PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Blog akademik mata pelajaran sejarah untuk membantu para pelajar tingkatan 6 terutamanya pelajar SMK KUBONG LIMBANG, di samping dapat memberi maklumat-maklumat yang berkaitan mata pelajaran sejarah yang terkini berdasarkan sukatan pelajaran yang baharu iaitu SISTEM MODULAR yang mula dilaksanakan pada tahun 2012.Bahan dan nota yang ada adalah dalam bentuk yang ringkas dan mudah.Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru sejarah yang sedia berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan.















Thursday, October 13, 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2011

940/1
SEJARAH
Kertas 1
2011
3 Jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBONG LIMBANG
PERCUBAAN STPM 2011
(SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA)

JAWAB DUA SOALAN BAHAGIAN A DAN DUA SOALAN BAHAGIAN B
BAHAGIAN A
  1. Bincangkan  teknologi dalam perkembangan tamadun awal manusia. (25m)
  2. Huraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa pada abad ke 15 di Eropah.(25M)
3.    Jelaskan organisasi ketenteraan Tamadun Mesopotamia.(25M)
4.    Sejauhmanakah faktor perlindungan diberikan oleh Negara China yang membolehkan Melaka muncul sebagai pelabuhan perdagangan pada abad ke-15. (25M)
5.    Ajaran Confucius dianggap sebagai teras penting dalam perkembangan falsafah China.Bincangkan pernyataan ini terutama berkaitan dengan falsafahnya.(25M)
6.    Jelaskan tentang pemikiran ahli-ahli falsafah Yunani.(25M)
7.    Huraikan sumbangan I-Ching (635-713M) dan Cheng Ho (1371-1434M) dalam bidang pelayaran (25M)
8.    Bandingkan ciri-ciri seni bina  tamadun Eropah dengan seni bina tamadun Islam.(25M)

BAHAGIAN B
9.    Bincangkan kehidupan masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah.(25M)
10.  Nilaikan punca-punca penentangan orang Quraisy terhadap dakwah Rasulullah s.a.w  dan huraikan bagaimana Rasulullah  s.a.w menanganinya. (25M)
11. Bincangkan kepentingan Piagam Madinah pada masyarakat dan negara Islam pada Zaman Nabi  Muhammad SAW. (25M)                                                                       
12. Jelaskan maksud zakat dan bincangkan tentang zakat pada zaman NAbi Muhammad SAW, zaman Umayyah dan Zaman Abasiyyah.(25M)
13. Huraikan bentuk pendidikan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. semasa  Baginda berada di Makkah dan di Madinah .(25M)
14. Ibn Khaldun dan Ibn Taymiyah merupakan intelektual Islam yang terkemuka dan
terkenal.Huraikan sumbangan dan peranan tokoh-tokoh tersebut.(25M)
15. Jelaskan sumbangan Al-Istahkri dalam tamadun Islam dan Cheng Ho dalam tamadun China dalam bidang pelayaran dan geografi. (25M)
16. Bandingkan ciri-ciri kesenian menurut tamadun Islam dengan tamadun Barat. (25M)


SKIMA JAWAPAN

SOALAN 1.

Pengenalan (3 m)

1.    Konsep tamadun secara umum.
  • Definisi 
·                     Prof. M.A.J Beg:
§  Tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, undang2 dan politik.
§  Tamadun yg tertua di dunia ; Tamadun Mesopotamia (lahir  5000 tahun yang lampau)
§  Antara ciri utama tamadun Mesopotamia;
§  kewujudan negara kota
§  tugu-tugu peringatan
§  agama
§  sistem agama
  • Ciri-ciri tamadun :
·                     Petempatan kekal
·                     Pembandaran
·                     Organisasi sosial
·                     Kepercayaan dan agama
·                     Sains dan teknologi
·                     Bahasa dan sistem tulisan

2.  Tamadun-tamadun awal

  • Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates
  • Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil.
  • Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus.
  • Tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho
Isi Penting (7 isi X 3 markah = 21 markah)
Perkembangan Sains dan Teknologi dalam perkembangan tamadun manusia
1.    Aktiviti pertanian
·         Dengan terciptanya peralatan, aktiviti pertanian dapat dijalankan dalam bentuk skala yang lebih besar.
·         Contohnya, terusan dibina untuk mengairi sawah.
·         Dalam bidang pertanian, orang Sumeria mencipta bajak dan alat menabur mempercepat kerja pertanian.
·         Teknologi pengairan dalam Tamadun Mesopotamia menghasilkan surplus dalam hasil pertanian dan penternakan yang mendorong kepada pembinaan bandar.
·         Kincir air – mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.
2.    Sistem ketahanan dan pertahanan
·         Pembinaan kubu-kubu pertahanan dan tembok berfungsi sebagai pertahanan semasa peperangan.
·         Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia tembok-tembok pertahanan menjadi sempadan antara kawasan bandar dan luar bandar.
·         Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata
·         Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon.
·         Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan.

3.    Kemudahan asas
·         Dalam Tamadun Indus, terdapat kemajuan dalam pembinaan infrastruktur sperti longkang dan sistem pembuangan air.
·         Longkang-longkang yang dibina di sepanjang jalan-jalan utama  bertutup dan dilengkapi dengan lubang pemeriksaan yang memudahkan kerja-kerja pembersihan jika longkang tersumbat.
·         Tempat mandi awam didirikan berhampiran dengan jalan-jalan utama dalam Tamadun Indus.
·         Binaan yang paling unik ialah kolam mandi great bath.
·         Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam tersebut.
·         Tangga tersebut menuju ke bahagian dasar kolam yang dibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan bitumen.
·         Air kolam ini diperoleh daripada sebuah perigi yang terletak berhampiran kolam tersebut.
·         Salah satu keistimewaan kolam ini ialah kolam ini boleh dikosongkan dan diisi semula.
·         Pembinaan jalan raya juga menjadi satu kemudahan asas kepada pendudukan pada zaman tamadun awal.
·         Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia jalan raya dibina untuk menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat-tempat lain di dalam bandar.
·         Dalam Tamadun Indus, jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran 30 kaki lebar.Jalan dari utara ke selatan disilangkan oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blok-blok yang berukuran 130 kaki X 65 kaki.Dalam blok-blok tersebut terdapat lorong-lorong kecil yang dibina selari dengan jalan-jalan utama.

4.    Petempatan
·         Petempatan-petempatan berkembang dengan pesat  disebabkan kemahiran dalam pembinaan dan kemudahan asas.
·         Contoh, dalam Tamadun Mesir iaitu pada zaman pradinasti awal (abad 4 S.M), kampung-kampung  yang mengandungi rumah ketua kampung yang lebih besar dan mempunyai pelan berbentuk segi empat tepat.
·         Terdapat pondok-pondok yang berbentuk bulatan dan rumah ibadat bagi Tuhan tempatan turut dibina.
·         Dalam Tamadun Indus pula rumah-rumah dibina menggunakan batu yang bermutu tinggi yang terdiri daripada rumah setingkat, dua tingkat atau lebih.
·         Rumah-rumah dibina mengikut pelan yang sama tetapi saiznya berbeza serta mempunyai  beberapa buah bilik dan serambi yang berbentuk empat segi.
·         Ciri yang menarik ialah setiap rumah mempunyai bilik mandi dan perigi.
·         Rumah-rumah dibina dalam satu deretan di sepanjang jalan-jalan utama.
·         Terdapat ruang yang lapang antara rumah supaya menjamin peredaran udara yang baik.

5.    Aktiviti keagamaan
·         Kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaan.
·         Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu.
·         Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil.
·         Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi.
·         Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan.
·         Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhur  ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini.
·         Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin).

6.    Aktiviti pengangkutan dan pelayaran
·         Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar.
  • Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai  jalan laut dan darat.
·         Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu, menggunakan pedati dalam peperangan.
Dalam Tamadun China, Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.

7.    Sistem perbandaran
·         Kemajuan dalam teknologi pengairan, penternakan dan pertukangan mendorong kepada kemunculan bandar.
·         Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina.
·         Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur.
·         Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata.
·         Bandar-bandar di Mesopotamia mempunyai pintu gerbang yang melambangkan kekayaan sesebuah badar.
·         Terdapat monumen yang diukir dan dihiasi pada pintu gerbang.
·         Di Babylon, terdapat lapan pintu gerbang yang dinamakan dengan nama Tuhan.

8.    Intelektual
·         Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim (kalendar) dan matematik.
·         Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat mengkaji bumi, langit, peredaran bulan, bintang dan planet-planet lain.
·         Ahli kaji bintang melahirkan takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun. 12 bulan ini kemudian dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir, menanam dan menuai.
·          Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari dan air. Dalam bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi tepat, bulatan, menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka mengukur blok batu yang digunakan untuk membina piramid.
·         Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik mengawet mayat dan fungsi tubuh manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan mengenai pembedahan.
·         Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari.
·         Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.
·         Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.
·          Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105.
·         Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 –906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868.
·          Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina.

9.    Peralatan
·         Dengan kemajuan teknologi, pelbagai peralatan dan aksesori telah dicipta. 
·         Dalam Tamadun Hwang Ho, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, dan sutera dihasilkan.
·         Petani-petani Yangshao merupakan tukang-tukang kraf yang mahir.
·         Mereka telah membuat jarum, mata kail dan alat penebuk.

Kesimpulan (1 markah)

·         Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan tamadun-tamadun awal seperti Tamadun Mesir, Tamadun Mesopotamia, Tamadun China dan Tamadun Indus semakin berkembang pesat.

SOALAN NO 2

PENGENALAN: [ 3 markah]


1.            Pengertian Negara Bangsa
P   Sebuah  institusi pentadbiran yang wujud di Eropah pada abad ke-16.
P   Merupakan negara kebangsaan yang sederhana besar dan mempunyai kesatuan politik dan akhirnya berkembang menjadi sebuah negara di Eropah.
P   Contoh negara bangsa ialah England, Perancis, Portugal dan Sepanyol.

2.            Ciri-ciri Negara Bangsa:
i.          Setiap negara bangsa mempunyai kerajaan pusat yang kuat dan teratur  serta mempunyai sempadan2 tertentu.
ii.         Penduduk yang terikat bersama oleh satu keturunan, satu bahasa, sejarah dan kebudayaan yang tersendiri.
iii.        Penduduk menunjukkan taat setia kepada pemerintah mereka (raja),  bukannya gereja Kristian yang bersifat universal.
iv.        Para pemerintah negara bangsa juga ingin mengambil alih kuasa dan  kekayaan pihak gereja. Mereka juga ingin mengurangkan kuasa gereja dan  juga campur tangan pope dalam politik tempatan.
v.         Raja2 kebangsaan inginkan gereja yang tidak mempunyai hubungan dengan             pope dari negara asing.


ISI: ( 5 isi X 4 = 20 Markah )
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DI EROPAH PADA ABAD KE-16M:
1.         Kebangkitan Keluarga Diraja
·         Kebangkitan keluarga diraja disokong oleh kumpulan pertengahan.
·         Mereka berjaya menyatukan daerah feudal, menyusun semula cukai, membentuk pasukan tentera dan mengisytiharkan perang.
·         Penduduk dari satu bangsa menunjukkan taat setia kepada raja.
·         Kesannya; raja menjadi lambang perpaduan daerah feudal dan mendapatkan kemerdekaan diri dan penguasaan empayar.
·         Situasi ini berlaku dalam kewujudan negara bangsa Jerman. Sepanyol dan Portugal.
2.         Peperangan
·         Di England, Perang Bunga Ros antara keluarga York dengan Lancester melemahkan keluarga bangsawan Inggeris.
·         Raja Henry VII menggunakan Majlis Diraja untu mewujudkan keamanan, keadilan dan sokongan dari rakyat.
·         Di Perancis, Perang Seratus Tahun dengan Inggeris memberi peluang kebangkitan kekuasaan raja  menguatkan ketenteraan untuk mengusir Inggeris, melemahkan kekuasaan bangsawan dan menyatukan daerah2 mereka.

3.         Perkahwinan
·         Negara bangsa Sepanyol terbentuk apabila Ferdinand dari kerajaan Aragon dan Castile bersatu setelah berkahwin dangan Ratu Isabella pada tahun 1479 M.
·         Penyatuan ini menguatkan kedudukan sistem beraja dan dapat mempengaruhi golongan feudal dan institusi gereja.

4.         Kemerosotan Sistem Feudal
·         Sebab2 kemerosotan ialah;
a.         Tidak dapat menguatkuasakan undang2
b.         Kebangkitan golongan pertengahan
c.         Persaingan antara tuan2 tanah dengan pedagang & pekilang
·         Kesannya; kekuasaan bangsawan digantikan dengan kekuasaan raja.

5.         Perkembangan Bahasa & Kesusasteraan Kebangsaan
·         Pada zaman Rannaisance, buku2 ditulis dalam bahasa ibunda dan bukan bahasa Latin.
·         Bahasa Perancis berjaya menyatukan Norman dan Burgundi menjadi rakyat bangsa Perancis.
·         Di England, Shakespeare menulis karya dalam bahasa Inggeris untuk dibaca oleh orang Inggeris dengan menekankan semangat patriotic Inggeris.
·         Contoh karya Shakespeare ialah Hamlet dan Otallo.

6.         Raja Berjaya Membebaskan  Diri Drpd Kekuasaan Gereja Universal Rom
·         Raja Henry VII mengisytiharkan gereja Inggeris.
·         Beliau sebagai ketua agama Kristian England.
·         Di Perancis, Pope terpaksa menggugurkan hak ke atas gereja.
·         Raja berhak melantik bishop dan ketua biara.


KESIMPULAN:[ 2 Markah]
1.            Negara bangsa merupakan negara yang bebas daripada konsep dunia empayar.
2.            Pembentukan negara bangsa menggiatkan lagi penjelajahan dan penerokaan,  mengembangkan ilmu pengetahuan sains,  pelayaran,  geografi dan falsafah.

SOALAN NO 3:
A.   Pendahuluan (3 markah)
  1. Latar belakang MESOPOTAMIA/ SUMERIA
·         Lokasi-
·         Tahun kemunculan-3200 sm
·         Pengasas- Orang Sumeria
·         Kerajaan-kerajaan yang wujud -
·         Kerajaan SUMERIA (3200SM – 2300SM)
·         Kerajaan Akkad (2334SM – 2154 SM)
·         Kerajaan Ur (2119SM-2004SM)
·         Kerajaan Babylon (2000SM-1530SM)-Raja Hamurabbi
·         Kerajaan Kassites (1530 SM – 1100SM)
·         Kerajaan Assyria(1100SM – 626SM)-Raja Nebuchadnezzar
·         Kerajaan Chaldea (626 SM – 539SM)

Tamadun Mesopotamia mempunyai organisasi ketenteraan yang sistematik dan terancang. Organisasi ketenteraan merujuk kepada pengendalian atau penyusunan pasukan tentera. Masyarakat Mesopotamia mempunyai kemahiran mengatur strategi serta mengkordinasikan pelbagai unit tentera secara terancang. Perkembangan ini meletakkan asas bagi kejayaan orang Mesopotamia membina empayar.

B. Isi – isi penting (7 isi X 3 markah)
1.         Matlamat Utama Peperangan
Mempertahankan negara kota daripada serangan orang gasar, merebut tanah pertanian yang subur dan meluaskan kuasa dan empayar.
2.         Jenis Tentera
Pasukan tentera di Mesopotamia diketuai oleh raja dan dibantu oleh dua jenis tentera iaitu tentera professional (Agaush) dan tentera kerahan (Eren). Mempunyai pasukan tentera infatri dan tentera kereta kuda yang cekap dan berdisiplin.Pasukan tentera di peringkat wilayah yang diketuai oleh Gabenor bagi mengawal ibu kota negara, istana dan kawasan luar bandar.Pada zaman Tiglathpileser III, tenteranya dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
a)    Infantri ringan yang terdiri daripada pemanah dan skinger.
b)    Infantri berat yang terdiri daripada lancers.





3.         Komposisi Tentera
Pasukan tentera Mesopotamia terdiri daripada ramai askar. Kemampuan para pemerintah merekrut askar yang ramai serta mengawal mereka jelas memperlihatkan keunggulan. Contoh, pada zaman pemerintahan Sargon terdapat 5400 tentera raja.Gabenor wilayah mempunyai bilangan tenteranya sendiri. Pada zaman pemerintahan Tiglathpeleser terdapat 50,000 askar Ashurnasirpal yang terlibat termasuk tentera negeri naungan dalam perang Qargar.
4.         Pelbagai Kategori
Pada zaman pemerintahan Tiglathpeleser,(kerajaan Assyria) pasukan tentera tetap terbahagi kepada tiga kategori iaitu tentera infantri, tentera kavalri dan tentera kereta kuda. Pada zaman pemerintahan Ashurnasirpal, tentera infantri dibahagikan kepada infantri berat dan infantri ringan.
5.         Strategi dan Taktik Peperangan
Pada zaman Kerajaan Assyria, tenteranya terkenal kerana kemahiran mereka dalam menghasilkan taktik dan strategi peperangan iaitu membina terowong, kubu dan tembok pertahanan. Selain itu mereka juga memiliki kemahiran merobohkan kubu dan tembok pertahanan musuh.Taktik seterusnya ialah menakutkan musuh dengan jeritan perang, membakar kubu dan membunuh tawanan perang.Mereka mempunyai kebolehan mewujudkan koordinasi tentera yang cekap melibatkan pelbagai unit tentera.
6.         Jenis Peralatan Perang
Pada zaman awal, peralatan seperti busur, panah, perisai dan kereta kuda digunakan. Pemerintahan Sargon menggunakan peralatan seperti lembing dan panah. Pada zaman Tiglathpeleser, peralatan dari besi dan gangsa digunakan seperti tombak panjang, panah, pedang kecil, pisau cokmar, kasut bot bertali, perisai, busur dan topi.
7.         Tentera bergaji.
            Berdasarkan Kod Hammurabi, tentera tidak dibayar gaji. Mereka akan diberikan  
            tanah   yang tidak boleh dipindah milik, binatang ternakan dan harta rampasan
            perang sebagai  ganjaran.
C. Kesimpulan (1 markah)
Perkembangan organisasi ketenteraan membantu masyarakat Mesopotamia menubuhkan empayar yang kuat seperti empayar Sumeria, Babylon, Assyria dan Akkadia. Ia juga dapat mewujudkan keamanan dan kestabilan politik.

SOALAN NO 4:
Pendahuluan
Pada abad ke-15, Melaka mengambil alih peranan Srivijaya sebagai pusat perdagangan antarabangsa di Asia Tenggara. Melaka telah meneruskan tradisi perdagangan masyarakat pribuminya yang telah berjalan sejak zaman Kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya iaitu dari abad ke-7 M hingga abad ke-13 M. Menurut Tom Pires, Melaka pernah disinggahi oleh 100 buah kapal besar dan 30 hingga 40 buah kapal kecil pada  penghujung abad ke-16. Pelabuhan Melaka sangat besat sehingga boleh menampung sebanyak 2000 buah kapal sehari. Malahan lebih daripada 84 jenis bahasa dipertuturkan di pelabuhan Melaka menunjukkan betapa sibuk dan pesatnya pelabuhan tersebut.
Isi [7 isi x 3 markah]
1. Perlindungan China
Melaka mendapat perlindungan rasmi pada 1405 M selepas Maharaja Yung-lo mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka. Perlindungan China membolehkan Melaka berkembang pada tahap awal tanpa berhadapan dengan ancaman dari Siam dan Majapahit. Perlindungan ini menyebabkan lebih ramai saudagar Cina mengunjungi pelabuhan Melaka.
2. Sistem pentadbiran yang teratur
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Sultan, Pembesar 4, Pembesar 8, Pembesar 16 dan Pembesar 32. Hukum Kanun Melaka digubal semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah berkaitan dengan pantang larang, hak istimewa raja, tanggungjawab raja, pembesar dan penduduk. Manakala Undang-undang Laut Melaka berkaitan peraturan-peraturan jual beli atas kapal, peraturan pelayanan, bidang kuasa nakhoda dan tanggungjawab pegawai-pegawai kapal. Dari segi pentadbiran pula, Raja dibantu oleh para pembesar dalam melicinkan pentadbiran. Antaranya bendahara, temenggung laksamana dan syahbandar. Terdapat empat syahbandar yang bertugas memenuhi keperluan setiap komunit pedagang. Syahbandar bertanggungjawab menentukan kapal yang akan berlabuh, penggunaan gudang dan menguruskan pertemuan antara pedagang dan raja.

3. Kestabilan politik
Pemerintahnya mengambil sikap berdamai dengan Siam. Ufti tahunan sebanyak 40 tahil emas dibayar kepada Siam. Pedagang dilindungi daripada ancaman lanun dengan penubuhan pasukan orang laut. Hubungan dengan kerajaan lain dijalinkan untuk mengembangkan perdagangan dan mengeratkan persahabatan. Kerajaan Melaka juga menjalankan dasar penaklukan dan ini membolehkannya menguasai kawasan Tanah Melayu sehingga ke pinggir laut Sumatera.

4. Jaminan Keselamatan
Kerajaan Melaka membina gudang-gudang di bawah tanah dengan tujuan memudahkan para pedagang menyimpan barangan mereka. Gudang-gudang pula dikelilingi oleh pagar kayu dengan pintu-pintu berkunci ini dapat memberi perlindungan daripada kebakaran, kerosakan dan kecurian. Selain dikawal rapi, para pengawal turut bertindak dengan membunyikan loceng sekiranya berlaku sebarangnoerkara yang tidak diingini seperti kekecohan dan kebakaran.
5. Pemelukkan agama Islam
Pemelukkan agama Islam oleh raja-raja Melaka menggalakkan pedagang Islam berdagang di Melaka. Pengislaman Parameswara menyebabkan ramai saudagar Islam berpindah ke Melaka dari Sumatera Utara. Nilai perdagangan meningkat kerana saudagar Islam ialah pedagang utama di Alam Melayu.

6. Kepimpinan Tun Perak
Bendahara Melaka (1456-1498) bertanggungjawab bagi perluasan kuasa Melaka. Melaka memperluaskan empauarnya ke Tanah Melayu dan Sumatera.

7. Kedudukan geografi yang strategik
Terletak dipertengahan jalan perdaganan antara China ndan India. Pelabuhan persinggahan bagi pedagang Cina dan India di samping terlindung dari tiupan angin monson dari pulau Sumatera.
Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau membolehkan Melaka menjadi kubu pertahanan yang baik. Bukit yang terdapat di Melaka menjadi panduan untuk kapal perdagangan keluar masuk dari perairan Selat Melaka dan merupakan antara yang terselamat di Alam Melayu.

8. Penggunaan mata wang dan ukuran timbangan
Antara mata wang yang digunakan di pelabuhan Melaka adalah logam emas, perak dan timah dalam pelbagai bentuk. Mata wang syiling daripada logam pernah digunakan buat pertama kalinya semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Di atas permukaan mata wang ini terdapat nama Sultan Melaka yang memerintah. Selain itu kepingan wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay turut digunakan di Melaka. Sistem timbangan diukur dengan unit kati yang  bersamaan dengan 20 tahir. Antara unit ukuran pada waktu itu ialah kati, tahil, emas, pau dan dram. Ukuran bahara digunakan untuk menimbang rempah, lada, bunga, cengkih dan jagung. Ukuran kati pula digunakan untuk menimbang emas, perak, bahan wangian, kapur, kelembak dan permata. Alat timbang yang digunakan adalah dacing.

Kesimpulan
Perlindungan China hanya satu faktor membantu kemajuan perdagang Melaka.
Terdapat banyak faktor lain yang telah membantu kepesatan perdagangan Melaka.

SOALAN NO 5.
Pengenalan
-Ajaran penekanan kepada keseimbangan alam jelas dlm falsafah China
-Konsep Yin melambangkan harmoni dan keamanan
-konsep yang merupakan unsure bertentangan dgn Yin seperti kegelapan dan kesengsaraan mempengaruhi falsafah China.
 Isi
-Ajaran ini diasaskan oleh Kung Fu-Tze pada tahun 6 S.M.
-ajaran bertujuan mewujudkan keamanan dan keharmonian Negara China
-Beliau menekankan manusia sebagai individu yg bebas
-manusia tidak boleh berseorgn dan mesti diajar cara mengawal kelakuan dan bertindak mengikut kesesuaian
-ajaran menekankan kpd maruah diri dan sifat kemanusiaan yg diterapkan melalui prinsip amanah,rajin,bersifat mulia,berbudi bahasa, dan bermurah hati
-ajaran juga menekankan bahawa kerajan yg aman dan makmur wujud jika pemerintah menunjukkan teladan dan contoh yg baik kepada rakyat
-Raja dianggap Tuhan di dunia ini-beliau secara tidak langsung memberikan panduan kpd kerajaan dan pegawai2 kerajan yg berkhidmat utk bekerja dgn penuh bertanggungjawab.
-Ajaran Confucious juga member penekanan kpd hubungan harmoni yg dapat dicapai melalui lima bentuk hubungan iaitu pemerintah dgn rakyat, ibu bapa dgn anak, suami dgn isteri, abang dgn adik, dan hubungan antara rakan dgn rakan.
-Beliau percaya bhw keamanan dan keharmonian akan wujud di China,sekiranya seluruh pihak memainkan peranan masing2 dgn baik,bertanggung jawab, saling hormat menghormati tanpa mengira status dan peringkat.

Ajaran Confucius menjadi teras kpd perkembangan falsafah China yg lain spt falsafah Taoisme dan Legalisme.
-ajaran ini telah mampu berkembang dgn meluasnya di seluruh China sehinggalah ke hari ini.


SOALAN NO 6

A. PENGENALAN (3 Markah )
1. Konsep Falsafah
Usaha untuk meningkatkan keilmuan manusia telah diteruskan oleh para cerdik
pandai sejak zaman silam lagi.Satu daripada aspek ilmu ialah dalam bidang
falsafah. Menambah pengetahuan dan kepandaian dalam pelbagai perkara dan
aspek kehidupan merupakan suatu proses yang diberi keutamaan oleh sarjanasarjana
Yunani. Kemunculan ilmu falsafah di Yunani adalah berkait rapat
dengan sistem politik negara kota Athens yang mengamalkan sistem
demokrasi yang banyak memberi kebebasan kepada golongan intelek
sehingga lahirnya ramai ahli falsafah yang berpendapat bahawa pemimpin
politik dan sosial mesti terdiri daripada golongan ahli falsafah. Antara ahli-ahli
falsafah yang terkenal dalam Tamadun Yunani ialah Socrates, Plato dan
Aristotle

2. Latar belakang Yunani
B. ISI-ISI PENTING (3 Isi X 7 Markah = 21 Markah)
Pemikiran Ahli-ahli Falsafah Yunani
1. Socrates
28
Beliau dianggap sebagai bapa falsafah dan demokrasi Yunani. Socrates
menggunakan kaedah bertanya untuk mencari jawapan, pengetahuan dan
kebenaran. Segala perkara yang berlaku dalam alam ini harus dibuktikan.
Kaedah ini menggalakkan orang ramai menggunakan akal. Persoalan yang
dibangkitkan oleh Socrates menyentuh kehidupan manusia dan menanamkan
nilai individualisme di jiwa rakyat Athens. Beliau mengajar manusia
berkelakuan dan berakhlak baik serta berfikir dengan bijak. Beliau dihukum
mati kerana dituduh menafikan dewa dewi dan merosakkan pemikiran
golongan muda yang menggunakan kaedahnya iaitu menyampaikan
pengetahuan melalui cara menyoal untuk mendapatkan kebenaran.
2. Plato
Plato adalah anak murid Socrates. Beliau telah menubuhkan sebuah sekolah
yang bernama Akademi di Athens di mana sekolah itu telah melahirkan ramai
ahli falsafah. Menurut beliau, sesuatu kerajaan dan juga kehidupan manusia
haruslah berpandukan kepada prinsip-prinsip kebaikan, kemuliaan, keadilan
dan kasih sayang. Beliau juga menegaskaan bahawa hak yang sama harus
diberikan kepada golongan wanita. Plato dalam bukunya ‘ Republik ’
menerangkan tentang struktur kerajaan yang paling baik kepada rakyat dan
menekankan bahawa kerajaan yang ideal adalah kerajaan yang dipimpin oleh
ahli falsafah. Selain itu, pemerintah harus memberi pendidikan kepada setiap
warganegara supaya manusia boleh mempunyai hidup yang baik, sempurna,
berbudi dan berdisiplin.
3. Aristotle
Aristotle adalah pengikut Plato yang terkenal dan dikenali sebagai bapa logik.
Menurutnya, ilmu pengetahuan dan penyelesaian masalah haruslah diperolehi
melalui proses pemerhatian, pengumpulan, penyusunan fakta serta fikiran
yang yang teratur, tepat atau berdasarkan hubungan sebab dan akibat. Beliau
29
merupakan orang yang pertama memperkenalkan kaedah saintifik dalam
mencari kebenaran. Idea dan falsafah Aristotle terkandung dalam bukunya
yang berjudul ‘ Ethics ’ dan ‘ Politik ’ .Dalam bukunya Politik, Aristotle
menyarankan supaya manusia harus mengamalkan sifat sederhana dalam
kehidupan. Menurut Aristotle, kerajaan bercorak demokrasi adalah sistem
yang zalim dan menindas kerana mengabaikan perbezaan antara manusia.
Bagi beliau, kerajaan yang baik adalah sebuah politik di mana
pemerintahannya dijalankan oleh orang ramai yang meliputi ciri-ciri terbaik
pemerintahan monarki dan oligarki. Beliau menubuhkan sebuah sekolah
bernama Lyceum untuk mengembangkan falsafah dan kajian sainsnya.
C. KESIMPULAN (1 Markah)
Apa saja yang berkaitan
Sekiranya calon menghuraikan tokoh falsafah Yunani yang lain boleh
Diterima

SOALAN NO 7.

Pendahuluan [3 Markah]
Masyarakat China merupakan antara masyarakat terawal melibatkan diri dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan.  Tamadun China melahirkan tokoh-tokoh pelayar yang telah memberi sumbangan besar dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.
Antara tokoh-tokoh pelayaran China yang terkenal ialah I-Ching, Cheng Ho, Fa Hsien dan Hsuang Tsang.  Mereka memberi sumbangan dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan agama.

Isi-isi

A.   I-Ching [10 Markah]
      Latar belakang.
      Seorang rahib Buddha yang dilahirkan pada tahun 635 M di Fan Yang berhampiran Peking.  Beliau menerima pandidikan daripada dua orang guru terkenal, iaitu San-Yu dan Hsui-Hsi dan berminat mengembara ke India sejak kecil lagi untuk mendalami ilmu agama Buddha.
      Sumbangan
      1.   Pengembaraan.  Beliau memulakan pengembaraan ke India dengan menaiki sebuah kapal Parsi pada tahun 671M.  Dalam perjalanan beliau singgah di Fo-Shih (Srivijaya), Mo-Lo-Yeu (Melayu), Ka-Cha (Kedah) dan Lo-Jeng-Kuo.  Beliau mendarat di Tamralipti yang terletak di pantai timur India pada tahun 673M.  Selepas menuntut ilmu di Nalanda, beliau kembali ke China pada tahun 605M.  Beliau singah di Srivijaya dan menetap selama empat tahun

1.    Melawat tempat-tempat suci.  Beliau melawat Wihara Waicali, Kusinagara, Benares, Gaya, Nalanda dan Taman Mrigadawa untuk menambahkan pengalaman dan pengetahuan tentang ajaran agama Buddha.

      3.   Mempelajari bahasa Sanskrit dan agama Buddha.  Mempelajari nahu bahasa Sanskrit selama setahun di Tan Mo Lo Ti daripada seorang pendeta bernama Tan-Cheng-Teng.  Seterusnya mendalami ilmu agama Buddha di Nalanda selama 10 tahun.  Beliau singgah di Srivijaya yang merupakan pusat pengajian agama Buddha yang terkenal.
            Menurut I-Ching, terdapat lebih kurang 1000 sami Buddha di Srivijaya yang mempelajari ilmu dan ajaran Buddha.  Beliau berusaha memahami bahasa Sanskrit supaya dapat menterjemahkan kitab-kitab Buddha dalam bahasa China.

2.    Menulis catatan sejarah.  Menulis catatan tentang Srivijaya, kerajaan Kedah Tua dan Jambi.  Beliau merekodkan pengalamannya dalam dua buah kitab, iaitu Nan Hai Chi Kuei tentang sejarah Srivijaya dan tempat-tempat lain yang dilawati oleh I-Ching.

      5.   Mengumpul dan menterjemah kitab-kitab Buddha.  Beliau mengumpulkan 4000 naskhah kitab suci agama Buddha yang mengandungi 500,000 sloka Tripitaka dan menterjemahkan 56 buah kitab suci Buddha.  Buku-buku tersebut diterbitkan dalam 230 jilid.


B.  Cheng Ho [10 Markah]
      Latarbelakang
      Tokoh pelayar China yang terkenal pada zaman Ming.  Beliau dilahirkan dalam keluarga pelayar terkemuka.  Ayah dan datuk Cheng Ho pernah belayar ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.  Beliau merupakan seorang pelayar beragama Islam yang berasal dari wilayah Yunan.  Beliau pernah memegang jawatan pegawai tinggi kerajaan dan berkhidmat semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo.
      1.   Matlamat ekspedisi.  Matlamat utama ekspedisi Cheng Ho ialah meluaskan hubungan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan Asia, menonjolkan kuasa dan pengaruh China ke seluruh pelusuk dunia, mengumpul cukai, mengasaskan koloni wilayah naungan, mengumpulkan maklumat tentang wilayah asing dan mendapat bantuan bagi mangatasi serangan Mongol.

      2.   Memimpin ekspedisi.  Memimpin tujuh ekspedisi penjelajahan dan penerokaan dan mengetuai ekspedisi pelayaran terbesar pada tahun 1414 melibatkan 63 buah kapal besar dan 100 kapal kecil sebagai pengiring ke Asia Tenggara.
      3.   Merancang ekspedisi.  Merancang dan membangunkan hubungan perdagangan antara China dengan Barat melalui jalan laut, serta ekspedisi ke kawasan seperti kepulauan Melayu, India, Sri Lanka, Teluk Parsi, Aden dan Pantai Timur Afrika.
      4.   Mengiringi utusan.  Menyertai ekspedisi membawa utusan khas daripada Maharaja China ke negara-negara yang dilawati.  Beliau diutus oleh Maharaja Yung Lo untuk mengiringi utusan asing yang kembali ke negara asal, iaitu benua Afrika.
      5.   Destinasi ekspedisi.  Pada tahun 1405M, beliau memimpin ekspedisi ke Asia Tenggara khususnya Sumatera, Jawa, Thailand, Tanah Melayu dan Borneo.  Melawat Melaka pada tahun 1409 dan 1411, dan menyampaikan hadiah berupa cap mohor, persalinan, paying kuning dan kain sutera kepada sultan Melaka, iaitu Parameswara.
      6.   Pernah belayar ke India, Sri Lanka, Kepulauan Maldives, Teluk Parsi, Tanah Arab dan pantai timur Afrika.  Beliau pernah ke Jedah, Hormuz dan pantai Somalia untuk menjual barang-barang seperti tembikar dan sutera serta membeli barang-barang seperti gading gajah dan tanduk badak dari pedagang-pedagang Arab.

Kesimpulan [2 Markah]
I-Ching dan Cheng Ho merupakan ahli pelayaran China yang memberi sumbangan besar dalam bidang pelayaran.  I-Ching memberi sumbangan dalam bidang sejarah khususnya mencatatkan rekod-rekod sejarah tentang kawasan yang dilawati.  Beliau turut menterjemahkan kitab-kitab suci agama Buddha dan menyebarkan agama Buddha di China.  Laksamana Cheng Ho pula memainkan peranan dalam menjadikan China sebagai kuasa kelautan yang unggul pada abad ke-15M.


SOALAN NO 8

Pengenalan  (3 markah)
  1. Keseniaan berasal dari perkataan Latin yang bermaksud “ kemahiran, cara atau kaedah.
  2. Dalam konteks tamadun awal, hasilan manusia yang halus dan indah dalam segala bentuk perdagangan dan profesion dapat juga diistilahkan sebagai “kesenian”.
  3. Konsep seni bina.
Maksud seni bina ialah kecekapan merancang dan membuat bangunan yang indah sesuai maksud dan tujuan.
    1. Seni bina melibatkan peralatan,kekukuhan dan memberi kesenangan dan keselesaan kepada pemilik .

  1. Latar belakang seni bina Eropah - dipengaruhi oleh seni bina Etruscan dan Yunani.
  2. Seni bina Islam bermula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w  dengan pembinaan mesjid Quba dan Nabawi.Bidang seni  semakin berkembang bermula zaman Khalifah Umar al Khattab.

Isi Penting  (5 Isi X 4 markah)
  1. Tujuan
Seni bina Rom
·         bertujuan untuk memperkukuhkan empayar dan pemujaan kepada Maharaja, dan kemegahan
·         Ciri-ciri  bangunan  dan hiasan ukirannya melambangkan  kejayaan dan dan kehebatan Maharaja.
Ini menyebabkan  maharaja-maharaja yang memerintah Rom berusaha membina bangunan yang besar.Bangunan Colosseum melambangkan kehebatan pemerintah Vespasian (Tahun 69M), akueduk, teater, sarkas, jalan deretan tiang dan forum
Seni bina Islam
·         menitik beratkan keseimbangan pembangunan Aqidah,syarak dan akhlak.Penekanannya kepada fungsinya,iaitu untuk pembangunan insaniah (rohani, jasmani dan aqidah).
·         Dan bukan bertujuan untuk menunjukkan kebesaran dan kemegahan .
·         Oleh itu ,senibina Islam mempunyai bentuk yang sederhana dan menitik beratkan aspek kegunaan.

2  .Kegunaan
Senibina Rom
-          juga menekankan aspek unilitarian(untuk kegunaan awam) dengan membina bangunan awam untuk kemudahan dan kegunaan orang ramai.
-          Bangunan Coloseum merupakan sebuah teater atau gelanggang untuk pelbagai permainan.Bangunan ini boleh mengisi  penonton seramai 50,000 orang.
-          Seni bina awam seperti,kolam mandi (dibina pada zaman Maharaja Caracalla) yang dilengkapi dengan tembok, bekalan air, perpustakaan , taman, bilik untuk mengurut, bilik bersenam dan bilik menukar pakaian.

Seni bina Islam
-          mementingkan aspek fungsi setiap bangunan.Ruang dan hiasan seni bina masjid ,institusi pendidikan(Darul Hikmah) dan bangunan awam yang lain  diselaraskan dengan fungsinya.Sebagai contoh seni bina mesjid juga mengambil kira kegunaannya sebagai pusat ibadat,aktiviti kemasyarakatan dan pusat pengajian.

3.  Keselesaan                    
Seni bina Rom
·         bangunan Rom juga mengambil kira aspek keselesaan.
-          Kebanyakan bangunannya besar dan luas.Komplek Colosseum 150,000 orang penuntun untuk menyaksikan perlumbaan kereta kuda.

Seni bina Islam
·         menekankan ruang dalam bangunan yang selesa .Mesjid  dibina mempunyai ruang untuk kemasukan cahaya dan penudaraan untuk keselesaan beribadah, bahkan seni bina Islam memisahkan antara lelaki dan perempuan untuk tujuan keselesaan.
·         Sementara itu seni bina rumah kediaman,mempunyai ruang bersifat persendirian dan memisahkan kaum lelaki dan wanita

4.  Struktur binaan
Seni bina Rom
-          Bangunan-bangunan awam di Rom kebanyakannya dibina dengan menggunakan batu-bata dan konkrit yang kukuh.Bahan konkrit telah menjadi bahan yang standard dalam pembinaan Aqeduct.
Seni bina Islam
-          ialah bangunan yang dibina kukuh dan selamat untuk masa yang lama. Masjid-masjid yang dibina di zaman Umaiyyah dan Abassiyah menggunakan teknologi tinggi dan daapat bertahan ribuan tahun.Bahan binaan seperti batu-bata dan besi.

5.  Kekemasan bangunan.                      
Senibina Rom
-                  sama juga dengan seni bina Islam dihiasi dengan kemasan marmar dan mozek.
-            Bangunan Pantheon yang  dibina oleh Maharaja Hadrian (125M) telah diperkenalkan dengan hiasan mozek, lapis dinding daripada batu marmar , lantai yang bercorak serta struktur kubah yang dapat berdiri sendiri , sehinggakan keunikan bangunan ini terletak pada pembukaan di puncaknya yang dikenali sebagai ”Occulus”.

Seni bina Islam
-          di Tanah Arab mementingkan kemasan bangunan untuk memperlihatkan nilai estatika .
-          Pembinaan mesjid dizaman Bani Umaiyyah telah dihiasi dengan kemasan yang berharga .
-          Masjid Umawi telah dihiasi  dengan tiang marmar dan lampu yang hiasan menarik.
-          Khalifah al-Walid telah menyempurnakan pembinaan masjid Al Aqsa dengan hiasan batu permata kuning dan hijau.Jubin merupakan hiasan yang terkenal di zaman Abbasiah.
-          Kepingan jubin merupakan hiasan yang terkenal di zaman Abbasiah. Kepingan jubin yang berkilat dan berwarna warni digunakan untuk menghiasi mihrab,dinding masjid dan bumbung istana.


6.  Reka bentuk
        Seni bina Rom
·         Dipengaruhi seni bina Yunani dan Asia.
·         Bangunannya terdiri daripada binaan pintu gerbang , bumbung yang melengkung , arked , kubah , tiang dan bangunan bandar.
·         Pantheon merupakan sebuah kuil berbentuk kubah yang tidak disokong oleh tiang

 Seni bina Islam
·         Melambangkan ketaatan kepada Allah.
·         Bercirikan luahan perasaan , keamanan dan tidak bertentangan dengan kerohanian.
·         Reka bentuk masjid dilengkapi dengan mihrab , kubah dan menara.
·         Kebanyakan kubah berbentuk oval dan melengkung
·         Bulan sabit dan bintang menjadi lambing kesenian Islam di puncak masjid dan istana


7.  Hiasan tulisan dan Ukiran
Seni bina Rom
·         Bangunan dihiasi dengan ukiran portrait dan ukiran timbul
·         Zaman Augustus dan Claudius , tempat pemujaan , tiang bangunan dan pintu gerbang dihiasi dengan ukiran timbul portrait yang menggambarkan kemenangan dan pencapaian Rom.
·         Antara ukiran bangunan ialah Imperial Processions dan Spoils From The Temple In Jurusalem.


Seni bina Islam
·            Bahagian dalam dihiasi dengan ukiran yang tidak bertentangan dengan akidah dan akhlak islam.
·            Tulisan khat dan corak awan larat(kaligrafi) menjadi motif ukiran yang terkenal , kerana ianya mencerminkan kesabaran, ketekunan dan ketuhanan.
·            Masjid Suriah dihiasi dengan ukiran khat ayat al-Quran yang indah

Kesimpulan (2 markah)
Kedua-dua tamadun mempunyai perbezaan yang jelas dalam motif dan pelaksanaan seni binanya. Tamadun Rom lebih kepada keindahan dan kemegahan sebaliknya dalam Tamadun Islam selain menekankan kepada keindahan ia juga menitik beratkan soal ketuhanan.




BAHAGIAN B

9. Jelaskan Struktur Dan Ciri-Ciri Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah.
Pengenalan :
Difinisi jahiliah : bodoh atau sesat.
a.         Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup.
b.         Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
c.         Tidak mempunyai peradaban.
d.         Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
e.         Tidak boleh membaca dan menulis.
Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Isi- isi Penting :
Struktur Masyarakat Arab Jahiliah
Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Badwi dan Hadari. Dalam Masyarakat Hadari terdapat lima golongan iaitu:
a.         Golongan bangswan – ahli perniagaan dan pemerintah tempatan.
b.         Golongan agama ( pendeta ) – tukang tilik dan penyair.
c.         Golongan hamba.
d.         Wanita.
e.         Masyarakat awam dan rakyat biasa

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah :
Aspek agama dan kepercayaan :
Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayaan dapat mengawai dan membantu kehidupan seharian.
Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh Masyarakat Parsi.
Agama Nasrani disebarkan oleh orang-orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara Semenanjung Tanah Arab, mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama ini.
Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar-saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut asal agama ini ialah Bani Israeil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang-orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t.  Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah.
Disamping itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.
Penganut agama-agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dikalangan masyarakat Arab tidak ramai, mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut ajaran lain.
Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala. Penyembahan berhala mucul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s  Masyarakat berkehendakan perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t Mereka mencipta berhala-berhala daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan disekliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.
Di samping mempercayaai berhala, masyarakat Arab percaya kepada anamisme dan tahyul. Objek cakrawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih ke atas apa yang mereka terima. Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda-tanda baik dan buruk yang ditunjukan sesuatu objek.
Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yang berbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.
Aspek Politik dan pentadbiran :
Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dikalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.
Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tindakan   ( Darul Nadwah ) oleh jabatan-jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh. Namun ciri-ciri politiknya mempunyai unsur-unsur jahikliah. Mereka mengamalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak-puak lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang amat penting. Disamping itu ketua-ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua-ketua suku iaitu Mala’ tetapi golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala’  dan menjaga kepentingan kaum yang lemah. Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.
Aspek Ekonomi :
Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan diantara bandar di Syiria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rome ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang. Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.
Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak-anaknya. Misi-misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain-lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain-lain dieksport melalui pelabuhan-pelabuhan. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan. Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara ( Syam ).
Pasar-pasa diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah-buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar-pasar. Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.
Aspek Sosial :
Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak-puak berdasark pertalian darah dan semangat assabiyah amat tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh di kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup berpuak – puak dan ketua puak dipilij di kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar disebut bani. Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.
Semangat Assabiyyah menyuburkan cirri-ciri jahilian. Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara – perkara kecil. Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan  dan dijadikan hamba abdi.
Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang-undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan. Kaum wanita dipandang hina. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darun Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh.
Aspek Ilmu Pengetahuan :
Kebanyakkan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar-saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan. Selain keuntungan mereka mengejar keseronokan. Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata yang terhasil melalui pemikiran yang sepontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri-ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.
Nilai-nilai Positif Dan Mulia Masyarakat Arab Jahiliah :
Walaupun orang – orang Arab jahilian digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliah memiliki sifat – sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata – mata ingin menghormarti tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya. Di samaping itu orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan. Mereka akan menunaikan janji walaun melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang – orang Arab Jahiliah juga memiliki sifat – sifat positif  lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin.

SOALAN 10
PENGENALAN [ 3 Markah ]

  1. Rasulullah s.a.w menerima wahyu ketika berusia 40 tahun pada tahun 610 M, bermakna bermulalah kehidupan baru bagi masyarakat Arab Quraisy Makkah yang selama ini hidup dalam kejahilan sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial apatah lagi dalam bidang agama dan akhlak.
  2. Usaha dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah s.a.w dapat dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat sulit dan secara terang-terangan
  3. Diperingkat terang-terangan inilah bermulanya tentangan hebat di kalangan orang-orang Quraisy bukan sahaja kepada Rasulullah s.a.w tetapi juga kepada penganut-penganut agama Islam sama ada melalui perbuatan, perkataan sehinggalah perencanaan untuk membunuh baginda
                                           
B.ISI-ISI PENTING [ 20M ]

Faktor- faktor Penentangan[ 10 markah]
  1. Dari segi agama ajaran Islam yang menekankan akidah tauhid, bertentangan dengan agama serta kepercayaan masyarakat Quraisy yang berbilang Tuhan khasnya penyembahan berhala. Di sekeliling Kaabah umpamanya terdapat lebih kurang 360 buah patung berhala yang pelbagai saiz dan bentuk
  2. Punca penentangan golongan ini ialah kerana mereka takutkan pembalasan di hari akhirat kelak berikutan kehidupan mereka dipenuhi dengan dosa dan segala perbuatan mungkar
  3. Dari aspek sosial timbulnya penentangan kerana Rasullulah membawa ajaran yang menekankan konsep persamaan taraf. Bertentangan dengan sistem feudal yang diamalkan masyarakat Quraisy Makkah. Hal ini bertentangan dengan orang Quraisy yang memandang tinggi terhadap golongan kaya dan keperkasaan.
  4. Masyarakat Quraisy juga terikat dengan semangat assabiyah yang meletakkan sentimen hanya kepada kaum mereka sendiri dan sekaligus menolak konsep persaudaraan.
  5. Kegiatan sosial mereka mementingkan keseronokan duniawi seperti berzina, membunuh, berjudi akan tersekat seandainya mereka menerima Islam.
  6. Masyarakat Quraisy terlalu menuruti segala amalan tradisi nenek moyang dan ini menyebabkan mereka sentiasa mengagungkan tradisi lama dan menentang segalam pembaharuan.
  7. Memandangkan Nabi berasal dari keturunan Bani Hashim, golongan bani lain beranggapan kehadiran Nabi akan menyebabkan golongan bani Hashim akan berkuasa dan berpengaruh kembali yang akan merosakkan pengaruh bani lain khususnya Bani Umayyah sedang menerajui Kota Makkah.
  8. Dari sudut ekonomi kedatangan Islam pastinya pada anggapan Quraisy kota Makkah tidak lagi dikunjungi tetamu-tetamu asing yang secara tidak langsung akan menjejaskan peranan kota Makkah sebagai pusat keagamaan, kebudayan dan perdagangan.
  9. Pengukir patung berhala juga akan kehilangan sumber rezeki memandangkan Islam menolak penyembahan berhala.
  10. Bagi golongan peniaga Islam melarang melarang segala bentuk penindasan seperti riba, pajak gadai, menipu kadar timbangan serta berjudi pastinya akan menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Langkah-langkah Mengatasi [ 10 markah]
  1. Menyeru golongan hartawan daripada kalangan umat Islam menebus dan memerdekakan golongan hamba yang telah menerima Islam dan di siksa seperti Bilal bin Rabah.
  2. Menyeru golongan Islam berlindung dengan orang yang berpengaruh seperti Abu Talib dan Khadijah.
  3. Menyeru umat Islam berhijrah ke Habsyah kerana dikatakan pemerintahnya Raja Najasi seorang yang adil dan berperikemanusiaan.
  4. Menyeru dakwah di luar kota Makkah misalnya di taif.
  5. Berhirjah ke Madinah setelah Nabi menerima wahyu dan ancaman bunuh ke atas Baginda.

C. Penutup [ 2M ]
Penetangan masyarakat Quraisy di Makkah telah menyebabkan berlakunya hijrah ke Madinah yang membawa kepada pembentukan negara Islam Madinah yang berdaulat
SOALAN 11
A. Pendahuluan [3m]
1. Istilah Piagam atau Sahifah merujuk kepada dokumen, kanun, piagam atau perjanjian bertulis mengenai hak dan tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah.
2. Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.
3. Piagam ini digubal oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu baginda berada di kota Madinah sejak tahun pertama Hijrah.
4. Menurut Professor Hamidullah, kemungkinan bahagian pertama digubal pada tahun pertama Hijrah manakala bahagian kedua ditambah pada tahun kedua Hijrah selepas Perang Badar.
5. Tujuan piagam ini digubal adalah untuk dijadikan panduan bagi menegakkan sebuah Negara Islam yang berdaulat di Madinah.
6. Piagam ini dibuat antara orang Islam dengan orang Yahudi  dan antara orang Islam sesama Islam [Muhajirin dan Ansar.
7. Bahagian pertama piagam ini berhubung dengan peraturan bagi orang Islam manakala bahagian kedua berhubung dengan peraturan bagi orang Yahudi.

B. ISI [ 1 isi x 3m]
Kepentingan Piagam Madinah kerana mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan perkara-perkara berikut:
1.         Kelahiran Negara Islam
·         Piagam Madinah membolehkan Nabi Muhammad SAW membina sebuah Negara Islam yang berdaulat dan bermaruah.
·         Piagam ini membantu melahirkan sebuah Negara yang aman dan damai terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.
2.         Penyatuan Penduduk Madinah.
Piagam ini meletakkan asas bagi menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

·         Perlembagaan ini menyatupadukan penduduk beragama Islam dan bukan Islam di awah satu unit politik yang diterajui oleh Nabi Muhammad SAW.

·         Masyarakat berbilang agama dan keturunan di Madinah dianggap sebagai satu masyarakat atau ummah yang mempunyai kewajipan dan tanggungjawab terhadap Negara Islam.

·         Penduduk Islam yang terdiri dua kumpulan Muhajirin dan Ansar diasuh menjadi satu kumpulan yang kuat bagi mengelakkan musuh mengambil kesempatan daripada perpecahan mereka.

·         Persaudaraan Islam bertujuan mempereratkan hubungan persahabatan sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan warna kulit.

·         Piagam ini membuktikan bahawa Islam tidak memutuskan hubungan dengan bukan Islam.

·         Terdapat toleransi dalam Islam demi menjaga keharmonian hidup masyarakat.

·         Piagam ini berperanan supaya masyarakat berbilang bangsa hidup aman damai, teratur dan bersistem serta menghindarkan permusuhan.

2.    Mewujudkan Sistem Politik Yang Teratur

·         Piagam Madinah membuktikan bahawa Islam mempunyai satu sistem politik yang teratur dan kemas.

·         Sistem politik Islam berlandaskan kepada syariah, akidah dan akhlak Islam.

·         Perlembagaan Madinah juga melahirkan pemerintah yang berpegang teguh kepada prinsip Musyawarah.

·         Dalam konteks ini, semua kaum berhak untuk menyuarakan masalah mereka.

·         Piagam ini juga mewujudkan peraturan tatanegara bagi menyelesaikan segala masalah penduduk Madinah.

3.    Nabi Sebagai Pemimpin

·         Piagam Madinah meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai sebagai seorang negarawan yang berwibawa.

·         Ketokohan baginda bukan sahaja terserlah dalam aspek akidah tapi juga dalam hal ehwal duniawi.

·         Perlembagaan Madinah meletakkan kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua dan hakim negara.

·         Sebagai ketua negara, baginda berjaya menyelesaikan masalah perselisihan kaum dan mewujudkan satu institusi kehakiman dan keadilan di Madinah.

5.     Menggariskan Tanggungjawab Mempertahankan Madinah

·         Perlembagaan Madinah menetapkan bahawa penduduk Madinah sama ada yang Islam atau bukan Islam harus mempertahankan Madinah daripada serangan musuh.

·         Mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi menentang negara Islam.

·         Semangat cintakan Negara Madinah dipupuk bagi menghindari permusuhan sesama sendiri.

6.      Kebebasan Penduduk Dijamin

·         Perlembagaan Madinah menjamin kebebasan hak asasi kaum Yahudi dan penganut-penganut agama lain.

·         Masyarakat Madinah bebas menganut dan mengamalkan agama dan adat istiadat masing-masing tanpa sekatan.

·         Kebebasan itu meliputi kebebasan diri, kebebasan beragama, kebebasan berfikir dan bersuara, kebebasan beramal, kebebasan bekerja dan sebagainya.

·         Jaminan kebebasan ini meliputi segala aspek kehidupan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

·         Tiada paksaan dalam kepercayaan seseorang adalah antara perkara yang disetujui oleh Rasulullah SAW dalam Piagam Madinah.

·         Orang Yahudi tidak boleh memaksa penduduk Madinah untuk menganut agama mereka.

·         Orang Yahudi tidak boleh menindas golongan yang lemah.

·         Mereka yang mematuhi perlembagaan, akan diberi jaminan perlindungan dan keselamatan.

7.         Ekonomi

·         Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah.

·         Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang – pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islam secara beransur–ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya. Kegiatan riba diharamkan.

8.       Penyebaran Agama Islam dan Hubungan Diplomatik

·         Dengan kewujudan Perlembagaan Madinah, agama Islam dapat disebarkan ke seluruh Semenanjung Tanah Arab dengan mudah. Rasulullah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara jiran seperti Rom dan Parsi.

C. Kesimpulan [1m]
·         Kepentingan Piagam Madinah jelas terserlah dari segi politik, sosial dan agama.
·         Dari segi agama, piagam ini mempunyai pengertian yang besar terhadap perkembangan Islam.
·         Ia juga melambangkan bahawa Islam sentiasa dapat dipraktikkan dalam peraturan-peraturan berkerajaan.
·         Perlembagaan ini menyusun masyarakat yang sebelum ini tidak pernah mempunyai peraturan dalam erti kata yang sebenar.
·         Perlembagaan Madinah adalah perlembagaan yang unggul dan tiada tolok bandingan sehingga ke hari ini.

SOALAN 12
ZAKAT
Pengenalan: ( 3 markah)
Dari segi bahasa zakat berasal daripada perkataan zaka’ yang bermaksud penambahan dan
pensucian. Pensucian termasuk pensucian jiwa daripada sifat bakhil dan kedekut
Mengikut al-Quran perkataan zakat diberi 7 makna iaitu Syahadah, Zakat kebaikan, Zakat
Fitrah suci, halal dan sedekah. Zakat apabila cukup syarat dibayar kepada 7 hasnaf iaitu
fakir, miskin, amil, mualaf, hamba yang dimerdekakan oleh tuannya, orang berhutang,
pejuang di jalan Allah(Fisabilillah) dan Musafir.
Isi-isi: (20 markah)

-Zakat Zaman Nabi Muhammad (6 markah)
-Pada zaman Nabi pada tahun kedua hijrah zakat difardhu secara kuat kuasa iaitu antara bulan Syaaban hingga Syawal
-keengganan membayar zakat mulai tahun ini akan membawa kepada hukuman bunuh.
-Org yang berhak menerima zakat pada zaman ini ialah fakir,miskin,amil,mualaf,hamba,org yang hendak memerdekakan diri, org yang berhutang,org yang berjihad dan orang yang merantau.
-Nisab zakat telah ditetapkan sejak zaman awal Islam lagi.Begitu juga dgn zakat mata wang,binatang,pertaniaan dan perniagaan.
-harta yg dikenakan zakat boleh di dibahagi kpd dua pembahagian asas iaitu:
1.harta modal-binatang,mata wang dan perniagaan
2.harta pendapatan-biji-bijian dan buah-buahan

-Zakat Zaman Umayyah(6 markah)
-Zakat pada zaman Umayyah di bahagi kepda lima:
1.Zakat emas dan perak dikenakan 2.5 peratus
2.Zakat binatang ternakan yg ditentukan nisab dan haulnya seperti kambing,unta dan lembu
3.Zakat barangan perdagangan dikenakan 2.5 peratus
4.Zakat galian dan harta tertanam; jika dibumi perang lain perkiraannya daripada dibumi aman
5.Zakat tanaman dan buah-buahan-perkiraan zakat untuk tanaman yang disirim sendiri tidak sama dgn tanaman yg disirim oleh air hujan.
-Kerajaan bani Umayyah juga telah menubuhkan sebuah jabatan iaitu Diwan al-Kharaj utk mgutip cukai dan mengeluarkan perbelanjaan Negara.

Zakat Zaman Abbasiyah(8 markah)
-menggantikan kerajaan Bani Umaiyah
- terutama KhalifahHarun al-Rasyid dengan bantuan kadi Yusuf telah melaksanakan zakat dengan berkesan.
-Pada zamannya lahir pelbagai mazhab antaranya mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan
Hanbali. Tokoh-tokoh ini telah mempengaruhi pelaksanaan zakat pada zaman Khalifah
Abbasiyah.
1. Zakat Fitrah
Zakat Fitrah wajib dibayar mengikut kemampuan kepada setiap individu muslim mengikut
Imam Syafie pembayaran mula dilakukan pada awal bulan Ramadhan sehingga sebelum
sembayang Hari Raya Aidilfitri( 1 Syawal)
2. Zakat Harta
Harta yang diwajibkan zakat seperti ternakan, emas dan perak, barang perdagangan dan
pertanian(bijirin).
3. Zakat Hasil Ternakan.
Pada zaman pemerintahan Abdul al-Dawlah binatang yang dikenakan zakat seperti kambing,
biri-biri, unta dan lembu, syaratnya cukup nisab dan haul dan diternak di padang rumput bebas
dan bukan untuk bekerja. Contohnya lembu dan kerbau diwajibkan zakat bila cukup 30 ekor
umpamanya 30 hingga 39 ekor dibayar satu ekor lembu betina atau jantan berumur setahun.
4. Zakat Emas dan Perak
Zakat emas dan perak dibayar apabila cukup nisab dan haul. Mengikut Ulama kadar nisab
Perak 200 dirham dan emas 96 gram emas atau 20 dinar. Mengikut 4 mazhab zakat emas
mestilah milik yang sah, cukup haul dan nisab kadar bayaran 2.5 peratus.
5. Zakat Barangan Perdagangan
Syarat yang dikenakan ialah niat untuk berdagang untuk mendapat untung dan barangan halal
disamping cukup haul dan nisab. Bila cukup setahun dikira modal keuntungan atau hutang
yang dijangkakan dibayar pada kadar bayaran 2.5 peratus.
6. Zakat Pertanian (Bijirin)
Zakat pertanian yang diwajibkan zakat seperti padi dan gandum. Syarat zakat ialah beragama
Islam dan tanah milik sendiri. Kadar bayaran 1/10 jika disiram air hujan dan 1/20 jika
menggunakan alat penyiram.
Kesimpulan: (2 markah)
Pelaksanaan zakat dari zaman Nabi Muhammad SAW , Bani Umaiyyah  tidak banyak
berbeza. Walau bagaimanapun apabila timbulnya pelbagai mazhab terutamanya pada zaman Abasiyyah, timbulnya tafsiran berbeza tentang jenis zakat dan bahan yang dikenakan.

SOALAN 13

A. Pengenalan (3 M)
-          Pendidikan Islam bermula ketika Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pada tahun 610 M, iaitu surah al-Alaq ayat 1. Melalui ayat ini Islam memberi kewajipan kepada umatnya agar menuntut ilmu tanpa mengira jantina dan keturunan. Menurut Iman Ghazali, terdapat 1404 ayat atau 25% daripada  keseluruhan ayat al-Quran menyentuh tentang pendidikan.
-          Ringkasnya, sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh Baginda adalah bersumberkan wahyu. Walau bagaimanapun, keadaan dan suasana yang berbeza di antara masyarakat Makkah dan Madinah menyebabkan corak pendidikan Baginda di Makkah berbeza dengan di Madinah. Secara keseluruhannya, sistem pendidikan pada zaman Baginda memfokuskan tiga perkara iaitu akidah, akhlak dan syariah.
          
B. Pendidikan di Makkah (10 M)
1.        Pada peringkat awal, bentuk pendidikan secara sulit. Tumpuan Nabi kepada keluarga terdekat.   Hasil pendidikan tersebut tokoh-tokoh besar seperti Khadijah, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar telah memeluk Islam.
2.        Pendidikan secara lembut dan berhikmah. Hasilnya hari demi hari semakin ramai memeluk Islam. Antaranya Uthman bin Affan, Zubayr al-Awwan, Abdul Rahman bin Auf dan Talhah bin Ubaidullah.
3.        Rumah al-Arqam sebagai pusat penyebaran Islam. Pusat kegiatan dakwah bermula di rumah Nabi Muhammad s.a.w sendiri kemudian beralih ke rumah al-Arqam yang terletak di Bukit Safa. Di sinilah Baginda bermesyuarat serta berbincang untuk mengatur segara strategi dakwah. Rumah al-Arqam dianggap sebagai tempat pendidikan Islam yang pertama.
4.        Wahyu meminta Rasulullah s.w.t menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Setelah berdakwah selama 3 tahun secara sulit, Allah S.W.T memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan dakwah secara terbuka. Baginda  mengumpulkan orang ramai di Bukit Safa, termasuk Abu Lahap. Ucapan Baginda yang menyeru kepada Islam  telah dibantah keras oleh Abu Lahap. Kaum musyirkin Quraisy telah memujuk Abu Talib mempengaruhi Baginda. Namun Abu Talib tetap mempertahankan anak saudaranya itu walaupun dia tidak memeluk Islam.
5.        Baginda menyampaikan pendidikan secara berpidato, berceramah serta bertabligh. Tumpuan Baginda  ialah tempat ramai orang berkumpul terutamanya di Pekan Ukaz dan berhampiran Kaabah pada musim haji. Nabi Muhammad s.a.w membaca ayat-ayat al-Quran yang memberi pengajaran dan petunjuk kepada orang ramai. Memandangkan semakin ramai yang memeluk Islam, maka kaum Quraisy meningkatkan ancaman dengan menggunakan kekerasan. Hal ini membawa kepada penghijrahan umat Islam ke Habsyah dan Madinah pada 622M.

6.        Intipati Pendidikan di Makkah.
Akidah – Akidah ialah kepercayaan yang menghubungkan seseorang dengan Tuhan atau dikenali sebagai Rukum Iman. Umat Islam diwajibkan beriman kepada Allah SWT, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat serta qadak dan qadar.
Akhlak- Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kaum Muslim agar berakhlak mulia. Akhlak yang terpuji membentuk kaum Muslimin yang bertakwa. Umat Islam perlu bersikat sederhana, tolong-menolong dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T. Sikap buruk seperti menyekutukan Allah S.W.T dan menipu dilarang oleh Islam kerana memberi kesan buruk kepada masyarakat.


B.     Pendidikan Islam di Madinah [10 Markah]

1.        Terbinanya Masjid Quba dan Masjid Nabawi. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. tiba di Madinah pada 622M, Baginda membina Masjid Quba dan Masjid Nabawi. Masjid tersebut menjadi sekolah pertama dalam sejarah pendidikan Islam. Struktur pengajiannya lebih berbentuk ttidak formal. Struktur pengajian lebih sistematik dan formal dapat dibentuk apabila sebuah serambi (al-suffah) didirikan bersambungan dengan masjid. Al-Quran menjadi kitab pertama dalam sejarah pendidikan Islam. Mata pelajaran lain yang diajar kemudiannya  seperti seni khat, sejarah, menunggang kuda, memanah dan bahasa asing.
2.        Nabi Muhammad s.a.w memerintahkan setiap mukmin yang pandai  membaca dan menulis agar mengajar orang yang tidak mengetahuinya. Baginda juga memilih pendakwah daripada kalangan yang pandai membaca dan menulis sahaja untuk di hantar ke daerah baru memeluk Islam. Contohnya, apabila Kota Makkah di tawan, Baginda menghantar Muaz bin Jabal untuk mengajar orang yang baru memeluk Islam di Yaman.
3.        Dalam usaha memperkuatkan penyatuan ummah dan mengikis sisa-sisa permusuhan, konsep pendidikan di Madinah menumpukan kepada aspek:


Konsep Ibadat
Umat Islam diwajibkan mendirikan solat Jumaat, disunatkan solat Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Haji. Umat Islam juga perlu menjaga waktu solat. Pendidikan berpuasa dimulakan pada Ramadhan 2 hijrah. Ibadat Haji, kewajiban zakat, hukum perkahwinan, kegiatan ekonomi dan pemerintah  bermula pada 6 Hijrah, 

Pendidikan Akhlak
Lanjutan daripada pendidikan di Makkah lagi. Hanya zaman Madinah  diperincikan lagi. Antara yang diajar pada zaman Madinah ialah seperti adab masuk ke rumah jiran, adab berjiran dan adab bergaul dengan masyarakat. Cara Nabi Muhammad s.a.w mengajar pendidikan akhlak dengan membaca kisah-kisah daripada al-Quran dan kisah-kisah umat zaman dahulu supaya diambil pengajaran daripada sesuatu kisah. Baginda juga menunjukkan contoh teladan yang baik.

4.      Pendidikan Membaca  dan Menulis

i.       Di Madinah, mereka yang pandai membaca dan menulis dikehendaki menulis al Quran yang diwahyukan. Mereka di minta mengajar umat Islam yang tidak tahu membaca dan menulis. Tawanan perang Badar di minta menebus dirinya dengan mengajar menulis dan membaca kepada 10 orang kanak-kanak yang tinggal di Madinah. Umat Islam juga digalakkan mempelajari bahasa asing.

ii.      Pendidikan untuk kaum wanita juga tidak di abaikan. Nabi Muhammad mengambil satu hari khusus untuk menyampaikan ilmu kepada kaum wanita. Mereka diajar hal-hal keagamaan dan keduniaan

Kesimpulan  [2Markah]

Sistem pendidikan zaman Nabi Muhammad s.a.w merupakan sistem pendidikan paling sempurna. Sistem pendidikan ini boleh menjadi model dan ikut hingga ke akhir zaman. Pendidikan bersumberkan al-Quran dan Hadis dapat melahirkan insan yang mampu mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat. Umat Islam pada zaman Baginda sudah terbukti kehebatan mereka dalam semua aspek kehidupan hasil pendidikan yang diterima daripada Baginda.
Soalan 14
Ibn Khaldun dan Ibn Taymiyah merupakan intelektual Islam yang terkemuka dan
terkenal.Huraikan sumbangan dan peranan tokoh-tokoh tersebut.
Pendahuluan ( 3 M )
Perkembangan Intelektual Islam serentak dengan Islam dibawa oleh Nabi Muhammad (saw).
Kelahiran Intelektual Islam tidak berlaku Zaman Nabi Muhammad (saw) dan Khulafa al-Rasyidin
kerana sibuk dengan perkembangan Islam.Kelahiran dengan jelas zaman Bani Abbasiyah yang
berpusat di Baghdad. Sumbangan dan peranan intelektual Islam dijadikan asas dan panduan
kepada perkembangan intelektual berikutnya. Contohnya Ibn Khaldun 1321-1406 M ( 732-808 H )
dan Ibn Taymiyah 1263 – 1328 M ( 661 – 728 H )
Isi-isi Penting
A. Sumbangan dan Peranan Ibn Khaldun ( 10 Markah )
1. Nama Abu al-Rahman bin Muhammad bin Khaldun ai-Hadrami dilahir di Tunis pada 1321
M ( 732 H ). Berasal dari Hadramaut pindah ke Seville ( Sepanyol ) dan menetap di
Tunis. P.K.Hitti ( ( History of Arabs ) - sarjana Islam yang terkenal dalam
sejarah,sosiologi,politik,falsafah dan agama dan pernah dilantik sebagai Ahli Persuratan
Istana Fas. Perdana menteri di Bouqie,kadi dan khatib serta hakim mahkamah tinggi
Mesir.
2. Tonybee ( A Study of History ) – tokoh dan ahli fikir yang tiada bandingan dan
menghasilkan falsafah sejarah yang memberi sumbangan besar kepada dunia.
R.Nicholson ( Literary History of The Arabs) tiada seorang muslimin yang cuba
mengesan secara mendalam akan sebab-sebab peristiwa yang berlaku bagi mendedah
kuasa-kuasa moral dan spirtual yang mendasari pembukaannya atau untuk
mentakdiskan undang-undang mengenai jatuh bangun sesuatu bangsa.
3. Muqaddimah, al-’Ibar wa Diwan al-Mutabtaada’wa al-Khabar fi Ayyam al-’Rabwa al-Ajam
wa al-barbar antara karya Ibn Khaldun. B.Lewis ( Origins of Islamilism ) – Ensoklopedia
sintesis mengenai metodologi sains kebudayaan yang penting dan membantu ahli
sejarah menghasilkan kajian yang benar dan ilmiah.Karyanya menjadi bahan kajian
kerana pendekatan yang rasional, kaedah dan perbahasan yang analitikal dan terperinci.
Ibn Khaldun menggunakan kaedah penyelidikan yang mirip kepada kaedah
sosiologi.pada dasarnya manusia menentukan sejarahnya kecuali apabila manusia
melanggar hukum Tuhan.
B. Peranan dan Sumbangan Ibn Taymiyah ( 10 Markah )
1. Nama Taqi al-Din bin Taymiyah dilahirkan di Harran.Syria pada 263 M ( 661 H).
Mendapat didikan keagamaan dari bapanya dan menyambungkan pelajaran ke
Damsyik.Ibn Taymiyah penghafal Al-Quran. Al-Dhahbi dan Ibn Wardi menyatakan Ibn
Taymiyah telah mempelajari pelbagai ilmu. Sarjana Islam yang terkenal dalam ilmu
tafsir,hadis,tauhid,fikah,usul fiqh,tarikh,ilmu kalam,nahu saraf,balaghah,matematik,logik,
falsafah dan seni khat.
2. Peranan dan sumbangan menghasilkan tulisan melebihi 300 buah buku.al-Dhahabi dan
Ibn Wardi menyatakan tulisannya melebihi 500 buah buku.P.K.Hitti ( History of Arabs )
- adalah bapa reformasi Islam dengan melakukan reformasi tentang akidah dan
membenteraskan unsur-unsur syirik dan bidaah.Contohnya melakukan tajdid akidah
tauhid dan membenteras akidah syirik dan budaya bertentangan dengan konsep
Islam,mengkritik falsafah,mantik dan psikologi Yunani,membalas hujah-hujah puak
penyeleweng Islam, mengkritik Syiah dan memperbaharui ilmu syariat.
3. Idea dan pemikirannya telah mempengaruhi reformis lain seperti Ibn Qayyim,
Muhammad Abdul Wahab,Muhammad Rashid Ridha, Muhammad Abdu,Hassan al-Bana
dan Tokoh-tokoh reformis lain seperti di Tanah Melayu,Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh
Tahir Jalaluddin. Peniup jihad kepada umat Islam Syam menentang
penjajahan.Contohnya pada tahun 1301 M ( 699H ) dan 1302 M ( 700 H ) menentang
penjajah Monggol.
Kesimpulan ( 2 Markah )
-Walaupun Ibn Khaldun dan Ibn Taymiyah berlainan konsep dan pembawaan dalam perkembangan
ilmu pengetahuan dan intelektual Islam, mereka adalah sarjana Islam yang memainkan peranan
penting.Peranan-peranan dan sumbangan-sumbangan mereka dijadikan asas dan panduan serta
susun galur kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan intelektual Islam.
- ( Apa-apa sahaja yang berkaitan dan mempunyai hubung kait dengan persoalan dalam soalan ).

SOALAN 15.

PENGENALAN [3 markah]
1. Latar belakang Al Istakahri.
Nama sebenarnya ialah Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad al Farisi al Karhki.
Beliau hidup pada pertengahan awal abad ke 4H/ 10M
Beliau berasal dari Istakr (Iran)
Pernah membuat pertemuan di Sind (India).
Beliau memberi sumbangan yang begitu besar dalam bidang geografi dan pelayaran

2. Latar belakang Laksamana Cheng Ho

• Laksamana Cheng Ho (Zeng He/ Sam Poo) telah dilahirkan di Daerah Kun Yang, Provinsi Yunnan, China pada 1371M ( tahun Hong Wu ke-4).
• Cheng Ho adalah seorang Islam yang berkhidmat dengan Maharaja China ketika zaman Dinasti Ming.
• Merupakan seorang ahli pelayaran harapan kepada Maharaja Yung Lo.
• Kawasan pertama yang dikunjungi oleh Cheng Ho ialah Kepulauan Melayu pada tahun 1405M setelah diarahkan oleh Maharaja Yung Lo.
• Laksamana Cheng Ho telah meninggal dunia di Calicut, India pada tahun 1433 M pada usia 63 tahun.

ISI : Sumbangan dan Pencapaian Al Istakahri [ 5 isi X 2 markah=10 markah]
1. Menghasilkan karya
• Beliau telah menghasilkan sebuah kitab yang terkenal iaitu kitab Masalik wa al-Mamalik. Hasil kerja lain seperti “Risalat” yang cuba menghuraikan tentang negara Parsi.

2. Melukis semula peta
• Beliau telah melukis semula atlas Islam yang dicipta oleh al-Balkhi. Peta yang dihasilkan mempunyai keterangan yang lengkap. Ini menunjukkan beliau telah menjumpai kaedah saintifik dalam pengkajiannya. Peta-peta yang dihasilkan oleh beliau ialah peta Mesir, Laut Mediterranean, Parsi, Maghribi, dan Adherbayjan.
• Peta-peta yang dihasilkan beliau telah mendapat beberapa ulasan, sedikit komen dan pujian oleh Ibn Hawqal.
3. Menghasilkan peta-peta pelayaran
• Beliau merupakan seorang tokoh pelayaran Islam yang terkenal dengan peta-peta pelayarannya walaupun peta-peta tersebut amat susah untuk dibuat semula kerana mengelirukan
4. Lawatan
• Sebagai tokoh pelayaran Islam beliau telah banyak membuat lawatan ke merata tempat.
• Tempat-tempat yang dilawati seperti Makkah, Iraq, Khuzistan, Daylam dan Transoxiana.

5. Dorongan Kepada Pelayar Lain.
• Beliau juga pernah melawat Sepanyol, dan Sicily dan pernah berkata yang bermaksud“Tidak ada laut yang lebih indah daripada laut Mediterranean di mana terdapat kawasan yang diduduki di kedua-dua belah pantai…”
• Penerangan itu telah menarik ahli pelayaran Arab lain belayar ke wilayah lain di mana akhirnya mereka pergi ke Barat dan Selatan Afrika setelah sampai ke Sepanyol dan Tanja.
• Pelayar Arab tersebut juga telah sampai ke Itali dan Perancis.

Sumbangan Laksamana Cheng Ho : (5 isi X 2 m= 10 M)
1. Laksamana Cheng Ho telah mengetuai 7 ekspedisi secara besar-besaran meliputi kawasan Kepulauan Melayu, dan merentasi Lautan Hindi ke India, Sri Langka hingga ke Teluk Parsi, Aden dan pantai Timur Afrika.
• Cheng Ho telah mengetuai ekspedisi pelayaran secara besar-besaran selama 28 tahun.

2. Pada tahun 1414M, Laksamana Cheng Ho telah berjaya melakukan ekspedisi pelayaran yang terbesar dalam sejarah pada ketika itu menuju ke Asia Tenggara.
• Pelayaran tersebut membabitkan 63 buah kapal perdagangan yang bersaiz besar (440 kaki panjang dan 180 kaki lebar), bersaiz sederhana ( 370 kaki panjang dan 150 kaki lebar) dan lebih kira-kira 100 buah kapal yang bersaiz kecil.
• Setiap kapal dianggarkan membawa muatan lebih kurang 1500 tan dengan membabitkan 27 876 orang termasuk pedagang, pelaut dan askar.

3. Cheng Ho seterusnya berjaya merancang ekspedisi pelayaran terutama ke sebelah Barat.
• Ekspedisi ini merentasi beberapa jalan laut dan beberapa kawasan iaitu merentasi Laut China Selatan, Lautan Hindi dan menemui beberapa kawasan iaitu Kepulauan Melayu, India, Sri Lanka, Teluk Parsi, Aden dan Pantai Timur Afrika.

4. Laksamana Cheng Ho juga berjaya menerokai kawasan-kawasan baru dengan mewujudkan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan Asia seperti Sumatera, Jawa, dan Melaka.
• Cheng Ho telah membawa bersama-sama barangan dari China seperti tembikar dan sutera untuk dijual dan membeli barangan seperti gading gajah, tanduk badak dari pedagang-pedagang Arab.

5. Laksamana Cheng Ho turut melakukan pelayaran untuk mengiringi utusan daripada Maharaja China untuk negara-negara yang dilawati. Contoh menyampaikan hadiah berupa cap mohor, persalinan, payung kuning dan kain sutera kepada sultan Melaka iaitu Parameswara.
• Cheng Ho juga turut mengiringi utusan asing untuk kembali semula ke negara asal, seperti utusan dari benua Afrika

6. Laksamana Cheng Ho berjaya menonjolkan kuasa dan pengaruh China ke seluruh pelusuk dunia melalui ekspedisi pelayarannya.
• Cheng Ho berjaya mengasaskan koloni wilayah naugan seperti Melaka, serta berjaya mengumpulkan maklumat tentang wilayah asing melalui pelayarannya.

KESIMPULAN [2 markah]
1. Hasil daripada usaha al-Istakhri telah melahirkan kaedah yang saintifik dalam bidang geografi.
2. Beliau banyak memberi sumbangan dalam memajukan ilmu geografi, malah lebih baik jika dibandingkan dengan al-Balkhi.
3. Sumbangan Laksamana Cheng Ho memperkukuh lagi Dinasti Ming di China.
4. Laksamana Cheng Ho juga telah menjadikan China sebagai kuasa kelautan yang unggul pada abad ke- 15 M.


SOALAN 16

A. Pendahuluan [ 3M ]

1.        Kesenian berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud ’kemahiran, cara atau kaedah’ (skill, way or method).  Namun secara lahiriah, manusia dikatakan mempunyai kebolehan tersendiri dalam menghasilkan segala bentuk hasil tangan mereka.

2.        Mengikut Herbert Read, dalam bukunya The Meaning of Art, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan.  Nilai-nilai indah, tidak cantik adalah bidang yang yang termasuk dalam seni dan nilai keindahan dalam kehidupan manusia yang kadang-kadang lebih berpengaruh dalam bidang logic.

3.        Menurut Drs Sidi Gazalba menerusi buku Pandangan Islam tentang Kesenian menjelaskan bahawa seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok manusia mempunyai fitrah semulajadi dan cinta akan kesenian yang boleh memberi ketenangan kepada hati dan fikiran.  Oleh itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta akan sesuatu yang dapat memberi kepuasan hati melalui pancaindera rasa.

4.        Kesenian meliputi bidang-bidang seni seperti kesusasteraan, seni musik, seni bina, seni ukir, kaligrafi, seni lukis dan teater.

B. Isi-isi penting [ 4 isi X 5 = 20 ]

Perbezaan
1.            Aspek moral dan akhlak

Islam mengkehendaki setiap seni yang diciptakan itu mempunyai nilai-nilai mulia dan  akhlak yang boleh membentuk keperibadian positif manusia.  Karya seni Islam dikehendaki memiliki nilai-nilai murni yang melambangkan akhlak atau berbentuk neutral iaitu bebas daripada nilai-nilai negatif.  Ini bermakna agama membentuk akhlak dan akhlak membentuk seni.
Manakala Barat mementingkan aspek keindahan tanpa menekankan aspek moral dan akhlak.

2.            Kepelbagaian dalam kesatuan

Kesenian Islam memberi sumbangan kepada kesatuan hidup seseorang umat Islam.  Kesatuan ini berbentuk dalam bidang pekerjaan, ketika berehat atau ketika tidur.  Dalam al-Quran, setiap perkataan merupakan satu unit yang penting bagi mendukung susunan dan makna ayat.  Ini sama halnya dengan seseorang individu Islam yang menjadi satu unit dalam kesatuan umat. Walaupun bentuk hasil seni Islam berbeza-beza kerana perbezaan latar belakang sejarah dan budaya, tetapi masih memperlihatkan kesatuan yang melambangkan unsur-unsur akidah dan tauhid.

Manakala tamadun Barat tidak mengambilkira kesatuan dalam penghasilan kesenian mereka.  Tamadun Barat tidak mempunyai sesuatu idenditi yang mengikat dan menyatukan mereka seperti yang terdapat dalam Tamadun Islam yang menjadikan tulisan Arab sebagai pengikat dalam menyatukan umat Islam.



3.            Konsep kesenian

Mengikut perspektif Islam, konsep kesenian adalah untuk membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah S.W.T.  Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Seni juga merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari dari batas-batas syariat.

Manakala konsep kesenian menurut tamadun Barat, hanya menekankan nilai-nilai estetika yang tinggi yang mampu memberi kepuasan, kegembiraan dan keselesaan kepada naluri manusia sahaja.
             
Persamaan

  1. Kedua-dua Tamadun melihat kesenian sebagai sesuatu yang indah, cantik, elok dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi.  Kedua-duanya mementingkan ciri kesenian yang boleh dirasai melalui penghayatan dan timbul hasil daripada fitrah manusia yng sukakan keindahan.

C.Kesimpulan [ 2M ]

1.        Kesenian Islam dicipta untuk tujuan pengabdian diri kepada Allah S.W.T dan mencari keredhaanNya, manakala kesenian barat adalah untuk tujuan keindahan dan kepuasan diri semata-mata.  Ini bermakna, melalui kesenian Islam dapat membentuk individu yang bermoral dan seimbang daripada segi jasmani dan rohani.