SEJARAH KERTAS 1.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBONG LIMBANG
PERCUBAAN STPM 2010
(SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA)
JAWAB DUA SOALAN BAHAGIAN A DAN DUA SOALAN BAHAGIAN B
BAHAGIAN A
1. Jelaskan konsep bandar dan huraikan aspek perbandaran dalam tamadun Mesopotamia dan China. (25M)
2. Huraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa pada abad ke 15 di Eropah.(25M)
3. Apakah yang dimaksudkan dengan ketahanan dan pertahanan. Dengan merujuk kepada sistem ketahanan dan pertahanan Mesir dan Mesopotamia nyatakan maksud
tersebut.(25M)
tersebut.(25M)
4. Bincangkan sistem ekonomi Zaman Kemuncak Pertengahan Eropah dan huraikan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalis.(25M)
5. Ajaran Confucius dianggap sebagai teras penting dalam perkembangan falsafah China.Bincangkan pernyataan ini terutama berkaitan dengan falsafahnya.(25M)
6. Aliran Idealisme telah muncul antara tahun 1560-1800 M di Eropah.Bincangkan tentang aliran ini semasa zaman penyerlahan Eropah.(25M)
7. Bincangkan matlamat pelayaran orang Mesir dan orang Arab dalam ketamadunan mereka.(25M)
8. Jelaskan konsep tamadun. Huraikan bagaimana ahli arkeologi membuktikan wujudnya sesebuah tamadun awal manusia yang terdapat di lembah-lembah utama di dunia.(25M)
BAHAGIAN B
9. Bincangkan kehidupan masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah.(25M)
10. Konsep kejadian dan peranan manusia mengikut pandangan Islam dengan pandangan Barat dikatakan berbeza.Bandingkan pernyataan tersebut.(25M)
11. Mengapakah Perang Badar penting kepada Islam dalam aspek penyebaran Islam.(25M)
12. Huraikan tentang bentuk perbankan Islam yang dijalankan di Malaysia.(25M)
13. Jelaskan maksud zakat dan bincangkan tentang zakat pada zaman NAbi Muhammad SAW, zaman Umayyah dan Zaman Abasiyyah.(25M)
14. Jelaskan sumbangan pelayaran dan penerokaan Arab kepada kehidupan dan tamadun manusia.(25M)
15. Jelaskan kaedah pendidikan Islam pada zaman Rasulullah ketika di Makkah dan Madinah.(25M)
16. Bandingkan ciri-ciri seni bina tamadun Islam dengan seni bina tamadun Eropah.(25M)
No comments:
Post a Comment