PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Blog akademik mata pelajaran sejarah untuk membantu para pelajar tingkatan 6 terutamanya pelajar SMK KUBONG LIMBANG, di samping dapat memberi maklumat-maklumat yang berkaitan mata pelajaran sejarah yang terkini berdasarkan sukatan pelajaran yang baharu iaitu SISTEM MODULAR yang mula dilaksanakan pada tahun 2012.Bahan dan nota yang ada adalah dalam bentuk yang ringkas dan mudah.Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru sejarah yang sedia berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan.















Thursday, March 3, 2011

UJIAN FEBRUARI SMK KUBONG.

1. Bincangkan sumbangan Kautilya dalam bidang ketenteraan pada zaman India
klasik.
A. Pendahuluan (3m)
1.Pada zaman tamadun awal, kekuatan fizikal dan ketenteraan amat penting untuk
mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.
2. Kautilya merupakan pemikir ketenteraan India dan seorang negarawan serta ahli
falsafah yang hidup pada abad ke-3 SM.
3.Pemikir ketenteraan ialah tokoh-tokoh yang memberikan sumbangan kepada
pertahanan dan ketahanan sesebuah negara melalui falsafah pemikiran mereka.
4.Karya terkemuka yang dihasilkan oleh Kautilya ialah Arthasastra atau Science of Gain
(of power) pada pemerintahan Maurya.

 Isi-isi Penting ( 5 x 4 m = 20 m )
Sumbangan Kautilya
1. Idea Tentang Hubungan Dengan Negara Lain
Buku Arthasastra menyarankan enam bentuk hubungan antara satu negara dengan
negara lain.
Hubungan pertama ialah mementingkan keamanan. Pada tahap ini aktiviti
ketenteraan tidak dilakukan.
Hubungan kedua ialah bersedia untuk berperang. Peperangan dilancarkan apabila
keamanan tidak dapat dipertahankan.
Hubungan ketiga ialah membiarkan musuh melancarkan serangan pertama. Pada
tahap ini strategi yang digunakan ialah bertahan dan bersedia menghadapi
serangan musuh.
Hubungan keempat ialah melancarkan serangan pertama.
Hubungan kelima ialah bersekutu dengan musuh. Peperangan dapat
ditangguhkan sementara waktu melalui cara ini.
Hubungan keenam ialah mempraktikkan dasar duaan, iaitu berbaik-baik dengan
satu musuh dan menyerang musuh lain. Kaedah ini digunakan apabila
menghadapi lebih daripada satu musuh dalam satu masa.

2. Strategi Memenangi Peperangan
Terdapat empat strategi atau langkah yang disarankan oleh Kautilya dalam
menghadapi musuh iaitu :
- Pertama memujuk musuh dengan mengadakan perbincangan
- Kedua memujuk musuh dengan memberi rasuah
- Ketiga menanam benih perpecahan dan persengketaan
- Keempat melancarkan peperangan jika usaha tersebut menemui kegagalan

3. Saranan Kepada Pemerintah
Pemerintah harus memahami kekuatan sendiri dan kekuatan musuh.
Menurut Kautilya, kekuatan tentera tidak mencukupi untuk memastikan
kemenangan.
Pemerintah harus mengkaji kekuatan sendiri dan kelemahan musuh sebelum
melancarkan serangan.
Pengetahuan tentang kekuatan musuh memberi peluang kepada pemerintah untuk
memperkasakan pasukan tentera sendiri supaya setanding atau lebih baik daripada
tentera musuh.

4. Kepentingan Komplot
Kautilya menyarankan tentang kepentingan komplot atau konspirasi ketika
menghadapi musuh dalam medan peperangan.
Kemampuan mengatur konspirasi lebih baik daripada kegagahanan dan
kehandalan berperang.
Komplot atau konspirasi membantu memecahbelahkan musuh tanpa melibatkan
diri dalam peperangan dan mengorbankan banyak nyawa.

5. Penggunaan Kaedah Subversif
Pemerintah boleh menggunakan kaedah subversif seperti merasuah dan
menghantar perisik bagi menjatuhkan pihak lawan
Kautilya menyarankan jika peperangan tidak menunjukkan kemenangan dan
memakan masa yang panjang, maka pemerintah perlu menggunakan taktik yang
tidak bermoral .
Antara taktik yang disarankan termasuklah menggunakan perisik untuk mencari
maklumat, menggunakan pelacur untuk menggoda askar musuh, memberi rasuah
kepada pegawai tentera, tukang masak dan sesiapa dalam istana.

6. Menyerang pada waktu yang sesuai
Kautilya menyarankan agar serangan dilancarkan pada waktu yang sesuai.
Waktu yang dipilih untuk berperang menentukan kejayaan atau kegagalan dalam
peperangan.
Menurut beliau, serangan harus dilakukan ketika musuh berada dalam keadaan
leka, menghadapi masalah kekurangan makanan dan berlaku perpecahan di
kalangan musuh.

7. Pengaruh Teks Arthasastra terhadap spiritual dan keagamaan
Karya Arthasastra banyak mempengaruhi pahlawan dan raja-raja Hindu seperti
raja Rajput dan Marathas yang percaya mereka perlu berjuang sehingga mati
dalam usaha untuk memenuhi matlamat spiritual .
Kematian dalam peperangan bertujuan untuk membebaskan diri daripada rantai
kelahiran semula dan mencapai Nirwana.

 Kesimpulan ( 2 m)
1. Kautilya merupakan antara pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan yang
besar dalam bidang ketenteraan.
2. Idea yang disarankan melalui karya beliau iaitu Arthasastra banyak membantu
pemerintah India dalam usaha mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan yang
mantap.

No comments:

Post a Comment