PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Blog akademik mata pelajaran sejarah untuk membantu para pelajar tingkatan 6 terutamanya pelajar SMK KUBONG LIMBANG, di samping dapat memberi maklumat-maklumat yang berkaitan mata pelajaran sejarah yang terkini berdasarkan sukatan pelajaran yang baharu iaitu SISTEM MODULAR yang mula dilaksanakan pada tahun 2012.Bahan dan nota yang ada adalah dalam bentuk yang ringkas dan mudah.Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru sejarah yang sedia berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan.















Saturday, August 21, 2010

SEJARAH KERTAS 1

Sejarah kertas 1 mengandungi dua bahagian iaitu Sejarah Tamadun Dunia dan Sejarah Tamadun Islam. Kedua-dua bahagian ini mengandungi lapan tema yang sama yang menyentuh tentang politik,ekonomi dan sosial. Pembahagian kajian adalah seperti di bawah:

Sejarah Tamadun Dunia.
Tema 1 : Manusia dan masyarakat
Tema 2 : Pemerintahan dan Pentadbiran
Tema 3: Ketahanan dan Pertahanan
Tema 4: Ekonomi
Tema 5: Pendidikan
Tema 6: Intelektual
Tema 7: Penjelajahan dan Penerokaan
Tema 8: Kebudayaan dan Kesenian
Kajian Tamadun yang dibuat untuk tema-tema di atas ialah Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun India, Tamadun China, Tamadun Arab, Tamadun Eropah dan Tamadun Nusantara.
Buku Rujukan:
1. Teks Pra-U STPM Tamadun Dunia, terbitan Pearson Longman.(Mahdi Shuid dan Saliza Saad)
2. Teks Pra-U STPM Tamadun Dunia, terbitan Pearson Longman (Mahdi Shuid,Suzani Osman dan Sazlina Othman)
3. Ace Ahead ,Teks STPM Tamadun Dunia terbitan Oxford Fajar (Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan


Sejarah Tamadun Islam.
Tema 1 : Manusia dan masyarakat
Tema 2 : Pemerintahan dan Pentadbiran
Tema 3: Ketahanan dan Pertahanan
Tema 4: Ekonomi
Tema 5: Pendidikan
Tema 6: Intelektual
Tema 7: Penjelajahan dan Penerokaan
Tema 8: Kebudayaan dan Kesenian
Bidang kajian yang dibuat adalah berdasarkan zaman iaitu Zaman Jahiliah, Zaman Nabi Muhammad,Zaman Khulafa Al-Rasyidin, Zaman Bani Umayyah, Zaman Bani Abasiyyah, Zaman Turki Uthmaniah dan Tamadun Islam di Nusantara pada zaman awal Islam bertapak di Nusantara.

Buku Rujukan:
1. Teks Pra-U STPM Tamadun Islam, terbitan Pearson Longman.(Mahayudin Hj.Yahya)
2. Ace Ahead ,Teks STPM Tamadun Islam terbitan Oxford Fajar (Mahayudin Hj. Yahya)







 

No comments:

Post a Comment