PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Blog akademik mata pelajaran sejarah untuk membantu para pelajar tingkatan 6 terutamanya pelajar SMK KUBONG LIMBANG, di samping dapat memberi maklumat-maklumat yang berkaitan mata pelajaran sejarah yang terkini berdasarkan sukatan pelajaran yang baharu iaitu SISTEM MODULAR yang mula dilaksanakan pada tahun 2012.Bahan dan nota yang ada adalah dalam bentuk yang ringkas dan mudah.Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru sejarah yang sedia berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan.















Friday, May 20, 2011

PEPERIKSAN KENDALIAN SEKOLAH 1 SEJARAH 1 SMK KUBONG 2011

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBONG LIMBANG
PEPERIKSAAN KENDALIAN SEKOLAH 1 STPM 2011
(SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA)

Bahagian A

Jawab dua soalan sahaja.
1.Huraikan ciri-ciri utama tamadun dengan merujuk kepada kemunculan tamadun-tamadun awal dunia. [25 ]
2.  Jelaskan sistem pemerintahan republik yang diamalkan dalam Tamadun Rom. [25]
3. Pemikir-pemikir strategi peperangan telah memainkan peranan penting dalam pertahanan
dan ketahanan tamadun awal. Bincangkan pernyataan tersebut dengan merujuk Kautilya
dan Niccolo Machiavelli. [25]
4. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan Empayar Srivijaya muncul sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu dari abad ke- 7 hingga  abad ke-13 Masihi.  [25]
5. Jelaskan perkembangan kurikulum dalam sistem pendidikan di Mesopotamia, Mesir Purba,India dan China pada Zaman Klasik. [25]
6. Huraikan perkembangan pemikiran ahli-ahli falsafah Yunani dan China. [25]
7. Tokoh-tokoh pelayaran Portugal memainkan peranan dan memberi sumbangan dalam
kemunculan negara Portugal sebagai sebuah kuasa kelautan yang agung pada abad ke-15
Masihi. Bincangkan. [25]
8. Bincangkan tentang seni muzik tamadun Mesir dan tamadun Mesopotamia.[25]

Bahagian B

Jawab dua soalan sahaja.
9. Bincangkan ciri-ciri daripada ajaran Nabi Muhammad s.a.w di Makkah dan faktor penentangan ajaran tersebut oleh kaum Quraisy Makkah. [25]
10. . Huraikan  pembaharuan-pembaharuan yang telah dilakukan oleh Khalifah Umar Abd Aziz semasa pemerintahannya pada zaman Bani Umayyah.(25)
11.Sejauh manakah kepimpinan Nabi Muhammad SAW menjadi faktor utama kejayaan ketenteraan dalam siri peperangan pada zaman baginda. [25]
12. Bincangkan pelaksanaan Zakat pada Zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah. [25]
13. Bezakan Institusi pendidikan yang terdapat di Tanah Melayu dengan Institusi di Aceh. [25]
14. Kedatangan Islam telah memperkembangkan tamadun dunia.Bincangkan sumbangansumbangan tamadun Islam kepada dunia. [25]
15. Hijrah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Tamadun Islam. Jelaskan
kaitannya dengan penghijrahan dan penerokaan umat Islam. [25]
16. Seni Khat satu cabang seni Islam yang berkembang seiring dengan ukir.dengan memberi
contoh-contoh, bincangkan asal-usul seni khat,fungsi dan kepentingannya. [25]


SKIMA JAWAPAN


SOALAN 1.
PENGENALAN: ( 3 markah)
1. Konsep tamadun
·         Definisi :Tamadun merupakan satu konsep yang luas dan kompleks.Tamadun merujuk kepada pencapaian/kemajuan sesuatu masyarakat @ negara dalam bidang pengetahuan, pentadbiran, undang2, kepercayaan agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam
·         Ciri-ciri:
§  Petempatan Kekal
§  Pembandaran
§  Organisasi Sosial
§  Kepercayaan Dan Agama
§  Sains Dan Teknologi
§  Bahasa Dan Sistem Tulisan
2. Latar belakang tamadun-tamadun awal:
·         Tamadun Mesopotamia
·         Tamadun Mesir
·         Tamadun Indus
·         Tamadun China
3. Faktor – faktor yang mendorong kemunculan tamadun
·         ­ Proses evolusi
·         Proses urbanisasi
·         Kemajuan sains dan teknologi
·         ­ Sungai
·         ­ Faktor angin
·         ­ Faktor bahasa dan tulisan
·         ­ Penciptaan roda
·         ­ Kewujudan organisasi sosial
·         ­ Pengkhususan kerja
·         Sistem agama dan kepercayaan
ISI: CIRI-CIRI TAMADUN ( 7 isi X 3 markah = 21 markah)
1. Urbanisasi
·         Manusia hidup tetap di sesuatu tempat
·         Mereka menetap di lembah2 sungai
·         Sebab; tanahnya subur dan bekalan air yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perdagangan
·         Petempatan kekal bermula di Mesir sejak tahun 7000 S.M.
·         Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar2 Memphis , Dhilkah dan Thebes
2. Pengkhususan Kerja
·         Setiap anggota masyarakat mempunyai tugas dan peranan mereka masing2 seperti petani, penternak, artisan dan askar.
·         Pengkhususan kerja mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan perkembangan tamadun.
·         Contoh; tamadun China
3. Organisasi sosial
·         Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan.
·         Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur.
·         Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas.
·         Diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir.
·         Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan
·         Rakyat biasa yang menjalankan aktiviti ekonomi masing2
·         Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja2 yang berat.
·         Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda
·         Contoh ; kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan masyarakat tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hammurabi
4. Bahasa dan Tulisan
·         Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, @ berbentuk pepaku
·         Tulisan2 ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
·         Lambang2 bertulis merupakan alat yang melahirkan idea2 perundangan, pengetahuan serta memudahkan pengendalian pentadbiran, percukaian dan perakaunan.
·         Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekodkan upacara keagamaan dan harta kuil.
·         Contoh; tulisan Cuniform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekodkan tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.
5. Agama dan Kepercayaan
·         Terdapat amalan politeisme iaitu menyembah dewa-dewi.
·         Dewa/i juga dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka.
·         Jika tidak disembah,dewa/i akan membawa malapetaka seperti banjir,dan kemarau.
·         Contoh; Tamadun Indus, mereka menyembah dewi bermuka tiga
·         Tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa/i yang banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat.
6. Kemajuan sains dan teknologi
·         Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal.
·         Mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan benteng.
·         Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan.
·         Kemajuan2 ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan Mesopotamia.
7. Estetika
·         Hal ini dapat dilihat dari segi seni bina, seni ukir dan sastera.
·         Contoh dalam tamadun Mesopotamia terdapat epik Gilgamesh yang menceritakan keperwiraan bangsanya.
·         Iliyad dan Odysey yang dihasilkan Homer juga banyak menceritakan tentang kejayaan dan pengembaraan orang Yunani.
KESIMPULAN: ( 1 markah)
Kemajuan dalam tamadun-tamadun awal menyebabkan masyarakat seterusnya mencapai ketamadunan yang lebih tinggi dalam semua aspek kehidupan.

SOALAN 2
  1. PENGENALAN ( 3 markah )
-          Republik bermaksud negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalaui pilihan raya.  Negara yang mengamalkan cara pemerintahan republik diketuai oleh  seorang presiden.
-          Sebelum kelahiran sistem pemerintahan republik, Rom mengamalkan pemerintahan beraja yang dimulakan sejak 753 S.M dan diperintah secara mutlak oleh raja-raja Etruscan.
-          Pemerintahan Republik bermula pada tahun 509 M apabila raja terakhir,Tarquin the Proud diusir apabila pemberontakan golongan bangsawan telah membawa kejayaan.
-          Dalam bahasa Latin, res publica bermaksud hal rakyat, merupakan satu bentuk kerajaan yang diketuai oleh bukan seorang raja.
-          Kerajaan Republik mempunyai tiga buah badan dan fungsinya yang tersendiri iaitu Konsul, Dewan Senat dan Dewan Perhimpunan.
-          Latar belakang tamadun Rom

                      
B.  ISI-ISI ( 20 markah )
1.       Konsul [7 markah]
- Merupakan pemerintah tertinggi dalam pemerintahan republik
- Dua orang konsul yang dipilih untuk memerintah berumur melebihi 40 tahun.
-Dua orang konsul dipilih supaya seorang boleh mengawasi yang lain agar tidak berlaku     penyalahgunaan kuasa atau melakukan penyelewengan.
-Perkara-perkara yang perlu diputuskan perlulah secara bersama. Hal ini juga ini juga bagi  menggelakkan berlakunya pemusatan kuasa.
     -    Dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama satu tahun.  Sehingga abad yang
          ke-4 Masihi , jawatan konsul terhad kepada golongan bangsawan.
-          Bidang kuasa ialah  berkuasa dalam bidang pentadbiran, keadilan, ketenteraan, keagamaan dan kewangan.  Turut berperanan sebagai ketua hakim, ketua angkatan tentera dan ketua eksekutif. Memilih dan melantik 300 ahli senat. Konsul juga berperanan menjaga kedaulatan dan menjaga kebajikan rakyat.

2.   Dewan Senat[ 7 markah]
    -     Dewan Senat diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan bangsawan dan dikenali                   
senator.
-          Ahli-Ahli dewan Senat  dipilih oleh Konsul
-          Ahli Dewan Senat bertindak menasihati konsul dalam urusan pentadbiran negara.
-          Dewan Senat berfungsi sebagai membincangkan hal pentadbiran negara, menggubal undang-undang untuk dibincangkan dalam Dewan Perhimpunan, mengadakan rundingan dengan duta-duta asing, menetapkan provinsi yang akan diuruskan oleh konsul, menguruskan hal ehwal kewangan, dan menyelesaikan krisis keagamaan .

2.Dewan Perhimpunan [ 6 markah ]
- Diwakili oleh semua rakyat Rom. Dikenali sebagai forum iaitu tempat rakyat berkumpul dan   mendapat laporan tentang perbincangan Dewan Senat.
- Merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapat laporan tentang perbincangan dewan senat
- Dewan ini membantu Dewan Senat melaksanakan pemerintahan, meluluskan dan mengesahkan           undang-undang yang telah diputuskan oleh Dewan Senat.
 - Dewan ini turut berfungsi melantik konsul dan praetor. Turut bertindak sebagai Mahkamah Rayuan
           -   Merupakan Badan Perundangan utama sehingga 218M.

C.  KESIMPULAN ( 2 markah )
    - Pemerintahan Republik merupakan warisan kerajaan Rom kepada tamadun dunia.
      Pemerintahan ini dapat memperlihatkan keseimbangan kuasa antara 3 badan
      pemerintah iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.
    - Pemerintahan Republik merintis ke arah pemerintahan diktator pada zaman Julius
      Caesar apabila berjaya mengalahkan Jeneral Pompei lalu mengisytiharkan dirinya
      sebagai diktator.


SOALAN 3.
A) Pengenalan
Pemikir tentera
a. Golongan yang telah memberi sumbangan yang berharga kepada pertahanan Negara.
b. Mengemukakan cara-cara bagaimana pemerintahan boleh mengekalkan kekuasaan melalui ketenteraan
c. Biasanya kaedah yang diperkenalkan bertentangan dengan nilai moral dan kemanusiaan

Kautilya
a. Seorang menteri Brahmin pada zaman empayar Maurya awal abad ke 3 SM
b. Idea dikesan melalui bukunya ‘Arthasastra/ Science of Gain’
c. Digunakan oleh ramai pemerintah di India spt Maharaja Asoka dan Maharaja Chandra Gupta Maurya; dlm usaha penaklukan dan peluasan wilayah
d. Ideanya dikaji oleh tokoh pemikir tentera moden dan digunakan dalam Negara mereka spt Napoleon Bonaparte (Peranchis), Otto Von Bismark (Jerman), Moa Tze Tong (China)

Niccolo Machiavelli
a. Tokoh pemikir tentera moden pada abad ke 16 M
b. Berasal dari Itali
c. Menghasilkan banyak buku-buku berkaitan dengan politik dan ketenteraan
d. Buku terkenal – The Prince(Penguasa) dan Art of War ( Seni Peperangan)

B) Isi-isi Penting
Idea ketenteraan Kautilya
1. Tentang hubungan antara Negara dengan wilayah/tanah jajahan berasaskan kepada 6 pertimbangan
i. Keamanan
ii. Peperangan
iii. Menunggu masa untuk musuh memulakan serangan
iv. Menyerang dahulu
v. Mengadakan persekutuan dengan musuh
vi. Dasar duaan iaitu persekutuan dengan satu pihak dan berperang dengan pihak yang lain

2. Empat cara untuk menang peperangan
i. Pujukan melalui ucapan yang menawan hati
ii. memujuk dengan memberi rasuah
iii. Semai benih perpecahan untuk melemahkan musuh
iv. Jika gagal usaha-usaha tersebut barulah berperang

3. Sifat seorang penakluk
i. Harus mengetahui tentang kekuatan tenteranya dengan kekuatan musuh
ii. Kemahiran dalam mengadakan komplot lebih baik daripada kegagahan dan kehandalan berperang
iii. Jika peperangan tidak ada kemenangan dan memakan masa yang panjang, raja perlu guna jalan lain yang tidak jujur seperti sabotaj, rasuah, guna pelacur dll

4. Kaitan dengan spiritual dan keagamaan
i. Berjuang hingga mati untuk mencapai matlamat spiritual
ii. Kematian dalam peperangan bertujuan untuk membebaskan diri dari rantai kelahiran semula dan capai Nirwana

Idea ketenteraan Machiavelli
1. Buku ‘The Prince’ – menyarankan cara bagaimana seorang harus mendapat dan mengekalkan kuasa Kerajaan adalah matlamat raja. Jika raja rasa tergugat disebabkan oleh penasihat yang tidak jujur, dia harus dibunuh, penjara, melucut jawatan dan sebagainya
2. Memperkenalkan falsafah politik nasionalisme yang menimbulkan kebencian, peperangan, imperialisme, sifat tamak, kejam tidak berperi kemanusiaan dan sebagainya. Kesannya lahir pemimpin raja2 bangsa yang tamak, zalim, gila kuasa, berlaku perang saudara dan sebagainya.
3. Melalui buku Art of War – menekankan asas setiap Negara adalah undang-undang dan senjata yang baik. Seorang putera raja tidak harus ada sebarang objektif atau pemikiran melalui cara berperang, cara diorganisasikan dan disiplin. Banyak dipraktis di Peranchis dan di Sepanyol pd abad ke 16M.
4. Prinsip-prinsip utama dalam ketenteraan adalah seperti berikut:
i. menghasilkan sebuah pasukan tentera yang berasaskan berjalan kaki
ii. mengutuk tentera yang bekerja semata-mata untuk wang
iii. pasukan tambahan tidak sesuai untuk mentadbir
iv. menolak pembinaan kubu kerana ia membawa kemusnahan
v. melakukan perang yang agresif melalui kuasa berperang dengan senjata meriam dan askar berkuda

5. Menjelang abad ke 16 semua usaha untuk mendapat perlindungan mutlak di medan peperangan di hapuskan seperti zaman tentera berkuda dan baju besi. Baju direka untuk melindungi bahagian tubuh badan yang penting sahaja. Penekanan kepada senjata2 yang superior.
C) Kesimpulan
Kedua-dua idea ketenteraan ini mendapat sambutan daripada pemimpin sezaman mereka. Kedua-duanya memperkenalkan konsep idea ketenteraan yang saintifik dan mempunyai persamaan iaitu mengutamakan falsafah ‘matlamat menghalalkan cara” .


 SOALAN 4

A.  Pendahuluan
Empayar Srivijaya  merupakan kuasa utama dan berpengaruh di Asia Tenggara dari abad ke-7 hingga ke-13 masihi. Dengan kewibawaan pemerintahnya seperti Dapunta Hiyam, Srivijaya telah meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke atas beberapa negeri di Pulau Sumatera, sebahagian Pulau Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, selatan Siam dan persisiran Borneo sehingga menjadikan Srivijaya sebagai pelabuhan entrepot yang terkenal di Alam Melayu.
Pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya yang terletak di Palembang adalah sangat strategik kerana dapat mengawal perairan Selat Melaka. Dalam hal ini, Srivijaya telah menggunakan angkatan lautnya yang kuat untuk menguasai perdagangan Timur- Barat terutamanya perdagangan antara Timur Tengah, China, India dan Asia Tenggara sendiri. Sebagai contohnya, pedagang-pedagang yang melalui perairan Selat Melaka telah dipujuk dan dipaksa untuk singgah di pelabuhan-pelabuhan Srivijaya.
Sesuai dengan statusnya sebagai sebuah empayar maritim yang sangat bergantung kepada kekuatan dan kemahiran tentera lautnya, Srivijaya telah berjaya memonopoli perdagangan di Alam Melayu dengan menguasai bandar-bandar pelabuhan penting di sekitar Alam Melayu dan menjadikan Srivijaya sebagai emporium perdagangan yang terkenal. Rekod-rekod dari Negara China telah membuktikan perkara ini, di mana telah dicatatkan 14 kota raja telah membayar ufti kepada Srivijaya pada awal abad ke-11 masihi.
Dalam hal ini, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Empayar Srivijaya mampu muncul sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu.

B. Isi-isi
1.    Kedudukan Yang Strategik
Kedudukan Srivijaya dari segi geografinya yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara Timur dan Barat dan hal ini telah menjadikan Srivijaya sebagai pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapal dari Asia Barat, India, Negara China dan Alam Melayu. Kelebihan Srivijaya yang menghadap monsun timur laut telah menyebabkan pelabuhan Srivijaya tidak mampu ditandingi oleh pelabuhan-pelabuhan lain.
2.    Perlindungan Diplomatik Daripada Kerajaan China
Kejayaan Srivijaya mendapatkan naungan daripada Negara China dengan cara menghantar ufti kepada Maharaja China telah mengukuhkan kuasa dan pengaruh Srivijaya. Dikatakan antara tahun 960-983 masihi, Srivijaya telah menghantar tidak kurang dari lapan utusan diplomatik ke Negara China. Jaminan perlindungan daripada China telah berjaya mengelakkan Srivijaya daripada diserang oleh kerajaan Majapahit, Siam dan Burma. Lantaran itu, ini telah mengggalakkan kedatangan lebih ramai pedagang-pedagang dari Arab, China dan India ke pelabuhan-pelabuhan Srivijaya.

3.    Kekayaan Sumber Bahan Mentah
Kemampuan empayar Srivijaya menguasai dan memiliki bahan-bahan mentah yang banyak telah menyebabkan Srivijaya mampu muncul sebagai pelabuhan entrepot utama di Nusantara. Bahan-bahan mentah yang mendapat permintaan tinggi daripada pasaran tempatan dan pedagang-pedagang China telah diperolehi daripada kawasan hutan di Pulau Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu serta daripada kawasan jajahan takluknya di Kepulauan Riau Lingga. Bahan-bahan mentah tersebut adalah seperti emas, perak, kemenyan, gading gajah, kapur barus, kulit kura-kura, lilin lebah, damar, kayu gaharu, kayu cendana, lada dan rempah ratus. Dalam hal ini, kekayaan sumber bahan mentah telah menjadikan Srivijaya tumpuan pedagang-pedagang dari negara luar.

4.    Kemudahan-kemudahan Perdagangan/ Pelabuhan
Para pemerintah telah menyediakan pelbagai kemudahan di pelabuhan-pelabuhan seperti stor, tempat penginapan sementara dan gudang-gudang menyimpan barang. Para pedagang yang datang ke Srivijaya dilayan dengan baik dan kemudahan dan layanan yang baik ini telah menyebabkan Srivijaya dikunjungi oleh ramai pedagang.

5.    Peranan Orang Laut
Peranan orang laut juga merupakan faktor penting dalam meningkatkan perkembangan Srivijaya sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu. Kemampuan dan kejayaan pemerintah-pemerintah kerajaan Srivijaya mengawal orang laut menyebabkan masalah perlanunan di Selat Melaka dapat dibendung dan diatasi. Dalam hal ini, pemerintah Srivijaya telah menjadikan orang laut sebagai sebahagian daripada angkatan tentera laut. Kemahiran orang-orang laut tentang selok belok laut seperti beting pasir, beting karang, cuaca dan sebagainya telah membolehkan mereka mengawal jalan-jalan laut daripada ancaman lanun-lanun dengan berkesan. Di samping itu, orang laut juga berperanan memantau dan ada juga yang bertindak memaksa kapal-kapal pedagang-pedagang singgah berdagang di pelabuhan-pelabuhan Srivijaya. Sumbangan orang laut ini telah menyebabkan Srivijaya mampu memainkan peranan sebagai pusat persinggahan kapal-kapal dagangan, pusat pengumpulan dan penyebaran barang-barang dagangan.

6.    Sistem Pentadbiran Yang Baik dan Sistematik
Kerajaan Srivijaya juga mempunyai sistem pentadbiran yang baik dan sistematik. Kajian terhadap inskripsi Telaga Batu menunjukkan bahawa Empayar Srivijaya dikenali sebagai Kedatuan. Kedatuan dibahagikan kepada Mandala yang diketuai oleh seorang Datu dan beliau dibantu oleh seorang Parvanda ( Ketua Tentera ). Dengan adanya sistem pentadbiran yang baik dan teratur, maka perdagangan di Srivijaya dapat dijalankan dengan lancar.

7.    Dasar Perdagangan Srivijaya
Srivijaya juga mengamalkan beberapa dasar yang berhubung dengan sistem perdagangan. Antaranya ialah pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan berdagang secara langsung di kawasan pedalaman dan mereka hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan-pelabuhan yang terletak di bawah penguasaan kerajaan pusat. Dasar ini bertujuan untuk mengelakkan pedagang asing menghasut penduduk tempatan di kawasan pedalaman untuk menentang kerajaan pusat. Pedagang-pedagang juga dikehendaki untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Dasar perdagangan ini menyebabkan pedagangan di Srivijaya mampu berkembang dengan baik sehingga menjadi satu pusat perdagangan utama di rantau ini.

8.    Galakan Kerajaan
Kerajaan Srivijaya telah menggalakkan pedagang tempatan agar terlibat dalam perdagangan antarabangsa. Terdapat kumpulan pedagang tempatan yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan China dan Asia Barat. Kumpulan yang terlibat dengan perdagangan luar negara dikenali sebagai Puhawang dan Vaniaga. Istilah Siddha-Yatra juga merujuk kepada pedagang-pedagang yang terlibat dengan perdagangan jarak jauh. Hal ini menunjukkan kerajaan Srivijaya menggalakkan penduduk tempatan bergiat dalam perdagangan antarabangsa dan seterusnya menjadikan Srivijaya sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu.

C. Kesimpulan
Berdasarkan kepada faktor-faktor yang telah dibincangkan tadi, kerajaan Srivijaya telah berjaya sebagai sebuah kuasa perdagangan yang unggul daripada abad ke-7 hingga abad ke-13 masihi. Menjelang abad ke-14 masihi, Srivijaya telah telah hilang pengaruhnya sebagai sebuah empayar dan pusat perdagangan utama di Alam Melayu.


SOALAN 9.

Pendahuluan (3 markah)


·         Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu semasa baginda beribadat di gua Hira’ ketika berusia 40 tahun.
·         Dalam tiga tahun pertama seruan Islam, Nabi Muhammad s.a.w telah menjalankan seruan secara sulit dan didapati hanya sebahagian kecil sahaja orang Arab Quraisy yang beriman kepada baginda dan Islam.
·         Setelah menerima perintah (wahyu) Allah supaya membuat seruan secara terang-terangan, maka bermulalah satu sejarah baru dalam seruan Islam.
·         Tiga tahun pertama seruan Islam secara sulit, tidak berlaku penentangan daripada kaum Quraisy.
·         Setelah Nabi Muhammad menyerang berhala-berhala kaum musyrikin dan mengatakan bahawa bapa-bapa mereka mati adalah rugi, mereka membenci Nabi Muhammad s.a.w dan terus menentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Isi Penting


A.  Ciri-ciri Ajaran Nabi Muhammad s.a.w (3 isi X 3 markah = 9 markah)

1.       Aspek aqidah
·         Menyentuh tentang tauhid iaitu ajaran tentang ketuhanan yang menyeru ke arah Penyembahan Tuhan yang Esa (satu) yang serba sempurna dan menguasai alam ini.
·         Ajaran monoteisme ini menentang segala bentuk amalan syirik atau penyembahan tuhan-tuhan sampingan seperti menyembah berhala dan alam persekitaran.
·         Ajaran tentang aqidah menyentuh rukun-rukun seperti mempercayai adanya Malaikat-malaikat, kitab-kitab Allah, para rasul, hari akhirat serta qadak dan qadar.
·         Manusia diajar tentang konsep keadilan yant diak dapat dipengaruhi oleh mana-mana kuasa di dunia.  Semua manusia akan diberikan balasan yang setimpal di akhirat kelak mengikut amalannya di dunia.
·         Turut menyentuh tentang ajaran kehidupan selepas kematian, iaitu mempercayai kewujudan hari pembalasan, syurga dan neraka, timbangan amal, titian sirat dan sebagainya.

2.       Aspek Akhlak
·         Ajaran ini membentuk sifat-sifat peribadi Islam yang sejati.
·         Nabi Muhammad meggesa umatnya agar meninggalkan segala jenis akhlak mazmumah atau akhlak yang keji dan tercela yang menjadi kebiasaan masyarakat Jahiliyyah pada waktu itu seperti membunuh, berzina, mencuri, memakan bangkai, menindas sesama manusia dan merompak.
·         Nabi juga menggesa umatnya agar mengamalkan akhlak-akhlak mahmudah iaitu akhlak mulia dan terpuji seperti amanah, tidak mungkir janji, jujur, ikhlas, bermoral tinggi dan seumpanya.

3.       Aspek Ibadah
·         Merupakan satu bentuk amalan atau upacara keagamaan yang khusus sebagai satu bentuk sistem berkomunikasi dan menghambakan diri kepada Tuhan.  Antaranya ialah bersembahyang, membaca al-Quran dan berzikir.

4.       Kisah-kisah lama
·         Merupakan ajaran tentang kisah-kisah masyarakat pada zaman silam yang diceritakan semula dalam al-Quran sebagai satu pengajaran untuk manusia.  Antaranya kisah kesombongan Firaun, sifat tamak Qarun dan kezaliman Namrud.

Faktor-faktor penentangan Quraisy terhadap seruan islam (4 isi X 3 markah = 12 m)

a)      Konflik Aqidah
·         Kaum Quraisy menentang seruan Islam keranan perbezaan dasar agama dan kektuhanan.
·         Islam adalah ajaran monoteisme – konsep ketuhanan yang esa – tidak boleh disektukan dengan apa bentuk penyembahan yang lain.
·         Kaum Quraisy menyembah tuhan-tuhan berhala daripada pelbagai jenis dan bentuk – lebih mendekatkan diri ataupun perantaraan dengan Tuhan.

b)      Takut  akan Hari Kebangkitan
·         Kebanyakan kaum Quraisy telah bergelumang dengan dosa berasa takut akan cerita-cerita yang dibawakan oleh Islam tenang penyeksaan dan pembalasan yang bakal diterima oleh orang seperti mereka pada hari akhirat kelak.
·         Ajaran Islam di Mekah banyak menceritakan kebangkitan semula manusia untuk dikira setiap amalan mereka dan diberikan pembalasan yang setimpal.
·         Menurut kaum Quraisy, hal ini merupakan satu gambaran yang kejam dan menggerunkan.
·         Kaum Quraisy tidak memahami atau menerima konsep taubat – menolak ajaran Islam yang dianggap menakutkan itu.

c)       Konflik Sosial
·         Kaum Quraisy menentang konsep persamaan taraf yang dibawa oleh ajaran Islam kerana bertentangan dengan amalan feudal Jahilah yang mereka amalkan.
·         Menurut Islam, semua manusia tidak mengira bangsa, keturunan dan warna kulit adalah sama tarafnya berdasarkan ketaqwaan kepada Allah.
·         Kaum Quraisy juga menentang konsep persaudaraan Islam (ukhuwah Islamiyah) kerana bertentang dengan amalam assabiyah bangsa Arah.
·         Menurut Islam – semua manusia  adalah bersaudara dan umat yang sama.
·         Kaum Quraisy mentang segala amalan sosial yang dianjurkan oleh Islam dalam kehidupan seharain kerana bertentang dengan kebiasaan hidup mereka.
·         Islam – melarang segala jenis akhlak yang keji seperti berjudi, membunuh, memakan bangkai, berzina dan pelacuran.

d)      Sifat Taqlid kepada amalan tradisi
·         Bangsa Arab amat taqlid dan menuruti secara membabi buta segala amalan tradisi nenek moyang mereka tanpa mengira sama ada amalan itu baik atau buruk.
·         Fahaman konservatif menyebabkan mereka sentiasa mengagungkan tradisi lama dan menentang segala pembaharuan.
·         Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad dilihat sebagai usaha untuk merubah kehidupan tradisi mereka.


e)      Konflik Politik
·         Kaum Quraisy tidak dapat membezakan antara konsep kenabian dan kekuasaan.
·         Mereka menyangka bahawa patuh kepada Nabi Muhammad samalah seperti patuh kepada pengaruh Bani Hashim.
·         Kaum Quraisy menuduh Nabi Muhammad memperjuangkan pengaruh politik Bani Hashim semata-mata.
·         Mereka menuduh ajaran dan gerakan Nabi Muhammad hanya memecahbelahkan perpaduan masyarakat Mekah.
·         Mereka bimbang Mekah menjadi lemah dan mudah dikuasai oleh bangsa-bangsa asing.

f)       Konflik ekonomi
·         Sebahagian besar daripada penduduk Mekah terdiri daripada golongan yang mencari rezeki melalui usaha mengukir dan menjual patung-patung berhala – perniagaan yang amat menguntungkan kerana kota Mekah merupakan kota suci yang dikunjungi oleh bangsa Arab pada setiap tahun dalam musim haji.
·         Mereka menentang Islam kerana Islam melarang penyembahan berhala yang boleh membawa kepada kemerosotan perniagaan mereka.
·         Mereka menuduh ajaran Islam sebagai menutup pintu rezeki mereka.
·         Golongan penjaga Kaabah turut menentang seruan Islam – khuatir jawatan tersebut akan dikuasai oleh orang-orang Islam dan segala berhala di sekitar Kaabah akan dihancurkan – merugikan mereka kerana golongan penjaga Kaabah menerima kedudukan yang mulia dalam kalangan bangsa Arab.

Kesimpulan (1 markah)
·         Pelbagai cara yang dilakukan oleh kaum musyrikin menentang Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam agar Nabi Muhammad tidak menjalankan aktiviti dakwah Islamiah kepada masyarakat di kota Makkah.
·         Namun begitu, Nabi Muhammad dan umat Islam tabah menghadapi segala penentangan tersebut  dan tidak gentar dengan segala azab yang ditimpakan kepada mereka.


SOALAN 10.
1.Latar belakang Umar Abd Aziz
Merupakan khalifah bani Umaiyah yang kelapan. Dilahirkan pada tahun 681M di
Kaherah. Beliau menaiki takhta pada tahun 717 M.
Beliau mempunyai darah keturunan Khalifah Umar al-Khattab.Terkenal sebagai
seorang yang warak dan patuh kepada ajaran Islam. Beliau telah menghafal al
Quran sejak kecil dan mendalami ilmu hadis, sastera dan syair-syair Arab di kota
Madinah. Beliau melakukan beberapa pembaharuan dalam pentadbiran dan dasar
kerajaan untuk memperbaiki kehidupan masyarakat sepanjang pemerintahan
beliau
2.Latar belakang Bani Umaiyyah
B. ISI-ISI PENTING (10 Isi X 2 Markah = 20 Markah)
PEMBAHARUAN UMAR B ABD AZIZ
1. Menghentikan pemberontakan dan kegiatan perang.
Setelah Umar b Abd Aziz dilantik sebagai khalifah, beliau telah mengarahkan
supaya semua kegiatan perang, penalukan ke atas golongan bukan Islam dan
semua pemberontakan Islam dihentikan. Ia bertujuan unutk menjalin hubungan
baik antara semua pihak dan juga memberi peluang rehat untuk tenteranya serta
46
mewujudkan keamanan. Contohnya golongan pemberontak Khawarij telah
menghentikan pemberontakan mereka ke atas Kerajaan Umaiyah.
2. Pelantikan Gabenor
Memecat gabenor yang cuai, zalim dan mementingkan diri sendiri akan
dipecat.Contohnya Muhammad bin Yusuf (Yaman) dan Yazid Abu Muslim
(Afrika Utara). Hanya pegawai yang layak sahaja akan dilantik.
Gabenor yang dilantik perlu mengisytiharkan harta masing-masing. Sekiranya
ada kurniaan yang tidak sewajarnya ia harus dikembalikan kepada kerajaan.
3. Menggalakkkan proses asimilasi melalui perkahwinan.
Beliau menggalakkan perkahwinan antara orang Arab dengan orang bukan Arab
yang bertujuan menghapuskan permusuhan di antara kedua-dua pihak. Selain
itu ia bertujuan memujuk orang-orang bukan Islam memeluk Islam. Ini dapat
mewujudkan persamaan hak kepada kedua-dua pihak terhadap agama dan
negara.
4. Mementingkan keadilan
Hukuman berat seperti hukuman mati akan diadili dengan lebih teliti demi
mengelakkan penganiayaan. Segala harta rampasan perang perlu dibahagikan
secara adil kepada pihak-pihak yang sepatutnya. Beliau juga menetapkan
supaya wang baitulmal tidak digunakan untuk majlis keramaian.
5. Memelihara keadilan sosial
Menghapuskan rasuah dalam jabatan-jabatan kerajaa demi menjamin keadilan
sosial rakyatnya. Tindakan dikenakan terhadap pegawai-pegawai yang zalim
terhadap rakyat. Masalah perkauman dalam kalangan pembesar-pembesar Bani
Umaiyah juga dititikberatkan.
6. Menghapuskan amalan mencaci Ali bin Abi Talib
Beliau menghapuskan amalan pencacian Ali b Abi Talib dari atas mimbar hari
Jumaat. Keluarga Saidina Ali dan orang-orang yang bersimpati dengannya tidak
lagi dimusuhi.
47
7. Cukai tanah (kharaj) atau tanah-tanah yang diperolehi melalui penjajahan.
Tanah-tanah tersebut menjadi milik bersama orang Islam dan
Kerajaan.
Cukai dikenakan ke atas hasil tanaman
Tanah Kharaj tidak boleh dijual atau diagihkan.
8. Perbezaan cukai Jizyah dan cukai Kharaj
Cukai jizyah dikenakan ke atas orang bukan Islam
Cukai kharaj dikenakan sesiapa yang memiliki tanah tidak kira
Islam atau bukan Islam
Zakat dikenakan ke atas orang Islam sahaja
9. Penghapusan Majlis keramaian
Untuk mengelak pembaziran
10.Penghapusan cukai-cukai yang membebankan.
Cukai terhadap orang yang telah memeluk Islam telah dihapuskan. Cukai
terhadap orang Yahudi sebanyak 2000 dirham dikurangkan kepada 200 dirham.
Cukai perniagaan, cukai tanah dan zakat kepada orang-orang Islam bukan Arab.
11.Membina infrastruktur seperti membina saluran air, membuka kebun-kebun
baru dan membina jalan-jalan unutk pengangkutan perdagangan
12.Memperkenalkan peraturan sukatan timbangan bagi mengatasi masalah
kemiskinan rakyatnya
13.Menggalakkan aktiviti keilmuan.
Para ulama diarahkan agar mengembangkan ilmu masing-masing dan diberi
perhatian oleh kerajaan. Antara ilmu-ilmu yang dimajukan adalah kajian hadis,
ilmu tatabahasa dan perubatan.
14.Mengembalikan konsep musyawwarah
15.Mengembalikan sifat zuhud pemimpin dengan mengamalkan cara hidup
seperti rakyat biasa
48
C KESIMPULAN (2 Markah)
Apa-apa sahaja yang berkaitan

Soalan 11
A. PENGENALAN (3 Markah)
1. Konsep jihad dan sejarah ketenteraan zaman Nabi Muhammad s.a.w
2. Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan.
3. Ketokohan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin bermula dengan
penghijrahannya ke Madinah apabila dilantik sebagai ketua negara . Ketokohan Nabi
Muhammad s.a.w dalam ketenteraan dapat dilihat dalam peperangan-peperangan
yang disertai oleh baginda
B. ISI-ISI PENTING (7 Isi X 3 Markah = 21 Markah)
1. Akidah Rasulullah
Keyakinan yang tinggi terhadap keesaan Allah, para sahabat tidak gentar
menghadapi musuh. Ia merupakan kekuatan spiritual dan perjuangan asas para
sahabat untuk mempertahankan agama Islam pasa peringkat awal. Baginda
memastikan pengikut baginda tetap dengan pendirian dan tidak gentar walaupun
jumlah musuh jauh lebih besar dan mempunyai kelengkapan yang lebih baik seperti
yang berlaku dalam perang Badar.
49
2. Perancang strategi yang unggul
Nabi amat pintar dalam mengatur strategi peperangan seperti dalam perang Badar
baginda menggunakan taktik tunggu dan lihat, dalam perang Khandak
menggunakan taktik menggali parit dan bertahan manakala dalam perang Uhud
baginda menetapkan kedudukan pemanah di atas bukit.
3. Sifat mulia
Rasulullah s.a.w sememangnya mempunyai sifat mulia yang tiada tolok
bandingnya sesuai dengan gelaran al Amin. Sifat ini baginda aplikasikan di medan
perang contohnya, baginda enggan menjatuhkan hukuman yang tergesa-gesa ke
atas tawanan Badar.Baginda memulangkan harta benda musuh dalam perang
Hunayn dan Tabuk.
4. Amanah
Baginda melaksanakan amanah Allah. Andainya Islam kalah baginda tetap tidak
berganjak dari perjuangan. Kekalahan tidak melemahkan semangat baginda dan
terus berjuang menghadapi musuh.
5. Prinsip musyawarah
Rasulullah menghidupkan prinsip musyawarah di medan perang dengan membuka
peluang kepada rakyat memberi idea untuk menangani tentera musuh, misalnya
idea menggali parit yang dikemukakan oleh Salman Al Farisi ketika menangani
tentera musuh dalam perang Ahzab .
6. Berfikiran kritis
Pemikiran kritis Rasulullah s.a.w dapat dilihat semasa Perjanjian Hudaibiyah.
Walaupun pada peringkat awal sahabat nabi menentang perjanjian ini, nabi telah
menjangkakan kemenangan pada masa akan datang. Hal ini terbukti apabila pihak
Quraisy mencabul perjanjian menyebabkan Rasulullah s.a.w bertindak membuka
kota Makkah.
50
7. Berdisiplin dalam peperangan
Contohnya mematuhi pengharaman bulan-bulan yang diharamkan berperang
seperti bulan Zulhijjah.
8. Beretika dalam peperangan
Baginda dan para sahabat bertindak mengikut batas-batas yang ditetapkan. Tidak
memerangi golongan tua dan lemah, kanak-kanak, orang yang tidak bersenjata ,
tidak memusnahkan harta benda seperti bangunan dan tanaman dan tidak
mengejar musuh yang lari dari perang.
9. Pertolongan Allah
Tentera-tentera Allah seperti dalam perang Badar tentera Islam mendapat
pertolongan daripada malaikat, perang Khandak Allah mengirimkan tentera dalam
rebut pasir
10. Menerapkan Semangat Jihad
Perjuangan Islam ialah untuk menegakkan kalimah Allah SWT dan menjanjikan
syurga kepada para syuhada seperti Hanzalah
C. KESIMPULAN (1 Markah)
Apa-apa sahaja yang berkaitan

SOALAN 12.
Pengenalan: ( 3 markah)
Dari segi bahasa zakat berasal daripada perkataan zaka’ yang bermaksud penambahan dan
pensucian. Pensucian termasuk pensucian jiwa daripada sifat bakhil dan kedekut
Mengikut al-Quran perkataan zakat diberi 7 makna iaitu Syahadah, Zakat kebaikan, Zakat
Fitrah suci, halal dan sedekah.
- Zakat apabila cukup syarat dibayar kepada 7 hasnaf iaitu
fakir, miskin, amil, mualaf, hamba yang dimerdekakan oleh tuannya, orang berhutang,
pejuang di jalan Allah(Fisabilillah) dan Musafir.
Isi-isi: (20 markah)
· Kerajaan Bani Abbasiyah yang menggantikan kerajaan Bani Umaiyah terutama Khalifah
Harun al-Rasyid dengan bantuan kadi Yusuf telah melaksanakan zakat dengan berkesan.
Pada zamannya lahir pelbagai mazhab antaranya mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan
Hanbali. Tokoh-tokoh ini telah mempengaruhi pelaksanaan zakat pada zaman Khalifah
Abbasiyah.
1. Zakat Fitrah
Zakat Fitrah wajib dibayar mengikut kemampuan kepada setiap individu muslim mengikut
Imam Syafie pembayaran mula dilakukan pada awal bulan Ramadhan sehingga sebelum
sembayang Hari Raya Aidilfitri( 1 Syawal)
2. Zakat Harta
Harta yang diwajibkan zakat seperti ternakan, emas dan perak, barang perdagangan dan
pertanian(bijirin).
3. Zakat Hasil Ternakan.
Pada zaman pemerintahan Abdul al-Dawlah binatang yang dikenakan zakat seperti kambing,
biri-biri, unta dan lembu, syaratnya cukup nisab dan haul dan diternak di padang rumput bebas
dan bukan untuk bekerja. Contohnya lembu dan kerbau diwajibkan zakat bila cukup 30 ekor
umpamanya 30 hingga 39 ekor dibayar satu ekor lembu betina atau jantan berumur setahun.
4. Zakat Emas dan Perak
Zakat emas dan perak dibayar apabila cukup nisab dan haul. Mengikut Ulama kadar nisab
Perak 200 dirham dan emas 96 gram emas atau 20 dinar. Mengikut 4 mazhab zakat emas
mestilah milik yang sah, cukup haul dan nisab kadar bayaran 2.5 peratus.
5. Zakat Barangan Perdagangan
Syarat yang dikenakan ialah niat untuk berdagang untuk mendapat untung dan barangan halal
disamping cukup haul dan nisab. Bila cukup setahun dikira modal keuntungan atau hutang
yang dijangkakan dibayar pada kadar bayaran 2.5 peratus.
6. Zakat Pertanian (Bijirin)
Zakat pertanian yang diwajibkan zakat seperti padi dan gandum. Syarat zakat ialah beragama
Islam dan tanah milik sendiri. Kadar bayaran 1/10 jika disiram air hujan dan 1/20 jika
menggunakan alat penyiram.
Kesimpulan: (2 markah)
Pelaksanaan zakat dari zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyyah dan Abbasiyah tidak banyak
berbeza. Walau bagaimanapun apabila timbulnya pelbagai mazhab, timbulnya tafsiran berbeza
tentang jenis zakat dan bahan yang dikenakan.