PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Blog akademik mata pelajaran sejarah untuk membantu para pelajar tingkatan 6 terutamanya pelajar SMK KUBONG LIMBANG, di samping dapat memberi maklumat-maklumat yang berkaitan mata pelajaran sejarah yang terkini berdasarkan sukatan pelajaran yang baharu iaitu SISTEM MODULAR yang mula dilaksanakan pada tahun 2012.Bahan dan nota yang ada adalah dalam bentuk yang ringkas dan mudah.Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru sejarah yang sedia berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan.















Friday, March 4, 2011

UJIAN RINGKAS 1 SMK KUBONG

1.Bincangkan ciri-ciri yang perlu ada pada masyarakat yang bertamadun.Nyatakan juga faktor-faktor yang membina sesebuah tamadun.

Pengenalan. (3 markah)
-Perkataan tamadun membawa pelbagai makna dlm bhs tertentu dan pihak yang mendefinisikan istilah tersebut.Ahli arkeologi,ahli sejarah melihat istilah tamadun dari kaca mata masing2.
-Walaupun begitu, definisi tamadun perlu mengambil kira dua perkara iaitu kemajuan kebendaan dan juga kehalusan budi pekerti.
-Tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan,pemikiran dan kemajuan dalam pelbagai bidng yg tinggi,halus dan sopan ke arah pembentukan masy dan negara yg terpuji.
-pendapat drpd sarjana barat atau Islam.

Isi-isi
Ciri-ciri masy bertamadun.
1.Tingkah laku yang baik dimiliki oleh anggota masy-bersopan santun, kehalusan budi pekerti dan berperikemanusiaan.
2.Memiliki sistem undang2 yg berkesan agar hak dan kepentingan warganegara terpelihara-Ungan2 tersebut juga mampu mengawal sikap manusia.
3.Kewujudan penempatan masy manusia di sesebuah kaw atau bbrp kaw yg disatukan berbentuk bandar,kota atau polis.
4.Peningkatan kualiti kehidupan yg lebih sempurna berbanding sebelumnya-jangka hayat hidup manusia juga semakin panjang dan stabil.
5.Kemunculan satu bahasa atau bbrp bahasa yg serumpun dgn sistem tulisan yg sendiri sbg alat komunikasi
6.kewujudan organisasi sosial
7.Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam bidang teknologi,pembinaan falsafah,seni kesusasteraan dan nilai estetika.

Faktor-faktor pembinaan Tamadun
1.Ibnu Khaldun menyatakan bhw semangat asabiyyah atau kesukuan menjadi asas kepada pembentukan tamadun.Semangat kesukuan yang menebal membantu baangsa arab membentuk tamadun mrk.
2.Ali Shariati berpendapat terdapat dua perkara yg memungkinkan pembinaan tamadun. Faktor pertama fenomean hijrah dan kedua ialah faktor manusia.Drpd kajian beliau,tamadun lahir kerana penghijrahan manusia dari tempat asal ke tempat baru..dalam masy primitif tidak terdapat tamadun kerana tidak berlaku penghijrahan.Peranan manusia juga penting menentukan nasib dan mengubah masa depan mrk kerana manusia memiliki akal fikiran dan mampu beerusaha.
3.Malik bin Nabi menyatakan tiga unsur mbentuk tamadun y iaitu manusia,benda dan idea. Dgn kekayaan benda atau material sahaja tetapi ketandusan idea tidak mungkin tamadun akan wujud dgn kukuhnya.
4.Arnold J.Toynbee-peranan sekumpulan elit penting utk membentuk dan mbina tamadun manusia.
5.Kelahiran tamdun byk didorong oleh kedudukan yg strategik yg memungkinkan penempatan masy memperoleh sumber semulajadi utk kelangsungan hidup.
6.Kemunculan tamadun boleh dikaitkan dgn rangsangan keagamaan dan kerohanian.Ajaran agama dan amalan kerohanian sebenarnya mendorong manusia menghayati nilai2 kehidupan yg suci yg mendorong kpd kehidupan bertamadun.
7.Kemunculan tamadun juga dikaitkan dgn kesengsaraan hidup.Ia menjadikan sesebuah masy itu berdisiplin dan kreatif utk membebaskan diri mrk drpd belenggu kesengsaraan itu.
8.Kemunculan tamadun juga dikaitkan dgn semangat utk berinteraksi dgn tamadun lain.Sikap keterbukaan ini mendorong sumber2 yg baik membantu kemunculan tamadun baru.

Kesimpulan
-Kemajuan material perlu disertai oleh kemajuan spiritual atau kerohanian bagi mencerminkan tamadun yg perkara
-sesbuah tamadun perlu mendidik generasi akan dtg dgn mementingkan ilmu pengetahuan kerana penghayatan dan amalan menuntut ilmu pengetahuan dapat melangsungkan hayat sesebuah tamadun.

SOALAN 2.
Bandingkan sistem dan dasar pemerintahan kerajaan Bani Umayyah dan Abasiyyah dengan sistem dan dasar pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin.

Pengenalan
-Dasar pemerintahan Nabi Muhammad di Madinah berlandaskan al-Quran dan Sunnah
-diikuti oleh Sahabat2 Nabi yg terdiri daripada 4 org khalifah,Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali.
-Dasar pemerintah yg agak berbeza pada zaman Khulafa al-Rashidin

Isi-Isi Penting
1.Zaman Khulafa- sistem syura diamalkan dalam pemerintahan dan segala hal. Cthnya menentukan pengganti khalifah
   Zaman Bani Umayyah dan Absiyyah-tidak mengamalkan sistem syura dalam banyak hal terutamanya dalan menentukan pengganti pemerintah-sistem warisan-pemerintah yang dilantik ada yang tidak layak.

2.Zaman Khulafa- memerintah mengikut cara Nabi Muhammad SAW berdasrkan Al-Quran-konsep adil dan saksama kepada semua penganut agama Islam dan Bukan beragama Islam
   Zaman Umayyah dan Absiyyah- agak berat sebelah kepada org Arab bagi kerajaan Umayyah atau Parsi bagi kerajaan Abasiyyah

3.Zaman Khulafa- Peranan baitulmal agak menonjol dan dilaksanakan dari segi ekonomi Islam
   Zaman Selepasnya terutama zaman Umayyah peranan baitulmal agak kurang-pemerintah berkuasa penuh dalam ekonomi.

4.Zaman Khalifah-khalifah memerintah dgn sistem pembagian kuasa dgn pegawai2 yang lain
Zamn Umayaah dan Abasiyyah berlaku pemusatan kuasa kepada pemerintah yang memerintah

5.Pusat pemerintahan berpusat di Madinah seperti pemerintahan Zaman Nabi-tradisi dikekalkan. Madinah terkenal sebagai pusat pentadbitran Islam.
Zaman Umayyah dan Abasiyyah berpindah pusat pentadbiran- Damsyik dan Baghdad.

Penutupstem Nabi.
-Pemerintahan yang agak berbeza daripada sistem Nabi
-Walaupun begitu diiktiraf sebagai kerajan Islam yg terkenal dalam sejarah Islam.

Thursday, March 3, 2011

UJIAN FEBRUARI SMK KUBONG.

1. Bincangkan sumbangan Kautilya dalam bidang ketenteraan pada zaman India
klasik.
A. Pendahuluan (3m)
1.Pada zaman tamadun awal, kekuatan fizikal dan ketenteraan amat penting untuk
mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.
2. Kautilya merupakan pemikir ketenteraan India dan seorang negarawan serta ahli
falsafah yang hidup pada abad ke-3 SM.
3.Pemikir ketenteraan ialah tokoh-tokoh yang memberikan sumbangan kepada
pertahanan dan ketahanan sesebuah negara melalui falsafah pemikiran mereka.
4.Karya terkemuka yang dihasilkan oleh Kautilya ialah Arthasastra atau Science of Gain
(of power) pada pemerintahan Maurya.

 Isi-isi Penting ( 5 x 4 m = 20 m )
Sumbangan Kautilya
1. Idea Tentang Hubungan Dengan Negara Lain
Buku Arthasastra menyarankan enam bentuk hubungan antara satu negara dengan
negara lain.
Hubungan pertama ialah mementingkan keamanan. Pada tahap ini aktiviti
ketenteraan tidak dilakukan.
Hubungan kedua ialah bersedia untuk berperang. Peperangan dilancarkan apabila
keamanan tidak dapat dipertahankan.
Hubungan ketiga ialah membiarkan musuh melancarkan serangan pertama. Pada
tahap ini strategi yang digunakan ialah bertahan dan bersedia menghadapi
serangan musuh.
Hubungan keempat ialah melancarkan serangan pertama.
Hubungan kelima ialah bersekutu dengan musuh. Peperangan dapat
ditangguhkan sementara waktu melalui cara ini.
Hubungan keenam ialah mempraktikkan dasar duaan, iaitu berbaik-baik dengan
satu musuh dan menyerang musuh lain. Kaedah ini digunakan apabila
menghadapi lebih daripada satu musuh dalam satu masa.

2. Strategi Memenangi Peperangan
Terdapat empat strategi atau langkah yang disarankan oleh Kautilya dalam
menghadapi musuh iaitu :
- Pertama memujuk musuh dengan mengadakan perbincangan
- Kedua memujuk musuh dengan memberi rasuah
- Ketiga menanam benih perpecahan dan persengketaan
- Keempat melancarkan peperangan jika usaha tersebut menemui kegagalan

3. Saranan Kepada Pemerintah
Pemerintah harus memahami kekuatan sendiri dan kekuatan musuh.
Menurut Kautilya, kekuatan tentera tidak mencukupi untuk memastikan
kemenangan.
Pemerintah harus mengkaji kekuatan sendiri dan kelemahan musuh sebelum
melancarkan serangan.
Pengetahuan tentang kekuatan musuh memberi peluang kepada pemerintah untuk
memperkasakan pasukan tentera sendiri supaya setanding atau lebih baik daripada
tentera musuh.

4. Kepentingan Komplot
Kautilya menyarankan tentang kepentingan komplot atau konspirasi ketika
menghadapi musuh dalam medan peperangan.
Kemampuan mengatur konspirasi lebih baik daripada kegagahanan dan
kehandalan berperang.
Komplot atau konspirasi membantu memecahbelahkan musuh tanpa melibatkan
diri dalam peperangan dan mengorbankan banyak nyawa.

5. Penggunaan Kaedah Subversif
Pemerintah boleh menggunakan kaedah subversif seperti merasuah dan
menghantar perisik bagi menjatuhkan pihak lawan
Kautilya menyarankan jika peperangan tidak menunjukkan kemenangan dan
memakan masa yang panjang, maka pemerintah perlu menggunakan taktik yang
tidak bermoral .
Antara taktik yang disarankan termasuklah menggunakan perisik untuk mencari
maklumat, menggunakan pelacur untuk menggoda askar musuh, memberi rasuah
kepada pegawai tentera, tukang masak dan sesiapa dalam istana.

6. Menyerang pada waktu yang sesuai
Kautilya menyarankan agar serangan dilancarkan pada waktu yang sesuai.
Waktu yang dipilih untuk berperang menentukan kejayaan atau kegagalan dalam
peperangan.
Menurut beliau, serangan harus dilakukan ketika musuh berada dalam keadaan
leka, menghadapi masalah kekurangan makanan dan berlaku perpecahan di
kalangan musuh.

7. Pengaruh Teks Arthasastra terhadap spiritual dan keagamaan
Karya Arthasastra banyak mempengaruhi pahlawan dan raja-raja Hindu seperti
raja Rajput dan Marathas yang percaya mereka perlu berjuang sehingga mati
dalam usaha untuk memenuhi matlamat spiritual .
Kematian dalam peperangan bertujuan untuk membebaskan diri daripada rantai
kelahiran semula dan mencapai Nirwana.

 Kesimpulan ( 2 m)
1. Kautilya merupakan antara pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan yang
besar dalam bidang ketenteraan.
2. Idea yang disarankan melalui karya beliau iaitu Arthasastra banyak membantu
pemerintah India dalam usaha mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan yang
mantap.