PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Blog akademik mata pelajaran sejarah untuk membantu para pelajar tingkatan 6 terutamanya pelajar SMK KUBONG LIMBANG, di samping dapat memberi maklumat-maklumat yang berkaitan mata pelajaran sejarah yang terkini berdasarkan sukatan pelajaran yang baharu iaitu SISTEM MODULAR yang mula dilaksanakan pada tahun 2012.Bahan dan nota yang ada adalah dalam bentuk yang ringkas dan mudah.Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru sejarah yang sedia berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan.















Thursday, March 1, 2012

UJIAN RINGKAS 1 2012

UJIAN RINGKAS 1 2012
SEJARAH KERTAS 1

JAWAB SATU SOALAN SAHAJA.

1.    Bincangkan ciri-ciri yang perlu ada pada masyarakat yang bertamadun. Nyatakan juga faktor-faktor yang membina sesebuah tamadun.  (25 markah)
2.    Nilaikan punca-punca penentangan orang Quraisy terhadap dakwah Rasulullah s.a.w  dan huraikan bagaimana Rasulullah  s.a.w menanganinya. (25M)

SKIMA JAWAPAN:

SOALAN 1.
Ciri-ciri masya bertamadun:
·          Ciri-ciri tamadun :
·                      Petempatan kekal
·                      Pembandaran
·                      Organisasi sosial
·                      Kepercayaan dan agama
·                      Sains dan teknologi
·                      Bahasa dan sistem tulisan (3x3=9)

Faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun awal (4 isi X 3 markah)
1.          Kemajuan dan pencapaian manusia pada zaman Neolitik
Ø   Pencapaian dari segi ekonomi, pemikiran dan sosialisasi pada zaman Neolitik membawa kepada kemunculan tamadun.
Ø  Pencapaian dari segi ekonomi – Revolusi Pertanian
Ø  Sistem kepercayaan – yang lebih kompleks

2.          Proses urbanisasi
Ø   Proses urbanisasi di sesuatu tempat berikutan adanya kegiatan pertanian, penenunan dan penternakan binatang.
Ø   Manusia juga cuba hidup bersatu dengan tujuan untuk menghadapi cabaran fizikal.
Ø   Berlaku perkembangan daripada sebuah kampung ke bandar dan negara kota.
Ø   Ekoran daripada berlakunya pertambahan penduduk di sesuatu kawasan seperti di kampung, berlakunya pembukaan tanah-tanah baru untuk penempatan dan kegiatan pertanian.
Ø   Urbanisasi ini membawa kepada pengasasan beberapa tamadun lain.

3.          Kemajuan sains dan teknologi
Ø   Kemajuan dalam bidang ini dapat dilihat apabila manusia mula menggunakan logam seperti besi, tembaga dan gangsa
Ø   Penciptaan pelbagai alat pertanian seperti tajak menyebabkan pertanian diusahakan dengan meluas.
Ø   Penghasilan tembikar membawa kepada perubahan sara hidup masyarakat.
Ø   Kesannya, hasil pertanian meningkat dan wujudnya aktiviti perdagangan.

4.          Sungai
Ø   Kemunculan tamadun awal di lembah-lembah sungai menunjukkan kepentingan sungai sebagai salah satu faktor perkembangan tamadun.
Ø   Sungai membantu kegiatan pertanian dari segi perairan, kesuburan tanah dan sebagai sumber bekalan makanan.
Ø   Sungai juga berperanan sebagai jalan pengangkutan yang penting.
Ø   Kesannya; terdapat banyak tamadun muncul di lembah-lembah sungai seperti di lembah sungai Nil, Tigris-Euprates, Indus dan Hwang Ho.

5.          Faktor angin
Ø   Angin memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun.
Ø   Angin membantu pelayaran dan pengangkutan di antara satu tamadun dengan tamadun yang lain.
Ø   Hal ini membolehkan wujudnya perdagangan jarak jauh untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.
Ø   Perdagangan memajukan kebudayaan kerana berlakunya pertukaran fikiran dan maklumat.

6.          Faktor bahasa dan tulisan
Ø   Bahasa dan tulisan menjadi asas kepada kemajuan pengetahuan dan membantu melicinkan urusan pentadbiran dan ekonomi.
Ø   Tulisan-tulisan pada zaman Neolitik menjadi asas kepada perkembangan sistem tulisan dalam tamadun awal.
Ø   Fungsi tulisan adalah untuk merekod kegiatan ekonomi, keagamaan dan harta kuil serta perundangan.
Ø   Contoh;  tulisan cuneiform dalam tamadun Mesopotamia banyak digunakan untuk merekod tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran dan tulisan hieroglif dalam tamadun Mesir untuk merekodkan keagamaan.
Ø   Kesannya, penghasilan karya sastera seperti epik Gigamesh dalam tamadun Mesopotamia, Epik Mahabrata dan Ramayana dalam tamadun Indus.        
7.        Penciptaan roda
Ø   Penciptaan roda oleh masyarakat Neolitik di Sumeria turut mempengaruhi kemunculan tamadun.
Ø   Teknologi roda kemudiannya digunakan sebagai peroda untuk membuat tembikar, sebagai kincir dalam pengairan dan untuk menarik pedati (kereta kuda) bagi tujuan membawa hasil pertanian ke pelabuhan
Ø   Hal ini membantu memajukan tamadun masyarakat tersebut.
Ø   Roda juga mempercepat perkembangan industri tangan seperti industri tembikar.
Ø   Roda juga menggalakkan pertumbuhan perdagangan antara tamadun seperti tamadun Mesopotamia, Mesir dan Mohenjo-Daro.

8.          Hieraki masyarakat
Ø   Hal ini dapat dilihat kepada kewujudan golongan pemerintah dengan golongan diperintah.
Ø   Kewujudan organisasi sosial mewujudkan pengkelasan dalam masyarakat yang mempunyai peranan masing-masing.
Ø   Contoh, Raja berfungsi sebagai pemerintah, pembesar berfungsi  membantu raja dalam pentadbiran, petani untuk mengusahakan sumber makanan dan hamba pula untuk menjalankan kerja-kerja buruh.
Ø   Membolehkan pentadbiran dapat dijalankan dengan lebih cekap dan membolehkan kemajuan dalam bidang politik dan sosial.

9.          Pembahagian tugas
Ø   Pembahagian tugas dalam aktiviti pertanian dalam zaman prasejarah menyebabkan berlakunya pengkhususan kerja.
Ø   Hal ini membolehkan setiap anggota masyarakat mempunyai tugas yang tetap.
Ø   Keadaan ini mempercepat lagi proses kemajuan.
Ø   Bentuk-bentuk kerja yang wujud dalam tamadun awal ialah askar, petani, tukang, peladang dll.
Ø   Contoh, golongan artisan mewujudkan pengkhususan kerja seperti tukang kayu, bina kuil, bina piramid, membina terusan dan lain-lain.

SKIMA SOALAN 2.
PENGENALAN [ 3 Markah ]
a.     Rasulullah s.a.w menerima wahyu ketika berusia 40 tahun pada tahun 610 M, bermakna bermulalah kehidupan baru bagi masyarakat Arab Quraisy Makkah yang selama ini hidup dalam kejahilan sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial apatah lagi dalam bidang agama dan akhlak.
b.     Usaha dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah s.a.w dapat dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat sulit dan secara terang-terangan
c.     Diperingkat terang-terangan inilah bermulanya tentangan hebat di kalangan orang-orang Quraisy bukan sahaja kepada Rasulullah s.a.w tetapi juga kepada penganut-penganut agama Islam sama ada melalui perbuatan, perkataan sehinggalah perencanaan untuk membunuh baginda 
B.ISI-ISI PENTING [ 20M ]
Faktor- faktor Penentangan[ 10 markah]
a.     Dari segi agama ajaran Islam yang menekankan akidah tauhid, bertentangan dengan agama serta kepercayaan masyarakat Quraisy yang berbilang Tuhan khasnya penyembahan berhala. Di sekeliling Kaabah umpamanya terdapat lebih kurang 360 buah patung berhala yang pelbagai saiz dan bentuk
b.     Punca penentangan golongan ini ialah kerana mereka takutkan pembalasan di hari akhirat kelak berikutan kehidupan mereka dipenuhi dengan dosa dan segala perbuatan mungkar
c.     Dari aspek sosial timbulnya penentangan kerana Rasullulah membawa ajaran yang menekankan konsep persamaan taraf. Bertentangan dengan sistem feudal yang diamalkan masyarakat Quraisy Makkah. Hal ini bertentangan dengan orang Quraisy yang memandang tinggi terhadap golongan kaya dan keperkasaan.
d.     Masyarakat Quraisy juga terikat dengan semangat assabiyah yang meletakkan sentimen hanya kepada kaum mereka sendiri dan sekaligus menolak konsep persaudaraan.
e.     Kegiatan sosial mereka mementingkan keseronokan duniawi seperti berzina, membunuh, berjudi akan tersekat seandainya mereka menerima Islam.
f.      Masyarakat Quraisy terlalu menuruti segala amalan tradisi nenek moyang dan ini menyebabkan mereka sentiasa mengagungkan tradisi lama dan menentang segalam pembaharuan.
g.     Memandangkan Nabi berasal dari keturunan Bani Hashim, golongan bani lain beranggapan kehadiran Nabi akan menyebabkan golongan bani Hashim akan berkuasa dan berpengaruh kembali yang akan merosakkan pengaruh bani lain khususnya Bani Umayyah sedang menerajui Kota Makkah.
h.     Dari sudut ekonomi kedatangan Islam pastinya pada anggapan Quraisy kota Makkah tidak lagi dikunjungi tetamu-tetamu asing yang secara tidak langsung akan menjejaskan peranan kota Makkah sebagai pusat keagamaan, kebudayan dan perdagangan.
i.      Pengukir patung berhala juga akan kehilangan sumber rezeki memandangkan Islam menolak penyembahan berhala.
j.      Bagi golongan peniaga Islam melarang melarang segala bentuk penindasan seperti riba, pajak gadai, menipu kadar timbangan serta berjudi pastinya akan menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Langkah-langkah Mengatasi [ 10 markah]
a.     Menyeru golongan hartawan daripada kalangan umat Islam menebus dan memerdekakan golongan hamba yang telah menerima Islam dan di siksa seperti Bilal bin Rabah.
b.     Menyeru golongan Islam berlindung dengan orang yang berpengaruh seperti Abu Talib dan Khadijah.
c.     Menyeru umat Islam berhijrah ke Habsyah kerana dikatakan pemerintahnya Raja Najasi seorang yang adil dan berperikemanusiaan.
d.     Menyeru dakwah di luar kota Makkah misalnya di taif.
e.     Berhirjah ke Madinah setelah Nabi menerima wahyu dan ancaman bunuh ke atas Baginda.

C. Penutup [ 2M ]
Penetangan masyarakat Quraisy di Makkah telah menyebabkan berlakunya hijrah ke Madinah yang membawa kepada pembentukan negara Islam Madinah yang berdaulat