PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Blog akademik mata pelajaran sejarah untuk membantu para pelajar tingkatan 6 terutamanya pelajar SMK KUBONG LIMBANG, di samping dapat memberi maklumat-maklumat yang berkaitan mata pelajaran sejarah yang terkini berdasarkan sukatan pelajaran yang baharu iaitu SISTEM MODULAR yang mula dilaksanakan pada tahun 2012.Bahan dan nota yang ada adalah dalam bentuk yang ringkas dan mudah.Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru sejarah yang sedia berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan.















Tuesday, September 21, 2010

TEMA 4 Tamadun Dunia

Pengenalan
-Ekonomi bersal daripada istilah Greek,Oikos dan Oikonomia bermaksud self-provisioning extended household
-ekonomi dirumuskan sebagai ilmu yg mengkaji tentang pengeluaran,pengagihan,pertukaran dan penggunaan barangan yang bersifat kekurangan dan beraneka jenis.
-ekonomi juga melibatkan aktiviti bagaimana pemerolehan , penggunaan dan penggurusan sumber.

1.Konsep dan sistem ekonomi Tamadun Mesopotamia.
-ekonomi pertanian dan perdagangan
-bersumberkan pertanian
-menghasilkan hasil bijiran dan buah-buahan yang berlebihan.
-tanah dimiliki oleh Raja,paderi dan pegawai2 tentera
-rakyat sebagai penyewa atau serf bekerja di ladang
-sumber ekonomi kedua ialah perdagangan.Barangan yang diperdagangkan ialah bulu dan kulit binatang.
-sistem barter diamalkan
-hubungan antara pedang dgn raja dan pegawai adalah rapat terutamanya pada zaman Babylon lama.

2.Konsep dan sistem ekonomi Tamadun Mesir
-kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan.
- Mesir terkenal dengan kegiatan pertanian kerana Lembah Sungai Nil memberikan tanah yang subur dan sesuai, tidak ternilai memandangkan kawasan sekitarnya yang lain merupakan kawasan padang pasir yang tidak memberikan apa-apa hasil.
-Pada mulanya penduduk tamadun Sungai nil ini mengusahakan rami, gandum, barli, fleks, sayur-sayuran, kacang, lobak, kurma, menanam pokok pyprus (untuk membuat bot, tali dan sender), ternakan kambing, biri-biri dan lembu hanya untuk sara diri.
-Lama kelamaan kegiatan ini bertukar menjadi komersil apabila hasil bertambah hingga melebihi keperluan diri dan keluarga.
-Ini berlaku apabila mereka mula menggunakan teknologi dalam bidang ekonomi ini. Bagi menambahkan hasil, bajak,dan syaduf (alat mengangkut air dari Sungai Nil) digunakan.
-Terusan bagi mengairi tanaman juga dibina.
-Perusahaan utama yang dijalankan ialah pembinaan kapal, menguari, membuat bir dari barli dan wain dari anggur, membuat tembikar, gelas dan membuat kain dari rami.
-Perlombongan tembaga juga diusahakan. Pada mulanya perniagaan dijalankan melalui sistem barter, kemudian berkembang kepada perdagangan hingga ke peringkat antara bangsa menggunakan jalan darat dan jalan laut.
-Mesir telah mengeksport gandum, kain linen, tembikar, barang-barang kemas dan mengimport kayu perabut (kayu gergaji), emas, perak,dan gading.
-Urusan perdagangan dijalankan dengan Babylonia,Syam, Crete (Yunani), Afrika, Asia dan Rom.

3.Konsep dan sistem ekonomi Tamadun China
-matlamat utama ekonomi tamadun China ialah memenuhi keperluan asas hidup iaitu makanan,tempat tinggal dan pakaian
-aktiviti utama ekonomi org Cina adalah pertanian
-pada zaman Dinasti Shang (1500-1100SM),  tanaman jelai dan gandum merupakan bijirin utama di tanam di negara China.
- Petani juga memelihara lembu, kerbau, kuda, dan kambing. Kemajuan dalam bidang ekonomi di negara China dapat dikesan semasa dinasti Chou dan Han.
-Tamadun awal China di Lembah Sungai Hwang Ho menampakkan kegiatan pertanian yang pesat. Di situ ditanam dengan sekoi, barli, padi dan gandum.
-Pada zaman Dinasti Chou, terdapat sistem pengairan dan latan pertanian yang diperbuat daripada besi. -Mereka juga mengusahakan penternakan seperti lembu, Khinzir, kambing dan ulat sutera.
-Pada mulanya kegiatan ekonomi itu dilakukan sebagai sara diri tapi kemudian menjadi komersil apabila industri tenunan telah wujud. 
-tekstail dan bulu juga telah diusahakan secara komersil.
-Pada zaman Dinasti Chin, sistem timbang dan sukat mula digunakan.
-Kemajuan dalam sistem pengairan dan penggunaan baja telah menambahkan pengeluaran bijirin seperti beras, gandum, barli dan sekoi.
-Maharaja Han Wu Ti dari Dinasti Han telah membina tempat menyimpan padi, membuat terusan (yang menghubungkan Sungai Yangtze dengan Sungai Barat), parit dan tambak bagi mengawal banjir.
-Dinasti Han juga telah membuat dasar memindahkan penduduk untuk membangunkan kawasan yang kurang subur di wilayah-wilayah utara dan sempadan Mongolia.
-Pada tahun 198SM seramai 100,000 orang terlibat dalam pemindahan ini.
-Perusahaan yang dijalankan ialah membuat tembikar, barangan ukiran daripada kayu, gangsa dan jed serta menenun tekstil dan bulu. 
-Pada zaman Dinasti Han, China menjalin hubungan perdagangan dengan India, Mesir, Mesopotamia dan Rom.
-China mengeksport sutera, tembikar, barang-barang ukiran daripada kayu, gangsa , kulit binatang, kertas dan jed.
-Barang-barang buatan tangan China mendapat permintaan yang menggalakkan dari luar negeri. Sutera dieksport ke Rom dengan jumlah yang banyak.
-Selain dari Rom, sutera China juga dieksport ke Asia Tengah, Siberia dan Timur Tengah.
-Barang-barang importnya pula ialah gading dan kuda baka baik (dari negara-negara tropika), kaca, kain bulu dan linen (dari Asia Barat), alfalfa dan anggur (dari Asia Tengah), mutiara dan karang-karangan (dari Laut Merah).
-China lebih banyak mengeksport dari mengimport, ini menyebabkan China bertambah kaya.

4.Konsep dan sistem ekonomi Tamadun India
-Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan.
-Pada zaman tamadun awal di Lembah Indus, tanaman kapas diusahakan.
-Kemudian muncul perusahan memintal kapas.
-Di kawasan Harappa penduduk telah menanam barli, kacang, gandum dan kapas.
-aktiviti yang lain ialah menternak ayam, kambing, kerbau, unta, gajah , anjing dan khinzir.
-Roda digunakan sebagai kincir air untuk mengangkut air dari sungai.
-Empayar Maurya di bawah Chandragupta Maurya telah membenarkan petani-petani menggunakan tanah milik kerajaan untuk kegiatan pertanian dan 1/3 daripada hasil perkapita mestilah diserahkan kepada kerajaan.
pemerintah juga membina sistem pengairan untuk meningkatkan lagi pengeluaran hasil pertanian.
-Semasa pemerintahan Asoka, sistem ekonomi diperkemaskan lagi dengan menyuruh golongan Sudra membersihkan tanah baru untuk dijadikan kawasan pertanian. 
-Perusahaan utamanya ialah menenum kain kapas, pertukangan gangsa, tembaga, emas, perak dan tembikar .
-Di peringkat antara bangsa, India telah membuat hubungan perdagangan dengan Mesopotamia, Parsi, Saurashtra, Rajasthan, Afghanistan, Tibet,dan Asia Tengah. India telah mengimport kulit siput (dari Saurashtra dan Deccan), gangsa (dari Parsi), perak , firus, dan lapis lazuli (dari Parsi dan Afghanistan) dan batu jed (dari Tibet dan Asia Tengah).
-Kain tenun merupakan eksport utama tamadun ini di samping alat-alatan daripada gangsa, emas, tembaga, perak dantanah liat.
-Pada zaman Maurya, perdagangan peringkat antara bangsawan bertambah aktif.
-Perdagangan melibatkan negara-negara Greek, Ceylon, Timur Tengah, China dan Asia Tenggara. -Perdagangan dengan Asia Barat ialah melalui laut.
-Perlombongan turut diusahakan seperti emas, perak dan tembaga.
-Di laut mereka mengusahakan kutipan mutiara, berlian dan garam.
-Orang India Selatan merupakan peniaga yang giat menjalankan perniagaan dengan dunia luar.

Konsep dan sistem ekonomiTamadun Arab
-Di Tanah Arab, pertanian dan perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang utama. 
-Pada zaman sebelum kedatangan Islam lagi, Yaman telah muncul sebagai sebuah negara yang maju dalam pertanian.
-Tanahnya yang subur ditambah lagi dengan pembinaan Empangan Maarib menjadikan Yaman sebagai pengusaha pertanian yang maju sekali.
-Berbagai jenis buah-buahan ditanam.
-Yaman juga ada mengusahakan bidang pertukangan. Yaman telah mengeksport bulu biri-biri, kulit binatang, patung-patung berhala dan buah tamar melalui pelabuhan-pelabuhan Adanah dan Aden ( di Yaman), Ubullah dan Siraf ( di Teluk Parsi) dan Syuaibah (di Laut Merah).
-Barang-barang importnya terdiri daripada batu permata, garam, emas, sutera ( dari Teluk Parsi) dan rempah (dari Habsyah).
-Selain dari Yaman, perniagaan juga wujud di Hirah dan Mekah ( Mekah terkenal dengan pasar-pasar Zul Majaz, Ukaz dan al-Majannah). 
-pada peringkat awal, ekonomi tanah Arab dipegang oleh orang Yaman.
-Mereka memasarkan hasil-hasil dari Hadhramaut, Zofar, India dan membawanya ke Syam dan Mesir. 
-mulai abad ke-6 M, kedudukan mereka diambilalih oleh orang-orang Hijaz yang menjadikan Mekah sebagai pusat perdagangan yang baru kerana Yaman masa itu telah dijajah oleh Habsyah/Rom dan kemudiannya oleh Parsi menyebabkan perdagangan di laut dikuasai oleh mereka manakala perdagangan di darat berpindah ke tangan orang-orang Mekah.
-Pedagang-pedagang Hijaz itu menbeli barang-barang dari Yaman dan Habsyah, kemudian dijual di pasar-pasar Syam dan Mesir.
-Walau bagaimanapun, Mekah juga mempunyai barang-barang dagangannya sendiri seperti berhala yang dijual pada musim haji.
-Pada musim panas mereka berdagang ke utara seperti ke Syam, manakala pada musim sejuk mereka berdagang ke selatan iaitu ke Yaman.
-Perdagangan melalui laut telah membawa orang Arab sampai ke India dan China.
-Kerajaan-kerajaan Saba’ dan Himyar di Yaman mempunyai armada yang besar untuk membawa barang-barang perniagaan dari India, China, Somali dan Sumatera ke pelabuhan-pelabuhan Yaman.
-Perniagaan di tempat-tempat tersebut dimonopoli oleh mereka. Barang-barang dagangan yang dibawa balik dengan kapal telah dikumpulkan di Yaman, dibawa ke Hijaz dan ke Syam untuk dipasarkan ke Eropah menggunakan jalan darat .
-Kebijaksanaan orang Yaman berniaga atau menyimpan rahsia perniagaan terbukti dengan sangkaan orang Barat bahawa barang-barang yang didagangkan itu datangnya dari Yaman sendiri.
-Golongan Badawi yang mendiami kawasan padang pasir (kawasan pedalaman) bergantung hidup kepada hasil ternakan seperti unta, kambing, biri-biri, keldai dan kuda.
- Bagi yang tinggal berhampiran dengan kawasan subur (wadi) mereka menanam kurma, jagung, delima, zaitun, gandum dan sayur-sayuran.
-Mereka mengamalkan sistem barter dalam urusan perdagangan.
-Bagi mendapatkan pakaian dan makanan, mereka menukarkannya dengan binatang ternakan mereka.
-Dalam keadaan-keadaan tertentu, mereka merompak barang orang lain untuk memenuhi keperluan mereka. 

Konsep dan sistem ekonomi Tamadun Greek
-terletak di kawasan Laut Mediterranean dengan muka bumi yang bergunung ganang.
-sebahagian kecil sahaja dari kawasannya boleh diusahakan pertanian.
-di dataran-dataran yang sempit mereka mengusahakan tanaman jagung, anggur dan zaitun.
-di lereng-lereng gunung mereka menternak kambing dan biri-biri.
-menjelang abad ke-4, Greek terpaksa mengimport 75 peratus daripada gandum yang digunakannya. -gandum dan ternakan datangnya dari Thrace dan kawasan Laut Hitam.
-Greek mengimport ikan, daging bergaram,buah-buahan, arak , bahan galian, kain bulu, pakal yang dibuat daripada damar untuk menutup celah-celah papan dan fleks. Dari timur dibawa bahan-bahan mewah dan hamba.
-Greek  mengeksport minyak zaitun, perak, batu marmar, bahan buatan dan lukisan.
-dengan keadaan muka bumi yang menyempitkan peluang pertanian, orang Greek beralih kepada laut menjadi pedagang.
-keadaan berbeza dengan di Sparta yg mana orang Sparta tidak digalakkan berdagang walaupun buminya subur dan mempunyai hasil galian bijih besi kerana mereka lebih condong untuk melatih warganya dalam bidang ketenteraan.

Konsep dan sistem ekonomi Tamadun Rom
-Rom mengusahakan bidang pertanian dan perdagangan.
-dalam bidang pertanian, iklimnya membolehkan negara ini mengusahakan tanaman gandum,. anggur dan zaitun.
- saliran air dan empangan telah dibina.
-penternakan biri-biri dan kambing juga dibuat.
-dari segi perdagangan, Rom merupakan pusat perdagangan yang penting dan maju terutama ketika di bawah pemerintahan Maharaja Augustus.
-Rom menjadi pusat perdagangan antarabangsa yang sibuk, mengimport sutera dan lada putih dari China, mutiara, kosmetik, minyak wangi, batu permata, kulit penyu, rempah ratus, pokok jati, ebony, lada hitam, sutera China dan tekstil dari India .
-dari Timur Afrika dibawa gading, emas, bulu binatang, batu ambar, lilin dan hamba pula dibawa dari Rusia dan Jerman.
-dari Britain dibawa timah hitam, besi, tiram dan anjing perburuan.
-gelas yang tebaik dibawa dari Mesir atau sidon di Phoenicia.
-dari Sepanyolmkapal-kapalnya membawa logam, emas, perak, bahan pencelop, linen dan minyak zaitun.
-Afrika Utara menghantar hamba, serbuk emas, batu marmar Afrika, gading dan binatang liar untuk pertunjukan.
-Asia Kecil dan Syria membekalkan kain bulu, fabrik, permaidani, kain bertekat, barang-barang kulit dan keluli.
-industri dijalankan oleh beberapa orang artisan tempatan yang memiliki kedai-kedai sendiri.
-Rom telah mengeksport wain, gelas, emas dan kain linen .

Konsep dan sistem ekonomi Tamadun Barat
-Di Eropah, pada zaman Pertengahan Awal atau Zaman Gelap (500-1050M) perkembangan ekonominya merosot  tapi mulai pulih pada penghujung zaman Pertengahan (1050-1300M).
-ketika itu orang gasar telah membuka kawasan baru untuk petempatan dan pertanian dan berlaku perubahan dalam bidang ekonomi dengan bertambahnya penduduk, bandar-bandar baru berkembang, perdagangan maju dan wang digunakan dengan meluas menggantikan sistem barter.
-pertanian dan ternakan yang diusahakan secara sara diri telah berkembang secara komersial.
-Kehadiran kuasa Islam di Afrika Utara pula telah meningkatkan perdagangan antara bangsa.
-perang Salib yang berlaku di Timur Tengah selama 200 tahun telah membuatkan masyarakat Eropah bersatu.
-keadaan ini telah mengukuhkan kedudukan raja dan raja telah memerosotkan kedudukan golongan bangsawan dan gereja Feudalisme sebenarnya telah berkembang secara beransur-ansur pada tahun 900-1300M di Eropah.
-pada zaman Pertengahan Lewat ekonomi Eropah merosot kembali.
-ketika Eropah mengalami zaman Renaisssance/Zaman Pemulihan (revolusi intelektual berasaskan pemulihan ilmu pengetahuan tamadun purba Yunani dan Rom antara tahun 1350-1550M),perdagangan telah wujud antara Itali Utara dengan pedagang Islam di Iskandariah dan Baghdad
-selepas gerakan Renaissance, sistem ekonomi kapitalis semakin penting.
-akibat dari gerakan Reformation ( gerakan pembaharuan agama yang berlangsung antara tahun 1517 hingga pertengahan kedua kurun ke-16) yang melanda Eropah , golongan menengah memperolehi banyak harta rampasan tanah gereja.
-golongan pedagang yang sebelum itu tertekan dengan undang-undang gereja ( gereja melarang pinjaman wang berdasarkan faedah) kini telah berupaya bergiat dalam perdagangan apabila amalan riba dibenarkan.
-apabila pedagang bertambah kaya, muncullah golongan kapitalis ( golongan yang ada modal untuk dilaburkan).
-mereka terdiri daripada pemilik kilang, tanah dan lombong yg ingin mendapat keuntungan dari pelaburan mereka di kawasan-kawasan baru dan menaja beberapa ekspedisi untuk menjelajah di kawasan luar Eropah.
-dengan penubuhan negara-negara bangsa, raja-raja negara bangsa telah mengamalkan suatu dasar ekonomi baru yang dikenali sebagai Mercantilisme (sistem yang mementingkan kekayaan dan dalam usaha itu ia membawa kepada penguasaan koloni, pembebasan individu daripada kongkongan abstemiouness (kesederhanaan) dan ‘accesticm’ yang mendominasi pemikiran zaman pertengahan).
-pada awal zaman Pertengahan (500-1000M) adalah menjadi satu kesalahan mengumpul kekayaan.
-dalam ekonomi bari ini, pengumpulan wang tidak dapat dielakkan.
-perkembangan ini adalah sesuatu yang baru berbanding dengan zaman Pertengahan yang menyeru kepada kesederhanaan.
-pemikiran St.Augustine melalui ‘City of God’ mendominasi fikiran masyarakat Eropah untuk satu jangka masa yang lama. Sebaliknya zaman Renaissance telah menyemai ciri-ciri individualisme, humanisme, kritikal yang menghalalkan pengumpulan kekayaan.
-raja-raja negara bangsa mula menjadi pelopor perkembangan kapitalisme untuk mengukuhkan kedudukan mereka. 
-setiap negara bangsa mula berlumba-lumba untuk mengumpul kekayaan dan kekuatan sesebuah negara ditentukan oleh jumlah emas dan perak yang dikuasai.
-pemimpin negara pada zaman ini mempercayai yang kekayaan dapat menjamin politik.
-untuk tujuan tersebut, pelayaran-pelayaran ke seberang laut digalakkan oleh raja-raja negara bangsa.
-permulaan pelayaran-pelayaran ini telah membawa kepada sejarah dunia Eropah.

 Konsep dan sistem Ekonomi:
1. sara diri
2.komersial
3.sistem barter
4.sistem mata wang
5.kapitalis
6.mercantalis

Wednesday, September 1, 2010

TEMA 4 Tamadun Islam

EKONOMI ISLAM

Pandangan Islam terhadap Ekonomi:
-ekonomi ialah suatu ilmu yg mengkaji kegiatan manusia yang selaras dgn tuntutan syariah Islam, sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber utk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapat keredaan Allah SWT.
-asas ekonomi ini bertaut kpd segi tiga:
1.Allah sbg Pencipta dan Penguasa ke atas semua makhluk termasuk sumber2 ekonomi
2.manusia sbg hamba orh yg menerima, menikmati dam mematuhi perintah
3.sumber alam dimanfaatkan sebaiknya mengikut hukum agama
-Menurut Surtahman Kastin Hassan ekonomi Islam ialah pengkajian kegiatan manusia yang selaras dgn kehendak syariat dlm memproleh, mengguna dan atau mengurus sumber2 alam utk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian utk keredaan Allah.
-Menurut Muhammad 'Abd al-Mannan - ekonomi Islam ialah sains sosial yg mengkaji masalah-masalah ekonomi satu gol masy yg berpegang kpd ajaran Islam.

Asas-asa Ekonomi Islam
- berasaskan kpd konsep:
1.konsep tauhid.(rububiyyah)-hubungan manusia dgn tuhan,manusia dgn manusia dan manusia dgn alam.
2.konsep ketuhanan (uluhiyyah)-berkait rapat dgn sifat Allah SWT sbg pencipta dan pembuat undang-undang atau peraturan utk memelihara manusia dan sumber
3.konsep kesucian jiwa (tazkiyah)-proses pembentukan sahsiah akahlak murni sbg hamba dan pensucian jiwa melalui byk cara cthnya zakat dan sedekah.

-secara ringkasnya ada enam perkara dalam sistem ekonomi Islam:
1.rububiyyah
2.uluhiyah
3.tazkiah
4.manusia sebagai khalifah di bumi Allah SWT.
5konsep persaudaraan dan pengorbanan(kerjasama)
6.konsep al-Falah(kejayaan dunia dan akhirat) sbg matlamat kegiatan ekonomi.

Prinsip Asas:
-terbahagi kpd tiga:
1.hak milik- hak milik khusus(individu) dan hak milik umum(ramai).
2.kebebasan terpimpin-ekonomi adalah bebas sungguh[pun begitu mestilah mengikut peraturan dan undang-undang Islam.Ada aktiviti ekonomi yg jelas dilarang oleh Islam.
3.kawalan daripada Pihak Berkuasa-utk keadilan bersama dlam ekonomi perlu ada kawalan daripada pihak berkuasa (harus pihak kerajaan campur tangan.Kawalan dari segi agihan pendapatan, mengawal pasaran dan sebagainya

 Zakat =zaka,=penambahan atau pensucian,

Sejarah- 3 peringkat-sblm islam,sblm hijrah dan selepas hijrah

Jenis2 zakat
1.Zakat Fitrah dan harta
2.Zakat ternakan dan pertanian
3.Zakat emas dan perak
4.Zakat wang simpanan
5.Zakat saham dan zakat pendapatan
6.Zakat perniagaan



Org yg berhak terima zakat:
 ;fakir,miskin,amil,mualaf,hamba yg ingin merdekakan diri,orang yng berhutang,org yg berjihad dan merantau.


Zakat pada zaman Bani Umaiyah- dibahagi kpd 5 iaitu:

1.zakat emas dan perak-2.5%
2..zakat binatang ternakan spt kambing,unta dan lembu. 40 kambing=1 kambing.5 unta=1 kambing/ 25 unta=1 anak unta betina umur setahun.
3.zakat barangan dagangan. 2.5 % menurut syarat yang dikenakan atas emas dan perak.
4.zakat galian dan harta tertanam. Jika dibumi perang zakatnya 1-5,tetapi di bumi aman 2.5%
5.zakat tanaman dan buah-buahan hujan-1/10 dan jika usaha sendiri 1/20.
Kerajaan menubuhkan Diwan al-Kharaj utk cukai dan perbelanjaan negara.



Zakat pada zaman Bani Abbasiyah-diberi tafsiran berbeza mengikut mazhab2 yg ada.

Cth mazhab-mazhab Shafie,Hanafi, hanbali dan Maliki.
Terbahagi kpd 2:
1.zakat fitrah
2.zakat harta benda.

-Zakat fitrah wajib untuk setiap individu islam-dibayar selepas bulan ramadan dan orang yang berhak menerima zakat fitrah ialah hamba dan org merdeka tidak kira jantina.
-zakat harta ialah zakat harta benda termasuk binatang ternakan,emas dan perak,pertanian dan perdagangan.

Syarat wajib zakat ialah beragama Islam,mengetahui hukum wajib zakat, dan tanah milik sendiri.

TEMA 3 Tamadun Islam

KETAHANAN DAN PERTAHANAN ISLAM

Ketahanan Islam:
-ketabahan,kecekalan dan kesabaran.
-melibatkan dua aspek iaitu ketahanan fizikal dan ketahann rohaniah.
-Keseimbangan kedua2 aspek ini akan menghadapi segala rintangan dan tentangan dgn tabah dan cekal.
-tiga asas ketahanan dalam Islam:
1.kekuatan dan ketahanan Islam terletak pada aqidah dan kepercayaan kpd Allah SWT
2.faktor lahiriah yg berbentuk fizikal,termasuklah persiapan alat senjata dan kelengkapan
3.bidang intelektual dan ilmu pengetahuan sbg pengukuh kpd ketahanan akhlak dan kekuatan tentera.

 Pertahanan Islam
-mempertahankan diri,masy,. agama dan negara drpd serangan musuh dan membela gol yang lemah atau teraniaya dan dizalimi.
-pertahanan Islam ialah membela dan mempertahankan semua org tanpa mengira bangsa dan agama.
-objektif utama peperangan dlm Islam adalah untuk menegakkan ajaran Allah SWT.
-boleh berperang setelah org Islam diancam dalam negeri sendiri.

Ketenteraan dan Peperangan Zaman Jahiliah.
-Dianggap profesion yang mulia
-Melibatkan semua anggota kabilah
-Harta rampasan perang akan diagihkan
-Perang berlaku disebabkan sikap taksub dan semangat assabiah

Peperangan dalam Islam
Matlamat dan tujuan:
-Memelihara kehormatan agama, bangsa, dan masyarakat
-Menegakkan ajaran Allah SWT
-Peperangan dalam Islam telah ditetapkan beberapa peraturan yang wajib dituruti

Peperangan dalam Zaman Nabi

1.Perang Badar (17 Ramadan 2H/624M)
- Perang pertama disertai nabi Muhammad SAW
- Punca – orang Musyrikin Makkah menghalau orang Islam dari Makkah
- Sebab peperangan:
1.dendam terhadap Nabi Muhammad SAW
2.kepentingan ekonomi  perdagangan.
-324 tentera Islam vs 1000 tentera bukan Islam
-tentera Islam telah menang. Kemenangan tentera Islam memberi makna yang besar kepada umat Islam dan sejarah Islam.
Kesan Perang Badar:
1.Pengiktirafan kepada kekuatan umat Islam di Madinah
2.Pengiktifaran kepada kepimpinan Nabi SAW sebagai pemerintah Madinah dan juga sebagai ketua tentera Islam Madinah
3.Islam semakin perkembang di Madinah dan di Makkah
4.menunjukkan umat Islam sudah boleh berperang bertindak balas apabila dianiaya.(konsep Ofensif) dengan izin Allah SWT

2.Perang Uhud(tahun ke 3 Hijrah/625M)
-Punca  peperangan adalah disebabkan perasaan marah orang Musyrikin yang mahu membalas dendam atas kekalahan mereka dalam Perang Badar
-tentera Islam 1000 vs tentera Musyrikin 3000 org
- Angkatan Islam berjumlah 1000 orang dan dibahagikan kepada tiga batalion
-pada mulanya tentera Islam hampir menang tetapi akhirnya tentera Islam telah kalah
-Tentera Islam tewas kerana sikap tentera Islam mengingkari arahan Nabi untuk tidak meninggalkan tempat masing-masing terutama barisan pemanah tentera Islam.
-Perang ini telah membawa kemegahan dan keangkuhan Musyrikin Makkah. begitu jua dgn puak Yahudi,musyrikin dan munafik Madinah ygb turut gembira atas kekalahan tentera Islam.
-Perang ini telah memberi pengajaran yang besar kpd umat Islam.

3.Perang Khandak (al-Ahzab) -
-Bermaksud “parit” atau kubu kerana nabi Muhammad SAW menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit
-tentera Yahudi dan Musyrikin berjumlah 10 000 org vs Islam 3000 org
-tentera musikin dan Yahudi berpecah atas sebab musyrikin beranggapan org Yahudi telah membuat pakatan sulit dgn org Is;lam-peranan yg dimainkan oleh Naim bin Masud.
-

4.Pembukaan kota Makkah
-Nabi Muhammad ke Makkah untuk membalas perbuatan orang Quraisy yang melanggar Perjanjian Hudaibiyah
-Pengislaman Abu Sufian menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam
-Tentera Islam tidak menerima sebarang tentangan
-Selepas kota Makkah ditawan semua berhala dimusnahkan

4.Perang Hunain dan Perang Taif
-Kaum musyrikin dari suku Hawazin dan kaum Thaqih serta beberapa kabilah bersepakat menyerang Rasulullah
-Perang Taif merupakan lanjutan daripada peperangan Hunain

5.Perang Tabuk
-Perang ini merupakan sambungan Perang Mu’tah
-Merupakan peperangan terakhir yang disertai oleh nabi Muhammad SAW sebelum baginda wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah

Contoh-contoh soalan:

1.Jelaskan pengajaran yang dapat umat Islam ambil daripad kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud pada zaman Nabi Muhammad SAW.
2. Mengapakah Perang Badar penting kepada Islam dalam aspek penyebaran Islam.
3.Bincangkan tiga peperangan yang penting yang telah disertai oleh Nabi Muhammad SAW.