raja.
• Kesannya; raja menjadi lambang perpaduan daerah feudal dan mendapatkan kemerdekaan diri dan penguasaan empayar.
• Situasi ini berlaku dalam kewujudan negara bangsa Jerman. Sepanyol dan Portugal.

2. Peperangan
• Di England, Perang Bunga Ros antara keluarga York dengan Lancester melemahkan keluarga bangsawan Inggeris.
• Raja Henry VII menggunakan Majlis Diraja untu mewujudkan keamanan, keadilan dan sokongan dari rakyat.
• Di Perancis, Perang Seratus Tahun dengan Inggeris memberi peluang kebangkitan kekuasaan raja menguatkan ketenteraan untuk mengusir Inggeris, melemahkan kekuasaan bangsawan dan menyatukan daerah2 mereka.

3. Perkahwinan
• Negara bangsa Sepanyol terbentuk apabila Ferdinand dari kerajaan Aragon dan Castile bersatu setelah berkahwin dangan Ratu Isabella pada tahun 1479 M.
• Penyatuan ini menguatkan kedudukan sistem beraja dan dapat mempengaruhi golongan feudal dan institusi gereja.

4. Kemerosotan Sistem Feudal
• Sebab2 kemerosotan ialah;
a. Tidak dapat menguatkuasakan undang2
b. Kebangkitan golongan pertengahan
c. Persaingan antara tuan2 tanah dengan pedagang & pekilang
• Kesannya; kekuasaan bangsawan digantikan dengan kekuasaan raja.
5. Perkembangan Bahasa & Kesusasteraan Kebangsaan
• Pada zaman Rannaisance, buku2 ditulis dalam bahasa ibunda dan bukan bahasa Latin.
• Bahasa Perancis berjaya menyatukan Norman dan Burgundi menjadi rakyat bangsa Perancis.
• Di England, Shakespeare menulis karya dalam bahasa Inggeris untuk dibaca oleh orang Inggeris dengan menekankan semangat patriotic Inggeris.
• Contoh karya Shakespeare ialah Hamlet dan Otallo.

6. Raja Berjaya Membebaskan Diri Drpd Kekuasaan Gereja Universal Rom
• Raja Henry VII mengisytiharkan gereja Inggeris.
• Beliau sebagai ketua agama Kristian England.
• Di Perancis, Pope terpaksa menggugurkan hak ke atas gereja.
• Raja berhak melantik bishop dan ketua biara.

PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH.
-Terdapat dua peringkat pemerintahan di kebanyakkan kerajaan purba.
-Peringkat pertama ialah kerajaan pusat dan peringkat kedua ialah kerajaan wilayah.
-Dua peringkat kerajaan ini wujud apabila kerajaan sudah mempunyai wilayah yang luas dan sukar utk dikawal sepenuhnya oleh pusat pemerintahan.


Contoh-contoh soalan:
1.Jelaskan konsep negara kota dan ciri-ciri negara kota India dan China
2.Huraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa pada abad ke 15 di Eropah.
3.Huraikan sistem pemerinthan pusat dan wilayah daripada contoh kerajaan tamadun awal di dunia.
   

No comments:

Post a Comment